13
OGOS – 14 OGOS 2016 KOTA BAHARU
8.31 pagi, sehening pagi Honda City i-Vtec TBH669 meninggalkan teratak Seri Teratai, Kg. Pulau Bahagia. Sampai di simpang Peradong, masuk laluan T141. 8.37 pagi, melintasi SMK Belara, seterusnya Kg. Kubang Bujuk, Kg, Kesom dan Bukit Petiti. 8.36 pagi, melintasi SK Bukit Petiti, sekolah terakhir Umi berkhidmat sebelum bersara.
8.40 pagi, melintasi SK Banggol Peradong
dan seterusnya ke Kg. Jeram. Masuk simpang
kiri melalui jembatan. kemudian masuk
simpang kiri ke Kota Baharu. Melalui Kg. Bukit Jong, terkenal dengan Kilang pecah batu. 8.48 pagi, melintasi masjid Kg, Gemuruh dan Kg.
Sungai Ikan. Papan amaran “Awas Jalan Rosak”, “Kawasan Lintasan Lembu”
dan “Kurangkan Laju”, memberi informasi.
Mengikut sejarahnya, kampung ini bersempenakan nama seorang peniaga Cina, iaitu En. Tong. Beliau berulang-alik dari Kuala Terengganu ke kampung ini melalui laluan sungai. Membekalkan garam, ikan masin dan beberapa barang keperluan. Sehingga mempengaruhi penduduk untuk menamakan kampung ini sebagai Kg. Sungai Tong.
8.55 pagi, kilang batu bata. 8.59 pagi, sampai di simpang Felda Belara dan seterusnya melalui jalan kelapa
sawit yang berliku-liku dan yang agak berbukit. Kelajuan yang dibenar 80km/j.
9.06 pagi, sampai di Kg. Sungai Tong.
Bermakna Along mengambil masa lebih kurang 75
minit untuk sampai ke SK Sungai Tong.
Kg. Sungai Tong
terletak di Mukim Hulu Nerus, Setiu Bersempadankan daerah Kuala Terengganu, menjadi
laluan utama menghubungkan Kuala Terengganu ke Kota Baharu. Kampung ini juga dikenali dengan nama
baharunya iaitu Seri Langkap kerana menjadi pusat pentadbiran dan tumpuan utama penduduk di DUN Langkap.
Mengikut sejarahnya, kampung ini bersempenakan nama seorang peniaga Cina, iaitu En. Tong. Beliau berulang-alik dari Kuala Terengganu ke kampung ini melalui laluan sungai. Membekalkan garam, ikan masin dan beberapa barang keperluan. Sehingga mempengaruhi penduduk untuk menamakan kampung ini sebagai Kg. Sungai Tong.
Dalam catatan polis terdapat 13 lokasi
kerap berlaku kemalangan di Terengganu. Antaranya laluan
ke Kg. Sungai Tong yang berisiko
tinggi. Laluan, terutamanya ladang kelapa sawit yang berbukit
dan berliku-liku, mengundang bahaya. Begitu juga laluan
di km 32-35 Sungai Tong-Kuala Berang.
Kedai Nasi Suka Ramai |
9.07 pagi, singgah di medan selera Sg. Tong. Beberapa gerai kelihatan tutup. So gerai Kedai Nasi Suka Ramai menjadi tumpuan. Pelancung dari Felda Jerangau juga singgah untuk breakfast. Mereka datang dengan 3 buah bas untuk melancung ke Kota Baharu. Kami duduk di meja No 1. Tiada meja kosong, so beberapa orang terpaksa menunggu.
Dalam Perjalanan |
9.28 pagi, meneruskan perjalanan. 9.31 sampai Kg.
Selamat. Milestone menunjukkan
121 km lagi ke Kota Baharu. 9.40 pagi, melintasi
SMK Chalok Barat dan seterusnya SK Batu 26. 9.38 pagi, Kg
Sungai Lerek. 941 pagi, isi minyak shell RM53.00 dan keluar duit dari UMBC
sebanyak RM300.00. 9.49 pagi, menyambung semula perjalanan.
9.52 pagi, sampai di Kg. Rahmat. 9.53 pagi, Giat Mara Setiu. 9.56 pagi, SMK Putra Jaya. 10.01 pagi, Bandar Permaisuri . 10.01 pagi, melintasi SMK Tg Ibrahim, sekolah yang suatu ketika dulu terkenal dengan pelajar mati ditikam. 10.05 pagi, SM Sains Setiu. 10.06 pagi, masuk Kg. Guntung Luar. 10.16 pagi, Kg Bukit Geregar dan Kg. Bintang.
10.17 pagi, melalui Kg. Bahagia dan
melintasi masjid Ar Rahman . 10.20 pagi,
masuk daerah Besut. 10.23 pagi, milestones menunjukkan 78 km lagi ke Kota Baharu dari Kg.
Jabi. 10.41 pagi, melintasi masjid Dhahari
untuk masuk ke Bandar Jertih.
10.43 pagi, melintasi masjid Ulul Albab, yang dibina dengan kayu. 10.45 pagi, masuk negeri Kelantan Darul Naim melalui Kg. Pasir Putih. 1048 pagi, Kg. Tok Khamis. 10.50 pagi, Kg. bukit Belah dan seterusnya Kg. Gaal dan Kg. pasir Putih. Saat ini milestone menunjukkan 41 km lagi ke Kota Baharu.
Masjid Ulul Albab |
10.43 pagi, melintasi masjid Ulul Albab, yang dibina dengan kayu. 10.45 pagi, masuk negeri Kelantan Darul Naim melalui Kg. Pasir Putih. 1048 pagi, Kg. Tok Khamis. 10.50 pagi, Kg. bukit Belah dan seterusnya Kg. Gaal dan Kg. pasir Putih. Saat ini milestone menunjukkan 41 km lagi ke Kota Baharu.
11.03 pagi, melalui Kg. Pak Amir.
11.07 pagi, Kg. Bukit Abal. 10.11 pagi,
sampai simpang 4 Balai Polis. 11.15 pagi, Kg. Danan.
11.28 pagi, melalui jembatan Sg. Semarak.
11.30 pagi, melintasi SK Peringat dan seterusnya
SK Long Ghafar. 11.36 pagi, melintasi
bangunan setelit Islam Pasir Tumbuh. Di
Pasar Raya kereta PKT DBU3525 sedang menunggu.
Post a Comment