Qalam Perjalanan

SABTU 21 JULAI 2018 (2)
Canopy Bridge - Gua Kelawar - Rekreasi Kipungit
- Air Panas Poring - Kiram’s Village Mesilou - Chalet Chili 2
- Intan’s Restaurant & Café - Restoran Kiram


Tetingkap Memori

Suara Rimba

Laluan Angin

Bisikan Unggas

Koleksi Rimba

Kemudian menyusuri laluan kanopi yang agak landai. 2.43 petang, sampai di kaunter tiket Canopy Bridge. Seterusnya mengikuti laluan kaki bukit. 2.57 petang, semakin jauh ke pedalaman, laluan semakin mendaki. Semakin berliku-liku mengikut lereng bukit. Semakin tebal pula rimbunan hutan.


Jalinan Rimba

 Jejak Rimba

Mesra Rimba

Rintangan Jejak 

Likuan Rimbunan

Suasana  menjadi semakin suram dan sepi. Hanya suara-suara rimba sayup-sayup dari celah-celah rimbunan. Sekali-sekala angin bukit memuput dari celah-celah pohon. Terasa kesegaran aroma rimbunan dan kedamaian aura rimba. Faura dan fauna walaupun bersaing, namun seiring dalam keharmonian.


Celahan Banir

Jejak Mendaki

Menapak Lelah

Lelah Mendaki

Selangkah Seiring

Susuri Cabaran

Sekental Banir

3.01 petang, akhirnya sampai di permulaan platform canopy bridge. Jembatan gantung yang mencemaskan. Panjangnya 157.8 meter dan tingginya 41 meter. Debaran mula terasa, bagaikan cekaman acrophobia: fear of height, gayat. Bagaimanapun terpaksa menunggu giliran dalam debaran. Hanya 6 orang dibenarkan sekali meniti.

Lingkaran Memori

Hampiri Destinasi

Boardwalk Platform 

Tunggu Giliran

Debaran Platform

3.09 petang, menjejakkan kaki di titian papan yang lebarnya 1 kaki. Benar-benar mencabar dan mendebarkan. Acik di depan sekali, diikuti Umi, Dd Aram dan Faiz. Faiz sebagai anchorman di belakang sekali, merakam saat-saat melangkah titian hingga ke platform 1.


Bisikan Memori

Meniti Debaran

Jejak Pulang

Menuruni Cerun

Terasa bagaikan melalui celah-celah puncak rimbunan hutan. Diringi suara-suara rimba yang mencabar keberanian. Langkah demi langkah tanpa melihat ke bawah. Tanpa membenarkan cekaman acrophobia. 3.10 petang, akhirnya sampai di platform 1. Masing-masing menggenggam tangan. Kemudian menunjukkan symbol jari V, tanda victory. Satu kejayaan, kerana dapat mengatasi cabaran pertama.


Bingkai Rimba

Puncak Rimbunan

Seterusnya melangkah ke titian 2. Faiz pula di depan dan Acik di belakang sebagai anchorwoman. Terasa begitu dekat sekali puncak rimbunan. Bagaikan dapat dicapai. 3.12 petang, sampai di platform 2. Seterusnya ke platform 3. Sedar tak sedar, sampai  di penghujung platform 4. Syukur Alhamdulillah.


Sensational Success

Menuruni Laluan

Jejak Pulang

Melangkah Cabaran

Menyusuri Debaran

Lalu hilang rasa cemas dan surut rasa debaran. Seterusnya turun melalui tanggga-tangga kayu, setinggi 41 meter. Kemudian menuruni canopy walkway. Laluan untuk pulang ke Air Panas Poring. 3.24 petang sampai di kaunter tiketPintu keluar dari canopy walkway.


Cabaran 2

Gua Kelawar

Laluan Cabaran

Pandu Arah

Cabaran seterusnya Umi tak ikut. Lalu Umi menyusuri canopy walkway ke Air Panas Poring. Hanya Faiz, Acik dan Dd Aram menyambut cabaran.  Seterusnya masuk simpang kiri. 3.29 petang, singgah sebentar di Ethno Botany Garden. Seterusnya menyusuri laluan ke air terjun Kipungit dan Gua Kelawar.


