HARI KETUJUH 3 MEI 2018 (1)
Hotel ibis Style Kingsgate - Queen Victoria Market –
Restoran Pondok Rempah - Islamic Council of Victoria
- Chemistry Warehouse - Philip Island
4.55
dinihari, terbangun. Namun masih ada ruang waktu. Lalu baring-baring, just take
a nap. Dikatakan tidur berkala sebagai membayar hutang terlebih
berjaga. 5.04 pagi, wake-up call dari counter
lobby. 5.46 pagi, solat subuh. Memanjatkan doa. Agar sentiasa di bawah
perlindungan-Nya.
Surah Al-Falaq: Ayat 1
Katakanlah:
“Aku berlindung kepada Tuhan Yang menguasai subuh.
|
6.55
pagi, keluar dari bilik 641. Turun lif ke aras 1. 7.13 pagi, breakfast bersama
group
Terengganu. Group “yang melatah ada, namun berpisah tiada”. 7.44 pagi, baru selesai
sarapan. Kena makan secukup kalori untuk bekalan tenaga. Lebih-lebih lagi perjalanan yang jauh memerlukan ketahanan fizikal dan mental.
Kemudian naik
lif semula. Masuk dalam bilik. Seterusnya pekena infrared heat therapy
dalam bilik mandi. Terasa segar sedikit apabila cas semula tenaga. Kadangkala enthusiasm
dan keseronokan juga mencetuskan tenaga. Membuatkan kita lebih bersemangat dan
ceria.
|
Queen Street |
|
Kaki Lima |
Suhu pagi
ini 16ºC. Terasa sejuk. 8.27 pagi, turun lif. Berkumpul di lobi, waiting for
the departure time. 8.46 pagi, naik bas. Pagi ini agak berangin sedikit. Menggigil
juga untuk menahan sejuk, sampai terasa kebas tangan. Chilled to the marrow.
|
Couch Park |
|
Queen Street |
|
Laluan Pasar |
|
Kawasan Pasar |
8.53
pagi, bertolak. Kelihatan trem memintas. Pedestrian pula lalu-lalang di
kaki 5 bangunan. All walks of life kelihatan bergegas menuju ke
destinasi masing-masing. 9.06 pagi, bas seterusnya menyusuri Queen
Street. Kemudian berhenti di couch park di tepi jalan.
|
Queen Victoria Market |
|
The More The Merrier |
|
Selangkah Searah |
Angin
dingin dari Queen Street memuput lembut dan mesra. Bagaikan mengalu-alukan kedatangan penjejak veteran. Terasa cold to
the touch. 9.15 pagi, menyusuri laluan. Seterus masuk dalam ke Queen Victoria Market.
|
Lorong Borong |
|
Pelbagai Pilihan |
|
Tawar-Menawar |
|
Rambang Mata |
Queen Victoria Market adalah mercu tanda utama di Melbourne. Merupakan pasar terbuka di Australia. Keluasannya sekitar tujuh hektar. Menjadikannya
pasar terbesar di Hemisfera Selatan. Tiba-tiba
feeling homely, teringat Pasar Payang. Satu-satunya mercu niaga dan ikon
pelancongan Kuala Trengganu.
Demikian Queen Victiria Market telah digazetkan sebagai Warisan
Victoria. Pasar ikon Melbourne ini telah beroperasi sejak tahun 1878. Menjadikannya salah satu point of interests di Kota Melbourne. Daya tarikan pelancong yang semakin popular di Kota Melbourne.
|
Sekitar Pasar |
|
Rimbunan Jalan |
|
Rest Room |
|
Medan Parkir |
Pasar ini
mempunyai sejarah yang panjang. Dibangunkan pada akhir 1860-an. Sebagai satu-satunya pasar
borong dan runcit. Menggantikan pasar-pasar kecil yang terdapat di sekitar ceruk
Bandar.
9.33
pagi, membeli 3 beg galas untuk 3 orang cucu. 9.41 pagi, kebetulan berjumpa
pelancong lain dari Malaysia. Sama-sama memborong baju sejuk, discount
$4.99. 9.55 pagi, masuk kedai sovenair. Membeli magnetic sticker
sebagai oleh-oleh.
|
Toys Shop |
|
Group T'ganu |
10.17
pagi keluar dari Victoria Market. Lalu masuk Therry Street. Di dataran berhampiran kelihatan pemusik
jalanan sedang membuat persembahan. 10 22 pagi, masuk pula Elizabeth Street. 10.42 pagi, melintasi Backett Street. Namun tak jumpa kedai chemistry.
