HARI KETUJUH 3 MEI 2018
Summerland Peninsula - Nobbies Centre - Philip Island
Nature Park - Peguin
Parade - Ziyka Pizza Cottage
- Hotel Ibis Style Kingsgate
|
Laluan Philip Island |
Seterusnya
menyusuri Jalan
Philip Island, sebagai tourist highway. 3.52 petang, melintasi chocolate factory. Terkenal
dengan, “Amazing World of Chocolate”. Kemudian melintasi simpang Woolamai Beach Road. 3.56 petang, melintasi dataran ternakan
lembu.
4.01
petang, melintasi Helborn bicycle 4 track. Beberapa ekor biri-biri
kelihatan sedang meragut di dataran. 4.05 petang, masuk simpang Back Beach Road. Sempat melihat beberapa ekor wallaby di dataran rumput tussock. Seekor pula kelihatan melompat-lompat sambil melintasi jalan.
|
Wallaby |
Wallaby adalah
makropod kecil. Tergolong dalam keluarga taksonomi yang sama seperti kangaroo. Terdapat 11 spesies wallaby, yang agak terkenal ialah Macropus
dan Protemnodon. Begitu uniknya haiwan ini, hinggakan Pasukan kesatuan ragbi kebangsaan Australia
dijuluki sebagai Wallabies.
|
Summerland Peninsula |
Tidak
sedar ketika masuk Jalan Ventnor. Lalu menyusuri Summerland
Peninsula. Terletak di hujung barat Pulau
Phillip. Merupakan sebahagian daripada kawasan yang dilindungi. Yang menjadikannya habitat semulajadi kepada pelbagai haiwan dan tumbuhan.
Terutamanya koloni Little Penguin.
Dari
tahun 2012, Pelan Induk Semenanjung Summerland telah membangunkan semenanjung ini dengan
visi untuk mewujudkan Taman Alam Semulajadi
yang terkemuka di dunia. Pada tahun 2019 beberapa projek telah mengenalpasti points of interest yang berpotensi.
Rancangan
Induk Jejak Semenanjung Summerland, menjadi rangkaian network of tracks and trails komponen utama Pelan Induk. Dengan matlamat, network ini dapat mempercepatkan
lagi pembangunan semenanjung sebagai destinasi dan pusat pelancungan yang
terkemuka.
|
Nobbies Ocean |
|
Ocean Discovery |
|
Nobbies Centre |
4.15
petang, turun dari bas untuk melihat senja di pinggir Nobbies
Ocean. Terletak di Point Grant, di hujung barat Pulau
Phillip. Bagaimanapun singgah sebentar di Nobbies
Centre, pusat ecoturism. Popular dengan "Antartic Journey". Kembara alam maya ke sudut dunia yang paling sejuk.
|
Kaki Langit |
|
Saujana Mata |
|
Remang Senja |
|
Sisa-Sisa Senja |
|
Menunggu Pudar |
4.19
petang, turun ke rock platform. Seterusnya menyusuri boardwalk
hingga ke pantai. Lalu menyaksikan keajaiban
alam yang begitu indah. Mengagumi beberapa kejadian alam. Demikian, terjadinya formasi
Nobbies Rocks, Seal Rocks dan Blowhole adalah sebagai penyaksian Kebesaran Ilahi. Subhanallah. Sesungguhnya inilah peringatan-Nya.
Surah Adz Dzariyat, Ayat: 55
Dan
berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang
mukmin.
|
|
Setenang Laut |
|
Sedamai badai |
|
Melakar Senja |
|
Anugerah Ilahi |
Dari kejauhan
kelihatan senja sayup-sayup melatari kaki langit. Begitu indah sekali. Diiringi pula bayu dari Selat Bass. Memuput
mesra. Lalu menjadikan panorama pesisir pantai begitu mempersonakan. A gift of nature is beyond words, sukar dilakarkan dengan kata-kata. Sekalipun hanya biasan cahaya dari syurga.
|
Antartic Journey |
|
Romantic Escapism |
|
Medan Parkir |
|
Beyond Reality |
Kemudian
masuk semula Nobbies Centre. Terdapat beberapa paparan
informasi dan pendidikan. Bilik "Antartic Journey", untuk kembara alam maya. Sebuah kafe untuk melepaskan dahaga. Bagi peminat
souvenir boleh pula membuat pilihan mengikut cita rasa. Untuk kanak-kanak disediakan taman permainan to enjoy the day.