Cabaran Rimba

Hujung Rimbunan

Jejak Denai

Semangat Muda

Laluan kali ini lebih mencabar. Terpaksa mendaki lereng-lereng bukit yang curamnya 45º. Semakin tinggi semakin sempit dan berliku-liku. Terpaksa berhati-hati, kerana laluan berbatu-batu dengan akar-akar pokok merintangi jalan. Sungguh mendebarkan, dan mencabar. The true challenge of courage.


Air Terjun Kipungit

Suara Rimba

Gema Kipungit

Call Of The Wild

3.57 petang, sampai di kawasan rekreasi Kipungit. Lalu mencari sudut-sudut fotografi berlatarkan air terjun. Gema air terjun meneggelamkan suara-suara rimba. Bagaimanapun sempat berehat untuk mengecas kembali tenaga. Melalui diaphragmatic breathing dapat mengatur semula pernafasan.

 Memoria Hexagon

Mencari Laluan

Seterusnya laluan semakin mencabar. Semakin tinggi semakin kuat debaran. Terpaksa beberapa kali berhenti rehat untuk menenangkan debaran. Mengimbangkan semula pernafasan. Maklumlah apabila dah masuk 6 seri, daya juang dan upaya  tahan agak berkurangan.

Terasa semakin jauh. Semakin tinggi pula laluan yang terpaksa didaki. Suasana menjadi agak gelap kerana rimbunan hutan semakin tebal. Malah suara rimba semakin menguasai pendengaran. Agak mencemaskan. Lebih-lebih lagi suara-suara  dari celah-celah banir. Sedikit mengerikan. Suasana yang  sunyi dan lengang, kadang-kadang menakutkan pula.


Gua Kelawar

Nikmati Kejayaan

Keyakinan Diri

Semangat Cekal

Smile Of Victory

4.05 petang, baru sampai di gua kecil. Lalu berehat lagi. Walaupun kelelahan dan basah dengan peluh, namun semangat masih membara. Destinasi mesti sampai dan matlamat mesti tercapai. 4.07 petang, akhirnya sampai juga di Gua Kelawar. Thumbs up, Aiz dan Acik memang hebat. Suara-suara rimba bagaikan turut meraikan kejayaan.


keletihan

Destinasi Tercapai

Memoir Of Success


Lalu merakam sudut-sudut fotografi sebagai a memoir of success. 4.10 petang. seterusnya menuruni lereng-lereng bukit, laluan yang sama. Sebaliknya terpaksa lebih berhati-hati, kerana tarikan graviti menurun lebih bahaya dari tolakan ke atas.

4.11 petang, baru sampai di air terjun Kipungit. Lalu menyeberangi sungai dengan melompat atas batu-batu yang timbul. 4.16 petang, suasana semakin cerah. Rimbunan semakin kurang dan laluan pula semakin landai. 4.18 petang, kelihatan pondok hentian. 

Terasa lega. Semakin meninggalkan  cabaran semakin hilang pula debaran. Malah suara-suara rimba semakin sayup-sayup di belakang. Sayup-sayup pula kedengaran suara-suara keseronokan di kolam Air Panas Poring.


Kiub Memori

Sudut Memori

4.23 petang terus menyusuri laluan kanopi hingga ke kawasan kolam Air panas Poring.  4.25 petang, call Umi, namun tiada respons. Akhirnya jumpa Umi di tab air panas. Kemudian turut sama merendam kaki. Terasa lega. 4.46 petang, beredar.


Tab Air Panas

Terapi H2O
4.48 petang, singgah di gerai Borneo Shop. Terus membeli beberapa botol minuman mineral. Terasa benar-benar dahaga selepas melalui cabaran Gua Kelawar. Baju agak basah kerana berpeluh. 4.53 petang, baru bertolak meninggalkan kawasan kolam Air Panas Poring.

5.08 petang masuk simpang kanan, laluan Ranau. Awan senja mula berarak berlahan-lahan. Diikuti deruan angin. Kelihatan pokok-pokok di kiri kanan jalan meliuk-liuk mengikut arah angin.

