HARI KELIMA : RABU 22 MAC 2017 (2)
Pasar Triwindu - Pasar Kelewar - Batik Omah Laweyan - Restoran
Ralana - kereta api Maliaboro Express
Pasar Triwindu |
Antik Peninggalan Keraton |
1.49 tengah hari, meneruskan perjalanan. Berhenti di seberang Pasar Triwindu, di Jalan Pangeran Diponegoro. 1.52 petang, lalu berjalan kaki masuk ke dalam pasar. Terdapat 257 kios, yang mempamirkan barang-barang antik, tiruan dan aksesori kereta.
Berbagai jenis barang antik. Termasuk barang-barang peninggalan keraton yang sudah berumur ratusan tahun. Terdapat juga keris purba, patung, lampu antik, syiling lama, kamera dan gramofon tua dari Eropah.
Pasar Tradisional |
Tekstil Surakarta |
Ia lebih merupakan pasar tradisional yang unik. Terletak di selatan kompleks Istana Mangkunegaran. Ia dinamakan Triwindu karena
dibangunkan pada tahun 1939 oleh KGPAA Mangkunegara VII sebagai peringatan 24
tahun (tiga windu) masa pemerintahannya.
2.14 petang, bertolak. 2.16 petang, singgah di masjid Al Wustok. Bersebelahan dengan SD Muhamadiah 1. Selepas solat Jamak Takdim, meneruskan perjalanan. Masuk Jalan Slamet Riyadi. 2.51 petang, singgah di Pasar Kelewar. Pasar tekstil terbesar di Kota Surakarta.
Turun sahaja dari bas, bung-bung beca berebut-rebut untuk menawarkan khidmat. Bagaimanapun set veteran Poto hanya berjalan kaki masuk pasar. Melalui gerai-gerai yang menawarkan pelbagai pilihan. Corak, warna dan jenis yang dapat memenuhi idaman suri.
Berbagai jenis kain dan pakaian. Pakaian resmi, pakaian sekolah, pakaian kemeja wanita atau pakaian santai. Bagaimanapun batik lebih memonopoli setiap sudut dan ruang. Antaranya batik tulis Solo, batik cap, batik antik keraton, batik pantai keraton Solo dan batik putri Solo.
3.49 petang, meninggalkan pasar Kelewar. Melalui tembuk-tembuk kraton. Dan melintasi pasar baru Kelewar. Kemudian masuk Jalan Dr Rajiman. Seterusnya masuk semula Jalan Slamet Riyadi. 4.14 petang, menyeberangi Sungai Bengawan Solo. Malangnya hanya “Indah khabar dari rupa”.
Tidak lagi semerdu lagu Bengawan Solo. Dan tidak lagi seindah lirik lagunya. Namun lagunya begitu evergreen. Hingga diterjemahkan kepada 13 bahasa. Termasuk bahasa Inggeris, bahasa Rusia, bahasa Tionghoa, dan bahasa Jepun.
Lagu ini dicipta pada tahun 1940. Dan dinyanyikan oleh penciptanya sendiri iaitu Gesang Martohartono. Yang meninggal dunia di Surakarta, pada 20 Mei 2010. Ketika berumur 92 tahun.
Bengawan Solo
Riwayatmu ini
Sedari dulu jadi...
Perhatian insani
Musim kemarau
Tak seberapa airmu
Dimusim hujan air..
Meluap sampai jauh
Mata airmu dari Solo
Terkurung gunung seribu
Air meluap sampai jauh
Dan akhirnya ke laut
Itu perahu
Riwayatnya dulu
Kaum pedagang selalu...
Naik itu perahu
Buat U-turn. Sekali lagi melintasi Sungai Bengawan Solo. Yang mengalir lesu. Kian terhakis dan tercemar. Tidak lagi dipedulikan. Dan tidak lagi menjadi inspirasi di abad ini. Zamannya sudah lama berlalu. Hanya tinggal cebisan kenangan indah bersama pencipta lagunya.
4.26 petang, melintasi landasan kereta api. Masuk Jalan Gen Urip. Kemudian Jalan Ir Juanda. 4.37 petang, masuk pula Jalan Rongga Wasito. Dan seterusnya Jalan Dr Radjiman. 4.51 petang, singgah di pusat Batik Omah Laweyan.
Pelbagai, dari motif klasik yang elegan hinggalah ke motif trendy yang futuristik. Sama ada untuk acara formal atau bersantai. Bagaimanapun motif khas sogan Solo menjadi ikon Batik Omah Laweyan.
5.16 petang, bertolak. Masuk Jalan Agos Salim. Ketika ini senja mula berlabuh. 5.26 petang, bas berhenti di kawasan parkir. Seterusnya berjalan kaki ke Grand Mall. 5.35 petang, masuk gedung Matahari. 6.07 petang, keluar dari mall. Malam sudah pun melabuhkan tirainya. Lampu-lampu mula meminggiri kegelapan.
6.21 petang, singgah di Restoran Ralana. 6.55 petang, selesai dinner. 7.21 malam, meneruskan perjalanan. Masuk Jalan Dr Satumo. 7.19 malam, singgah di Masjid Nurul Iman, di Kalitan Solo. Wakaf keluarga Bapak H.M. Soeharto. Dibina pada tahun 1996. 7.37 malam, selesai jamak takdim.
Stesen KSB Solo Balapan |
7.43 malam, bertolak ke stesen kereta api. 7.55 malam, sampai di Stesen KSB Solo Balapan. Beberapa orang porter sudah menunggu. 8.11 malam, pemeriksaan boarding pass dan tiket. Kemudian duduk di balai berlepas.
9.53 malam, mula bergerak. Perlahan-lahan. Terasa berayun-ayun, dengan pelbagai irama. Jelas terdengar bunyi “jeritan” besi saling bergesel. Seiring dengan bunyi enjutan gerabak yang saling tarik-menarik. Walaupun pitching tidak sealunan, namun seirama, mengikut biasan angin malam.
10.08 malam, stewardess menawarkan minuman dari mini barnya. 10.12 malam, selimut diedarkan. Cuba melelapkan mata. Tetapi hanya tidur-tidur ayam. 11.58 malam, pengumuman untuk penumpang akan turun di Stesen Nganjuk. 12.20 malam, berhenti di Stesen Kartasono.
Hanyut Diayun Gerabak |
Dalam keadaan lena tak lena, tidak sedar apabila Maliaboro berhenti di stesen Kediri, Tulungagung, Blitar dan Kepanjin. Set veteran Poto yang lainnya, hanyut diayun gerabak. Dah lena dibuai mimpi-mimpi. Walaupun cahaya lampu agak samar-samar, kedinginan malam bagaikan menyelimuti.
Bagaikan diayun-ayun dan didendang-dendang oleh irama jalanan. Yang datang dari landasan dan gerabak. Yang bergeselan di landasan dan yang tarik-menarik antara gerabak. Lalu mengiringi perjalanan di sepanjang malam.
Bagaikan diayun-ayun dan didendang-dendang oleh irama jalanan. Yang datang dari landasan dan gerabak. Yang bergeselan di landasan dan yang tarik-menarik antara gerabak. Lalu mengiringi perjalanan di sepanjang malam.
Post a Comment