Qalam Perjalanan

ISNIN 23 JULAI 2018 (1)
Kota Kinabalu International Airport - Old Town White Coffe
- Air Asia AK5109 – KLIA 2


6.07 pagi, terbangun. Lalu mandi air panas dari pam Panasonic. Bagaimanapun taklah sesejuk di Kundasang. Kemudian solat. 6.56 pagi berkemas-kemas. Seterusnya timbang beg. Alhamdulillah, hand luggage tidak melebihi 7 kg. Bagasi pula tidak melebihi 40 kg.


Hotel Sadong 88

Sayonara Sadong

7.09 pagi, keiuar dari bilik 302. Turun melalui tangga. Di tingkat 1 Umi membuat urusan check out. 7.16 pagi, bertolak, meninggalkan hotel Sadong 88. Sayonara. Seterusnya mengikut laluan KKIA: Kota Kinabalu International Airport.  7.20 pagi, melintasi bangunan Sutera Avenue.

Cuaca pagi ini tenang. Menjanjikan perjalanan yang selesa dan harmoni. 7.23 pagi, melintasi Arena Belia. 7.25 pagi, melalui gerbang Bon Voyage. 7.26 pagi, masuk laluan perlepasan. 7.28  pagi, sampai di KKIA. Parkir di tepi laluan Perlepasan A.


Kota Kinabalu Airport

Anjung Airport

Seterusnya menyerahkan semula kereta kepada syarikat. 7.36 pagi, masuk pintu 1 balai perlepasan T3. Melintasi kedai souvenir dan Nelson’s. 7.45 pagi, Acik masuk lorong baggage drop. 7.59 pagi, menunggu di kedai Dried Frozen Seafood. Kemudian melegakan diri di rest room.


Airport Pillar

Balai Perlepasan

8.13 pagi, turun lif ke aras 1. Seterusnya melintasi kedai Dunkin’ Donuts. 8.18 pagi, masuk Old Town White Coffe. Popular dengan ungkapan sensasi: “Aroma of Good Times”. Tertarik dengan kata-kata: “when everything was simple and life was peaceful”.

Sederhana itu sempurna, tetapi sekarang kehidupan terlalu sophisticated dan complicated. Melangkah sahaja ke dalam, aroma white coffe bagaikan terapung-apung memenuhi ruang premis. Lalu duduk di meja no. 8. Sekadar sarapan ringan. Bekalan sepanjang 2 jam flight.


 Old Town

White Coffe

8.53 pagi, keluar dari restoran Old Town White Coffe. 8.56 pagi, naik lif ke aras 3, balai perlepasan. 9.04 pagi, pemeriksaan pasport. 9.09 pagi, masuk gate A1 – A13. 9.10 pagi, turun lif ke aras 2. Seterusnya mengikuti tanda arah. Melintasi kedai Khazanah dan Merry Brown.


Meja 8

Aroma Coffe

9.15 pagi, duduk di balai menunggu. Umi dan Acik pula masuk kedai Buy & Fly. 10.16 pagi berbaris di zone 2 untuk seat 20 – 31. Seterusnya melepasi pemeriksaan boarding pas. 10.21 pagi, masuk Gate A9. Kemudian turun tangga terus ke tangga Air Asia AK5109.

10.24 pagi, masuk kabin. Famili  Aram duduk di seat 26 A, B dan C. Acik pula duduk di seat 25 A. 10.40 pagi, pesawat mula bergerak perlahan-lahan. 10.41 pagi, demonstrasi keselamatan. 10.45 pagi, memecut naik. Makin naik makin laju. Seterusnya menyusuri lebuh raya angkasa.

br />
Air Asia

AK 5109

Di bawahnya ombak laut dan di atasnya ombak awan. 10.48 pagi kelihatan sebuah kapal sedang belayar dengann riak-riak putih memanjang di belakangnya. 11.04 pagi, bergegar, namun tenang semula. Masing-masing duduk dalam relaxation mode.


Light Turbulence

Cari Ketenagan

Relaxation Mode

11.34 pagi, order in-flight meal: nasi lemak Pak Nasser’s. Berlaukkan sambal, rending ayam, ikan bilis, kacang goring dan telor. Walaupun RM15 namun berbaloi. 12.06 tengah hari, bergegar, dilanda light turbulence. Terasa bergoyang-goyang dalam pesawat. Cemas. Cuba memejam mata untuk mencari ketenangan.

12.45 tengah hari, akhirnya kelihatan bumi terhampar. Samar-samar. Pantai  melengkungi laut. Sayup-sayup. 12.48 tengah hari, pesawat semakin rendah. Semakin mengurangkan kelajuan. 12.49 tengah hari, akhirnya membuat touch down di KLIA 2.

Masing-masing bingkas bangun. Namun terpaksa berdiri di sepanjang aisle. 1.06 tengah hari, melepasi pintu pesawat. Lalu keluar melalui aerobridge. 1.15 tengah hari, melintasi Hot n Roll dan Dunkin’ Donut. Seterusnya mengikuti laluan ke balai ketibaan.

Melintasi Gior Dano Elianto. 1.19 tengah hari, naik travelator ke aras 2. 1.20 tengah hari, melintasi Flying Emporium. 1.22 tengah hari, sampai di carousel 1. Ambil bagasi. Kemudia ikut laluan hingga ke pintu keluar balai ketibaan.


Post a Comment

Powered by Blogger.