5.12 petang, melintasi G Mart dan Sabindo Supermarket. 5.14 petang, masuk bulatan ikan exit 2. Seterusnya melewati Riverside Mart dan menaiki jembatan Sg. Liwagu. Kemudian melintasi Ibu Pejabat Polis. 5.29 petang, melintasi SK Pekan 2 Ranau.

5.28 petang, awan gelap kelihatan bagaikan terapung-apung. Gunung Kinabalu hanya kelihatan lereng-lereng manakala puncaknya hilang dalam kabus. 5.40 petang, melintasi deretan gerai sepanjang jalan. 5.41 petang, masuk bulatan kobis Cina. Kemudian satu lagi bulatan kubis. Setrusnya melintasi Tabika Alfitrah.

Angin masih lagi menderu-deru. Tebrau gunung meliuk-liuk di sepanjang  jalan. 5.50 petang, tidak sedar kegelapan mula menghakis sisa-sisa senja. kelihatan sayup-sayup  kerlipan  lampu-lampu dari penempatan di lembah dan di lereng-lereng bukit. 5.52 petang, melalui jembatan kayu yang agak sempit. Seterusnya masuk simpang kiri Jalan Cinta Mesilou.


Lokasi Kiram's Village

Pejabat  Kiram

Pandu Arah

Di balik Tirai

5.54 petang,  akhirnya sampai di chalet Kiram’s Village Mesilou. Berada 5700 kaki dari aras laut dengan suhu 21ºC. Cuaca agak berangin dan sejuk. 5.57 petang, Faiz terus ke kaunter pejabat Kiram untuk check-in. 6.05 petang, menyusuri laluan berbunga. Akhirnya sampai di chalet Chili 2. Penginapan kedua di lereng bukit.


Cebisan Memori

Bikik Chili 2

Double Vision

Lipatan Memori

Himpunan Memori

6.30 petang, keluar selepas jamak takhir. 6.32 petang, bertolak menuruni bukit. Melintasi Sulap Homestay. Seterusnya menyeberangi jembatan kayu. 6.41 petang, kereta mula menyalakan lampu. Lampu-lampu juga kelihatan berkelip-kelipan di lembah-lembah dan di lereng-lereng bukit.


Likuan Senja

Malam Meniti

6.45 petang, masuk bulatan kobis bulat. Seterusnya bulatan kobis Cina. 6.47 petang, parkir di birai jalan. Bagaimanapun sempat merakam Gunung Kinabalu, bagaikan kesepian dalam meniti senja. 6.49 petang, masuk Intan’s Restaurant & Café. Order nasi goring biasa dan pattayah. Umi dan Acik nasi biasa dengan soup daging dan ayam halia.

Angin malam dari gunung memuput masuk restoran. Rasa menggigil, chilled to the bone. 7.34 malam, selesai dinner. Namun angin semakin menderu-deru. Agak kuat. Terasa bagaikan menggigit-gigit. Terlalu sejuk walaupun memakai jeket.

7.37 malam, bertolak. Laluan agak gelap. Hanya berpandukan waze. 7.40 malam, melintasi hotel Cottage. 7.49 malam, sekali lagi melalui jembatan kayu. Seterusnya menyusuri laluan yang berliku-likuLalu dalam sedar tak sedar, akhirnya  sampai di Kiram's Village. Nasib baik masih ada lagi lot parkir. Kemudiannya terus menyusuri laluan taman.


Restoran Kiram

Samar-samar diterangi cahaya lampu. 8.04 malam, masuk chalet Chili 2. 8.48 malam, selepas solat jamak takhir keluar semula. Suasana malam begitu indah. Bagaikan melalui taman fantasi yang dihiasi lampu-lampu. Bayangan cahaya bagaikan menari-nari dalam  riak-riak air kolam. Benar-benar night fantasy. Diiring irama silam dan aroma malam yang turun dari puncak gunung.


Mod Bersantai

Tunggu Order

Light Dinner

8.58 malam, hanya beberapa langkah sampai di restoran Kiram. Lalu order 2 pinggan maggi goring, milo dan tea panas serta F & N grony grape. Suasana malam yang nyaman menjadikan dinner lewat malam begitu menyelerakan. 9.27 malam, baru terasa kenyang.


Post a Comment

Powered by Blogger.