SABTU 21 JULAI 2018
Desa Dairy Farm – Gunung Kinabalu - Sg. Moroli
Fish Spa - Air Panas Poring
Kundasang Valley |
Memory Cells |
Aura Kinabalu |
Aroma Gunung |
Lakaran Hexagon |
Sudut Memori |
5.48
pagi, terbangun. Terasa dingin. Malah lantai beranda terasa bagaikan sedingin
ais. Terpaksa melihat dari kamar. Di luar agak gelap. Hanya kelihatan
sayup-sayup kerlipan lampu-lampu dari rumah penduduk Kundasang. Di lembah-lembah
dan juga lereng-lereng bukit, berkelip-kelip bagaikan bintang di bumi.
Goodbye Time |
Mountain Lodge |
Tingkap Memori |
6.03 pagi, solat subuh. Kemudian memanjatkan doa. Semoga sentiasa dalam perlindungan-Nya. 9.14 pagi, berkemas-kemas dan melihat sepintas lalu item checklist. Lepas itu keluar dari dari kamar A9. 9.19 pagi, bertolak. Meninggalkan Rocky Mountain Lodge. Sayonara Rocky.
Memory Cube |
Jalan Cinta |
Mata Mesilou |
Desa Dairy Farm |
"Little New Zealand" |
9.34 pagi, berhenti di tepi jalan. Beberapa buah kereta juga turut berhenti. Masing-masing tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan keindahan Gunung Kinabalu. Terasa aura mistri bagaikan menyelubungi lereng-lereng gunung dan lembah-lembah bukit. Lalu bagaikan terdengar bisikan mesra dari gunung mengalu-alukan kehadiran.
Keajaiban |
Deru angin |
Menahan Angin |
Ribut Kecil |
Lataran Kinabalu |
Nostalgic Moment |
Lambaian Kinabalu |
Bagaimanapun satu keanihan terjadi. Masing-masing terpesona. Bagaikan keajaiban, awan putih melengkungi puncak Kinabalu. Diikuti angin kecang, menderu-menderu datang dari gunung. Terasa sedikit huyung-hayang menahan ribut angin. Rumput-rumput di dataran hijau meliuk-liuk mengikut arah angin. Tiba-tiba terasa semakin kuat aura mistri menyelubungi.
Rimbunan Warna |
Laluan Dairy |
Produk Tenusu |
Sedamai Kinabalu |
Demikian mistrinya Gunung Kinabalu. Menyimpan rahsia, legenda dan mitos. yang berkurun lamanya. Malah menjadi kepercayaan masyararakat Kadazan. Bahawa Gunung Kinabalu atau “Aki Nabalu” merupakan tempat bersemadian yang abadi, heavenly rest. Tempat di mana kembalinya semangat mereka selepas meninggal dunia.
Teratak Awan |
Puncak Kabus |
Hamparan Hijau |
Laman Kinabalu |
Mini Taman |
9.40
pagi, menyusuri Desa Dairy Farm. Namun kesesakan berlaku. Kereta berderet-deret menuju
ke kaunter tiket. Selepas membayar di kaunter tiket
baru terasa lega. Lalu menyusuri laluan. Kemudian parkir berhampiran Des A Cow resturant. Seterusnya berjalan kaki ke restauran Desa Dairy Farm.
Dairy Taste |
Taste Of Joy |
10.15 pagi, masuk café, yang menawarkan makanan dan minuman. Bagaimanapun yang menjadi pilihan pelanggan adalah susu segar, puding dan aiskrim gelato. Pagi ini ramai pelanggan, terpaksa berbaris di kaunter jualan. Kebetulan ada meja kosong di hujung kafe. Lalu bersantai untuk sarapan ringan.
Couple Of Love |
A Smile Of Love |
A Joy Forever |
10.28 pagi, menuruni tangga untuk ke mini taman. Bagaimanapun terpaksa melalui biosecurity dengan memijak alas sanitasi. Kemudian terus masuk ke dalam mini taman. Rasa terpegun melihat keindahan. Kelihatan jelas sekali Gunung Kinabalu. Lalu tercetus nostalgia, rasa kerinduan dan kesepian. Aura Kinabalu bagaikan menguasai seluruh keindahan. Terlalu unik dan mistik, walaupun hanya biasan cahaya syurga.
Flowery Beauty |
Aromatherapy Kinabalu |
Dari jauh kelihatan kabus terapung-apung di lereng gunung. Bagaikan keluar dari celah-celah rimbunan hutan. Menambahkan lagi seri panorama dan indah suasana. Sekali-sekala aroma dari gunung memuput. Terasa sekali segar dan nyaman.
Merungkai Mistri |
Bisikan Rahsia |
Di Balik Kabus |
10.41
pagi, bersantai di mini taman. Terasa tenang dan damai. Mesra dalam belaian aura dan puputan aroma gunung. Lalu merakam beberapa sudut
fotografi untuk memori. Menyimpan sudut keindahannya dan merakam flut kemerduannya.
Feeding Time |
Calf Barn |
Agropen Activity |
10.53 pagi, menyusuri calf barn untuk agropen activity. Memberi makan anak kambing dan anak lembu. Bagaimanapun terpaksa membeli susu dan rumput. Kanak-kanak kelihatan lebih teruja apabila memberi makan anak kambing dan anak lembu.