|
Boulevard Trail |
|
Ride Adventures |
|
Dari Windshield |
|
Dari Jendela |
4.54 petang, bertolak. Lalu masuk adventure
route, dikenali sebagai Boulevard Trail. Jalan kerikil yang panjang 4 km untuk sampai ke Peguin Parade. Jejak Boulevard ini benar-benar memberi cabaran kepada pejalan kaki, penunggang dan juga pemandu.
|
Boulevard Trail |
Seterusnya
menyusuri laluan sepanjang pinggir laut. Kelihatan begitu indah dalam
remang-remang senja. Warna-warna senja kelihatan menghiasi kaki langit. Kilauan cahayanya bagaikan menari-nari di hujung
ombak. Begitu
panoramik dan romantik. Terasa bagaikan melalui a journey of romantic
escapism.
|
Southpoint Lookout |
Sempat juga melihat beberapa ekor wallaby, sepesies kangaroo.
Kelihatan mengintai-ngintai di celah-celah rumput tussock. 4.57 petang, sampai
di Southpoint Lookout. Bagaimanapun masa tidak
mengizinkan untuk menerokai tebing tinjau.
Hanya sekadar menikmati keindahan
senja dari jendela.
|
Penguin Colonies |
5.21 petang,
sampai
di Philip Island Narture Park.
Lalu masuk couch entry. Kelihatan bas pelancong memenuhi couch park. 5.29 petang,
turun dari bas. Beberapa buah bas kelihatan baru sampai. 5.42 petang, masuk Park Visitor Centre. Seterusnya ke dewan teater untuk
menonton dokumentari penguin kecil.
|
Pusat Pelancongan |
|
Social facilities |
|
Information Access |
Little Penguin atau Eudyptula minor adalah spesies penguin terkecil. Purata ketinggian
33 cm dan panjang 43 cm. Sering juga dipanggil fairy penguin
kerana saiznya yang kecil. Mereka juga dikenali dengan nama Maori iaitu kororā.
Penguin ini mempunyai mata yang sensitif pada kilauan cahaya. Cahaya
yang memancar secara tiba-tiba boleh menakutkan atau membingungkan penguin. Justeru
pelancong tidak dibenarkan menggunakan flash untuk kamera, kamkoder atau handphone.
6.36 petang, terus menyusuri boardwalk bersama para pelancong yang lain. Menuju ke Summerland Beach.
Bagaikan pesta berjalan kaki, seiring dan sedahuluan ke pantai. Selangkah dan searah, riuh rendah. Keramaian yang menyeronokan. The more the merrier. Masing-masing kelihatan teruja.
|
Welcome Board |
Di penghujung
boardwalk hampir dengan pantai disediakan platform tinjau. Mempunyai tempat
duduk bertingkat. Melandai ke pantai dengan ruang pandangan 180º. Menghadap Teluk Summerland dan Selat Bass yang lebih
luas dan terbuka.Bagaimanapun terhad
kepada maksimum 300 orang.
|
Platform Tinjau |
|
Pandangan 180º |
|
Platform Bertingkat |
|
Pesta Little Peguin |
Masing-masing
begitu setia menunggu. Akhirnya sisa-sisa senja mula pudar di kaki langit.
Sebaliknya kegelapan beransur-ansur memburu ruang. 6.48 petang, masing-masing terus menumpukan pandangan ke pantai Teluk Summerland.
Tidak sabar-sabar untuk melihat little peguin melenggang
naik ke pantai.
|
Sabar Menanti |
|
Lenggang Peguin |
6.43
petang, little peguin masih lagi tidak
mendarat. Senja sudah lama menyepi. Bagaimanapun tidak sedar kegelapan hampir menyelubungi pantai. Hanya terdengar debur ombak
bersilih ganti dengan deru angin. Serentak dan seirama. Bagaikan turut meraikan
keramaian. Diiring ombak yang berbalam-balam putih, bergulung-gulung naik ke
pantai.