Hajat nak
membeli minyak wangi tak kesampaian. Lalu masuk semula Queen
Victoria Market. Melalui rear of L shed. Membeli beg tangan untuk
Acik. Berhampiran warung Expresso Markee dengan aroma
cappuccinonya. 11.04 pagi, beli tas tangan untuk Kakak. 11.32 pagi, selesai
shopping spree.
|
Pondok Rempah |
|
Elizebeth Street |
11.36 tengah
hari, bertolak. Seterusnya melintasi Jasper Hotel, di Elizebeth Street.
11.58 tengah hari, masuk restoran Pondok Rempah.
House of Indonesian cuisine. Kadang-kadang
apabila lapar bau masakan sudah cukup memberi nikmat. Ini yang dikatakan sentuhan
selera, a bite of heaven.
|
Pondok Rempah |
|
Majlis Seleran |
|
Nikmat Lapar |
|
Rahmat Kenyang |
12.12 petang, , keluar dari restoran Pondok Rempah. Lalu bersantai di kaki Lima. Angin musim luruh agak kuat bertiup dari Elezabeth
Street. Bagaimanapumn terasa nyaman dan mesra. 12.23 petang, baru bertolak. Melintasi semula Victoria
Market. 12.32 petang, berhenti di
King Street. Di hadapan bangunan Haileybury.
Lalu menyusuri
Jerrcott Street. 12.39 petang, masuk pintu bangunan Islamic Council of Victoria. Seterusnya solat jamak takdim di ground floor.
Ketika ini tidak ramai yang solat. Jadi agak selesa dan tenang.
Dimaklumkan Majlis Islam Victoria adalah sebuah organisasi Muslim Australia. Ia bertindak sebagai badan
perwakilan pusat bagi masyarakat Islam dan organisasi Islam tempatan di Victoria.
Majlis Islam Victoria juga mewakili lebih daripada 150,000 orang Islam yang tinggal di negeri Victoria. Majlis ini juga mewakili kira-kira 47
organisasi anggota yang terletak di seluruh metropolitan Melbourne dan luar Bandar Victoria.
12.46
tengah hari, selesai solat. 1.16 petang,
bertolak. Sekali lagi lagi melalui King Street.
1.30 petang, naik jembatan Sungai Werribee.
|
Chemistry Warehouse |
|
Princess Highway |
1.32
petang, masuk Sturt Street. Seterusnya
melintasi jalan tram. Masuk 5 lorong sehala di Lorne
street. 1.49 petang, masuk orange Road,
3 lorong sehala. 1.52 petang, melintasi David Jones
Shopping Centre, di Dandenong Road.
|
Pelbagai Pilihan |
|
Fragrance Of Love |
|
Pharma Save |
1.55 petang,
berhenti di kedai Chemistry Warehouse, di Princess Highway. Beberapa orang turun membeli minyak
wangi. Wangi-wangian yang dikatakan hanya percikan bau syurga. 2.14 petang, terus bertolak. Masuk simpang kanan. Kemudian U-turn masuk ke St Drummond dan Warrigal
Road.
Masuk kanan lagi ke Huntingdale Road.
Seterusnya Blackburn Road. 2.41 petang, berada di Jalan Dangdenung M1, 3 lorong sehala. 2.48 petang, melintasi ladang gersang. Kemudian
berhenti di stesen minyak Adblu 1e. 2.58
petang, bertolak semula. Masuk Cardinia Road, 2
lorong sehala. Seterusnya melintasi ladang ternakan lembu.
3.05
petang, exit bulatan. Naik flyover, terus ke Liverstok Way. 2.49 petang, melalui jembatan San Remo untuk ke Philip
Island. Pulau yang dinamakan sempena Gabenor
Arthur Phillip. Gabenor pertama New South Wales.
Pulau Phillip adalah 26
km panjang dan 9 km lebar. Berkeluasan kira-kira 100 km persegi. Ia mempunyai
97 km garis pantai dan merupakan sebahagian daripada Shire Bass Coast.
|
Jembatan San Remo |
Pulau ini
dihubungi jambatan konkrit sepanjang 640
m. Menghubungkan bandar utama San Remo di tanah besar dengan bandar Newhaven di pulau. San Remo adalah
pintu gerbang ke Phillip Island, manakala bandar Newhaven
sebagai pintu masuk ke pulau.
Post a Comment