Moment Of Beauty |
11.07 pagi, seterusnya menyusuri laluan ke Barn A. Melihat lebih dekat bagaimana lembu susu Holstein Friesian diternak. Yang dikatakan menghasil 900,00 liter susu setahun. Barn pula dilengkapkan dengan teknologi penternakan. Di sebelah barn pula gudang menyimpan rumput kering.
Sandaran Kasih |
Mencari Damai |
Bunga Awan |
Tabir Awan |
Biosecurity |
Tidak
sedar, ketika Gunung Kinabalu hilang dalam kabus. Suasana terasa sepi tanpa
aura dan tanpa “wajah” Kinabalu. Perlahan-perlahan menyusuri laluan keluar. Melalui
jalan yang lain. Bagaimanapun terpaksa sekali lagi memijak alas sanitari untuk biosecurity.
Daun Jiwang |
11.27
pagi, sempat singgah di taman mini kaktus. Bagaimanapun tak banyak spesies kaktus. Hanya barbary
fig yang agak rimbun. Malangnya perindu meninggalkan catatan jiwang di daun-daun
fig sebagai jejak cinta: luahan rasa dan gundahan jiwa. Mungkin yang tak bertemu terasa rindu. Yang tak bersapa terasa lara.
Likuan |
Lokasi Sg. Moroli |
Pictorial Memory |
11.34
pagi, meneruskan perjalanan. 11.42 pagi melintasi ladang ternakan lembu
Friesian. 12.06 tengah hari, di Jalan Ranau - Sandakan. Laluan lereng bukit, berliku-liku. 12.41 tengah
hari, parkir di birai jalan. Kemudian mengikuti laluan ke Sg. Moroli Fish
Spa. 12.44 tengah hari, beli tiket di kaunter. Seterusnya menyusuri laluan hingga ke welcome billboard: “Tagal” Sg. Moroli, Kg. Luanti baru. “Tagal” bahasa Kadazan bermakna “no fishing”.
Sudut Memori |
River Of Life |
Menahan Kutisan |
Dimaklumkan
Sg. Moroli telah mendapat anugerah, “Malaysia
River Care” pada tahun 2006, kerana keharmonian ekosistemnya. Flora dan
faunanya terpelihara dengan baik.
Sejinak Ikan |
Setenang Air |
Enchanted River |
Doktor Ikan |
1.08
tengah hari, selepas menyerah tiket, baru menyusuri laluan ke sungai. Beberapa
orang pengunjung sudah pun memenuhi pinggir sungai. Selepas menanggal kasut
terus masuk ke dalam sungai. 1.15 tengah hari, beberapa ekor ikan mengerumuni
kaki Faiz. Bagaimanapun
Faiz berlagak mancho. Terpaksa menahan kegelian.
Jejak Memori |
Terasa dikutis-kutis. Menggelikan. Kadang-kadang menyakitkan. Bagaimanapun inilah pengalaman unik. Rawatan kulit traditional melalui kutisan ikan pelian atau Malaysian Mahseer dari spesies Cyprinidae. Seolah-olah ikan-ikan telah dilatih oleh penduduk Luanti. Sebagai “doctor ikan” yang boleh membuang stratum corneum atau kulit mati.
Kutisan
ikan kononnya mempunyai kesan penyembuhan, terutama yang mengalami psoriasis. Dikatakan juga, rawatan yang berulang akan
menjadikan kulit lebih licin dan sihat. Bagaimanapun Di U.S., Kanada dan Eropah diharamkan kutisan ikan atau fish pedicure kerana
mengeksploitasi habit ikan. Lebih-lebih lagi penyembuhannya diragukan.
Feeling Thrilled |
Ratusan Kutisan |
Lalu
bagaikan pesta. Riuh-rendah dengan jeritan pengunjung yang kegelian dan
kesakitan. Ada yang melompat-lompat naik ke birai sungai. Ada yang menabur
palet makanan untuk dikerumuni ikan. Bagaimanapun Umi
dan Acik tak turun ke dalam sungai kerana tak tahan geli.
1.24
tengah hari, pengumuman untuk pengunjung yang tamat tempoh. Jadi terpaksa beredar. 1.25
tengah hari, masuk laluan basuh kaki di satu sudut berhampiran sungai. Kemudian menyusuri kedai-kedai
di sepanjang laluan. Yang menawarkan pelbagai kueh-mueh, makanan, buah-buah dan
souvenir.
Lokasi Air Panas Poring |
Kolam Air Panas |
Welcome Billboard |
Seterusnya bertolaki. 149 tengah hari, masuk simpang kiri ke Jalan Lohan Bongkud. 1.52 tengah hari, melintasi SMK Lohan dan SR Lohan. 2.15 petang, parkir. Kemudian Mengikut Faiz ke kaunter tiket. 2.29 petang, sampai di billboard, penunjuk arah Air Panas Poring.
Jembatan Poring |
Jejak Rimba |
Meneroka Cabaran |
Berbekalkan Semangat |
2.34
petang, sampai di welcome billboard. Kemudian sama-sama menyusuri laluan ke kawasan Air Panas Poring. Poring
nama KadazanDusun untuk sejenis pokok Buluh. Seterusnya
melewati beberapa kolam air panas. Yang menawarkan mandian mineral terbuka.
Suara-suara keseronokan dan deburan air memenuhi suasana.
Kolam Air Panas |
Post a Comment