HARI KELAPAN 4 MEI 2018 (1)
Changi
Airport – KLIA - Food Garden
Lokasi Pesawat |
4.54
petang, tinggal lagi 567 batu dengan
kelajuan 559 bpj. 5.04 petang, hanya
72 batu dengan kelajuan 559 bpj. Ketinggian
semakin berkurangan kepada 18500 kaki. 5.11 petang, tinggal lagi 37 batu. Kelajuan hanya
322 bpj dengan ketinggian 11156 kaki.
5.17
petang, pesawat membuat touch down. Terasa bergegar. Seterusnya
bergerak perlahan-lahan ke lot parkir. Syukur alhamdullilah, akhirnya selamat sampai di Changi Airport.
(Waktu Singapura 2 jam kemudian)
3.58 petang (waktu Singpura), berkumpul di Istudio. Kemudian solat jamak takdim di mosula airport. 4.18 petang, selesai solat. 4. 25 petang, berehat di sofa depan kedai The Coffee Bean & Tea Leaf. 4.30 petang, baru bergerak.
Hexagon Changi |
Aluan Karpet |
Terminal 2 |
Shop Street |
4.33
petang, sampai di stesen skytrain, di T2 Gate E & F.
4.36 petang, baru naik train. Dua minit kemudian sampai di Terminal
2. Lalu menyusuri sepanjang kedai. 4.51 petang, naik beberapa travellator hingga sampai di Gate 26.
Beauty Sites |
Amongst The Beauty |
A Maze Of Carpet |
Laluan Ambal |
Panorama LP |
Balai Perlepasan |
Terpaksa
transit 4 jam 20 minit. Membosankan, the anxiety of waiting is torture. Dengan
status “immediate connecting” terpaksa menunggu dalam airport.
Hanya berehat di kerusi yang disediakan. Mata pula semakin layu. Bagaikan ada
sesuatu yang bergantung di kelopak mata.
Suasana Airport |
Changi Aroma |
5.54
petang, terpaksa pula berbaris. Kemudian melalui security check. Selepas
itu masuk balai menunggu. 6.21 petang, pemeriksaan boarding pass. Kemudian masuk aerobridge. Terus masuk ke dalam kabin, pesawat
Singapore Airlines SQ118. 6.28 petang, duduk di seat 66C dan Umi di seat 66D.
SQ118 |
Singapore Airlines |
Relaxation Mode |
Agak kecoh sedikit kerana kesilapan susunan tempat duduk oleh tour leader. Anyway no harm done. Bagaimanapun terasa agak selesa. Kabin mempunyai seat 3x3x3 dengan 2 aisle. Ruang kaki tidak terlalu membataskan pergerakan.
Suasana
agak tenang. Diiringi musik sentimental. Benar-benar menghanyutkan perasaan.
6.44 petang, buka movie di back seat. Tajuk “Thor: Ragnarok” yang
telah diformatkan. 6.50 petang terganggu oleh tayangan keselamatan.
Lokasi Flight |
7.16
malam, tinggal lagi 33 batu dengan kelajuan 430 bpj. Ketinggian dikurangkan kepada
17638 kaki. 7.19 malam, paramugari menolak mini bar. Mengedar minuman dan
kacang.
Kadang-kadang
kacang tanah dianggap sebagai snack food yang biasa. Sebaliknya ia mengandungi
protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan
Fosforus. Walaupun saiznya kecil tetapi khasiatnya besar, dan kaya dengan
pelbagai nutrient.
7.32 malam,
pesawat berada di ketinggian 11500 kaki dengan kelajuan 360 bpj. Berbaki lagi
62 batu. Semakin hampir. 7.35 malam, tinggal lagi 51 batu. Kelajuan dikurangkan
kepada 346 bpj. Begitu juga ketinggian 9286 kaki.
Sisa-sia
senja sudah lama menghilang. Hanya tinggal awan kelabu dan sedikit kuning kemerah-kemerahan. Sayup-sayup menghiasi kaki langit. Warna-warni, biasan
dari cahaya mentahari yang sudah lama tenggelam.
Pesawat mula
mengurangkan kelajuan, dan mengurangkan ketinggian Semakin rendah.
7.45 malam, akhirnya membuat touch down. Alhamdulillah selamat mendarat
di KLIA. “Green, Green Grass Of Home”.
8.11
malam, berbaris untuk pemeriksaan pasport. 8.21 malam, menunggu di ruang baggage
reclaim. 8.39 malam, keluar dengan
troli. 8.41 malam, melepasi pintu balai ketibaan. Pintu yang dianggap sebagai a good-bye arch. Gerbang perpisahan antara ahli-ahli dalam group Poto travel.
Terasa
sedih. Teringat pertemuan kali pertama pada 28 April jam 12.12 tengah hari di kaunter L, KLIA. Lalu
kita sama-sama mengharungi cabaran kembara di bumi asing. Dingin sama-sama kita
rasai, keindahan sama-sama kita nikmati
dan likuan sama-sama kita lalui. “Lalu di celah rimbunan malam, kita melihat
cahaya dari gumpalan awan”.
Lagu
Kembara Kita
Ukuran daun adalah hamparan
Debunga alam itulah puisi
Di celah rimbunan malam
Kucari suatu cahaya
Api di laut adalah pedoman
Gumpalan awan memecah di angkasa
Aku yang masih di sini
Duniaku masih suci
Berlari bersama angin
Mengejar dari waktu silam
Kembara ku masih jauh
Bilakah ia akan berlabuh
Nyanyian
Ella & Ramli Sarip
Akhirnya
pada malam ini kita terpaksa berpisah. Bagaikan terdengar sayu lagu lama “Auld Lang Syne”. Demikian suratan kembara, kita
hanya ditakdirkan bertemu untuk berpisah. Mudah-mudahan “kebetulan” akan
mempertemukan kita kembali. Adieu my friends.
Auld Lang Syne
(for the sake of old times)
Should auld acquaintance be forgot,
and never brought to mind?
Should auld acquaintance be forgot,
and auld lang syne?
CHORUS:
For auld lang syne, my dear,
for auld lang syne,
we’ll tak' a cup o’ kindness yet,
for auld lang syne.
CHORUS
We two have run about the slopes,
and picked the daisies fine;
But we've wandered many a weary foot,
since auld lang syne.
8.47
malam, naik lif ke aras 2. Kemudian
terus masuk food Garden. Duduk depan kedai Thai Corner dan Pantai Timur.
9.20 malam, selesai dinner. 9.31 malam, naik lif ke aras 5. Lalu singgah
di kios check-in.
Seterusnya
mundar-mandir, membiarkan masa berlalu. Flight dari KLIA
ke Sultan Mahmud Airport dijadualkan esuk, 7.20
pagi. Jadi banyak masa lagi. Bagaimanapun terpaksa mencari tempat landing.
Sekurang-kurangnya dekat dengan surau.
10.25
malam, melintasi kedai Kopi Time, Pondok Polis, Famous Amos, Kaskha, Kiddien
dan Pos Laju. Lalu duduk di salah satu kerusi panjang. 10.31 malam, solat jamak
takhir. Kemudian melepak di luar surau. Berhampiran pintu masuk KFC.
Badan
terasa longlai. Mata pula semakin layu. Nampak gayanya malam ini kena tidur di kerusi
panjang. Hotel “budget” KLIA, free of charge.
Mudah-mudahan bermimpikan teratak Seri Teratai. Home
sweet home. Tiba-tiba terasa tidak sabar menanti hari esok.
Gurindam Jiwa
Tuailah padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intailah kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Post a Comment