7.26
malam, masing-masing masih menumpu perhatian ke pantai. 7.34 malam, tiba-tiba ada
yang menjerit. Masing-masing berdiri bagaikan memberi standing ovation. Beberapa ekor pengguin kelihatan muncul dari celah-celah ombak. Lalu berbaris sambil berlenggang naik ke pantai. Namun
tidak berapa jelas. Cahaya lampu pantai tidak berapa terang. Hanya samar-samar.
Dimaklumkan little penguin biasanya keluar dari laut selepas
memburu ikan. Kemudian berlenggang naik ke pantai apabila senja semakin gelap. Mereka
kembali ke sarang yang terletak di bukit-bukit pasir di darat.
8.13
malam, hujan mula turun. Angin laut terus memuput. Terasa dingin, hampir
menggigil. Masing-masing terus bangun meninggalkan tempat duduk. Bergerak
perlahan-lahan melalui boardwalk. Hujan masih lagi turun apabila sampai
di pintu Taman Pusat Pelancungan.
|
Pusat Pelancongan |
|
Dewan makan |
|
Sandwitch & Chips |
|
Feeling Hesitant |
8.46
malam, dinner time. Malangnya sepinggan sandwitch tak disentuh. Terasa
waswas nak makan. Hanya makan kentang goring. Bagaimanapun tour leader
benar-benar upset. Ayway, anggaplah ini sebagai situational problem
for maturity assessment. Hakikatnya, problem is wisdom. Today’s
problem is tomorrow’s decision.
9.18
malam, bertolak. Meninggalkan Philip Island Narture
Park. Hujan masih lagi turun renyai-renyai. Lalu sepanjang perjalanan bagaikan
melayari mimpi. Mengimbau nostalgia yang tidak ada penghujungnya. Mungkin,
apabila sudah di penghujung usia, mimpi itu adalah kembara yang hanya bermula
tetapi tidak berakhir.
9.37 malam, berhenti di stesen minyak BP.
Turun untuk melegakan diri di rest room. 9.46 malam, bertolak semula. Di
hadapan kelihatan deretan lampu merah, bagaikan berkejar-kejaran. Suasana agak
tenang, namun sepi dalam keramaian.
Mungkin keletihan menjadikan masing-masing hanyut. Malah ada yang sempat berlabuh di muara mimpi. Lalu terapung-apung tanpa tepian.
10.13
malam, perjalanan menghampiri Bandar Melbourne. Kelihatan beberapa buah kereta masih di jalan
raya. 10.21 malam, masuk simpang kanan ke Toorak Road.
10.25 malam, melintasi MCG Football Stadium.
Seterusnya melalui Bridge Road.
|
Ziyka Pizza Cottage |
|
Rathtown Street |
|
Pizaza Taste |
10.33
malam, masuk Elexander Road. Seterusnya parkir
di hadapan Ziyka Pizza Cottage di Rathtown Street. 10.46 malam, masuk kedai pizzas. Dinner
sekali lagi dengan pizza, walaupun lewat malam. Pada suapan terakhir barulah
terasa kenyang. Alhamdulliah.
11.11 malam,
menyusuri kaki lima kedai. Lalu menikmati
the dancing lights sepanjang Rathtown
Street. Hujan masih lagi turun. Sekali-sekala angin malam bertiup. Menjadikan
suasana diselubungi kedinginan. Jalan kelihatan basah walaupun hujan tidak lebat. Imbasan cahaya kelihatan bagaikan menari-menari di lopak-lopak air di tepi
jalan.
Malam ini
terasa benar heningannya, sekalipun beberapa kenderaan lalu-lalang. 11.22 malam, baru
bertolak. Menyusuri Grattan Street. 11.29
malam, di Gobden Street. Masuk simpang kiri ke William Street dan seterusnya simpang kiri ke Commonwealth Street. 11.36 malam, sampai di hotel Ibis Style Kingsgate.
11.37
malam, naik lif ke aras 6. Selepas tiga kali corner baru sampai di bilik 641. Alhamdullah, barulah dapat berehat.
Kemudian isi borang Penilaian Perkhidmatan. Seterusnya berkemas-kemas. Pakaian
dan barang-barang disusun dalam beg kembara Echoac dan Jean Francois.
Badan pun dah
letih. Mata mula layu dan minda pun dah tepu. Akhirnya terlena dalam keletihan.
Jadi biarkan mimpi meniti sepanjang malam. Biarkan ia semakin larut, dan hanyut
tanpa perhentian.
Post a Comment