HARI KEENAM 2 MEI 2018 (2)
A Great Ocean Road - Port Campbell National Park
- Twelve Apostles - Restoran Alice’s Thai
Jalan
yang dilalui agak lurus dan selesa. 3.35 tengah hari, melalui ladang biri-biri.
Kelihatan sekumpulan biri-biri sedang meragut di lereng bukit. Perjalanan seterusnya
memasuki hutan hujan. Melalui pohon-pohon palma yang menghiasi lembah.
Waktu ini
jalan agak lengang. 3.49 petang, terpaksa melalui jalan lereng bukit. Berliku-liku dengan beberapa selekoh maut. Di selang-seli dengan tebing tinggi dan lembah cerun.
Sekali-sekala mendaki dan sekali-sekala pula menurun.
3.59
petang, melintasi Ecopark. Terletak di Mt. Martha. Dikatakan mempunyai landskap dan reka
bentuk yang menarik, beyond imagination. Malah menjadi destinasi hiburan
dan family retreat yang begitu popular.
|
Lokasi Port Campbell |
|
Taman Port Campbell |
Perjalanan
seterusnya melalui beberapa bahagian jalan yang sedang dibaiki. Lalu memperlahankan
perjalanan. 4.13 petang, bas berhenti di Port Campbell
National Park.
Taman Negara Port Campbell adalah sebuah taman nasional di daerah selatan-barat Victoria. Seluas 1,750 hektar. Taman ini terletak
bersebelahan dengan Taman Negara Great Otway
dan Bay of Coast Coast Park.
Taman Negara Port Campbell mempunyai pelbagai persekitaran pantai yang menarik. Termasuk
hutan, bukit pasir, tanah lembap, tebing pantai, tumpukan batu kapur dan
gerbang yang menjadi points of interest.
|
Welcome Billboard |
|
Animal Info |
|
Apostles Animals |
Pusat pelancongan
pula menyediakan kawasan orientasi. Memaparkan informasi di signboard di
sepanjang boardwalk ke pantai. Disediakan juga tandas dan tempat
letak kereta. Yang dapat menampung 190 kereta dan 12 coach parking.
|
Kewajiban |
|
Solat open-Air |
|
Jamak Takdim |
|
Amalan Wajib |
Seterusnya
singgah di pusat pelancongan. 4.27
petang, terpaksa mengambil wuduk dalam tandas. Melakukan "tanggungjawab dalam kesulitan". Kemudian solat
jamak takdim di luar bangunan pusat pelancongan. 4.37 petang, baru menyusuri walkways hingga ke tebing pantai.
|
Untaian Kasih |
|
Lokasi Twelve Apostles |
|
Cinta Horizon |
5.00
petang, menyaksikan panorama yang begitu menakjubkan. Di tebing curam yang
menghadap ke laut. Mata bagaikan terpesona, dan jiwa bagaikan terlena dengan panoramic
views. Begitu unik, dramatik
dan romantik. Indah dan syahdsu dalam warna-warna senja.
|
Bunga-Bunga Senja |
|
Laluan Pantai |
|
Remang Senja |
|
Cahaya Senja |
|
Bayangan Senja |
|
Senja Kian Pudar |
|
Siluet Senja |
Ombak kelihatan
berkejar-kejaran, bergulung-gulung menerjah sepanjang pantai. Demikian saling
bersahut dan saling bersambut suara lautan. Diiringi alunan ombak dan desiran bayu. Bagaikan
simfoni yang membisik bait-bait cinta yang kian berkurun lamanya.
|
Bayangan Senja |
|
Warna Senja |
|
Point Of Interest |
|
Sudut Memori |
|
Twelve Apostles |
|
Unique Formation |
Kelihatan tumpukan
batu, gaung, gerbang, dan lubang-lubang angin. Bagaikan sayup-sayup dalam bayangan senja. Yang mana menjadi
points of interest. Malah Twelve Apostles,
London Arch, Loch Ard
Gorge, Gibson Steps, dan The Grotto sentiasa menggamit para pelancong di laluan Great Ocenic Road.
|
Sisa-Sisa Senja |
|
Kuning Kemerahan |
|
Siluet Sepi |
Twelve Apostles yang lebih popular adalah koleksi tumpukan batu kapur. Hasil
daripada hakisan ratusan tahun. Kini tinggal lapan
apostle yang masih setia, bagaikan “penunggu zaman”.
Yang kesembilan runtuh pada Julai 2005. Bagaimanapun nama Twelve Apostle terus dikekalkan. Abadi dalam mitos, melewati zaman ke zaman.
Dari jauh
kelihatan cahaya senja bagaikan menari-nari di hujung ombak. Biasan cahaya dari
warna senja yang semakin pudar. Begitu indah sekali melatari kaki langit. 5.12 petang,
terpaksa beredar. Bagaimanapun pengunjung bertali arus. Yang datang melakar bayang
dan yang pergi memahat memori.
5.30
petang, bertolak. Masa tidak mengizinkan untuk meninjau Loch And Gorge dan London
Bridge. Perjalanan terpaksa diteruskan.
Ketika senja semakin kehilangan warnanya, terasa semakin sayu dan sepi. Lalu masing-masing hanyut
dalam nostalgia “ombak rindu”.
|
Alunan Dangdut |
5.57
petang, masuk Geelong. Jalan rayanya berliku-liku sepanjang pantai, dengan tebing-tebing curam yang mencemaskan. Tanda-tanda jalan turut dipasang di sepanjang jalan memberi amaran mengenai kemungkinan tanah atau batu runtuh. Terasa juga cemas apabila melalui kawasan high risk.
610 petang, melalui Colac Geelong. Mentari
senja semakin pudar warnanya. Sepi dalam kemerah-merahan. Bagaikan terapung-apung
lesu di kaki langit. Bagaimanapun sisa-sisa senja masih lagi melatari kaki
langit. Samar-samar dalam banyangan senja.
|
Sisa-Sisa Senja |
|
Warna Syahdu |
6.27 petang,
masih mengikuti laluan ke Melbourne. Alangkah
indahnya menyaksikan detik-detik perubahan senja di kaki langit. Benarlah kata pujangga: “no greater joy than to
have an endlessly changing horizon”. Begitu syahdu
dan mempersonakan. Akhirnya mentari menghilang. Hanya sisa-sisa senja mengiringi kehilangannya. Lalu tiba-tiba terasa sepi.
6.43 petang,
masuk bandar Colac. Agak lengang. Kenderaan
mula memasang lampu. Di
dataran kelihatan samar-samar sekawan lembu yang masih meragut. Sayup-sayup dalam
siluet senja. Akhirnya sisa-sisa senja beransur-ansur hilang di kaki langit. Lalu bukit-bukau dan rimbunan pohon-pohon menjadi siluet yang kaku dan sepi.
Burung-burung sudah pun pulang ke sarang. Akhirnya malam berlabuh. 7.08 petang, masih lagi di laluan M1 Geelong. Laluan agak gelap . Tiada lampu jalan. Hanya
imbasan cahaya merah pada pembahagi jalan. Juga pembalikan cahaya putih di tengah
jalan sebagai penunjuk arah.
Bas
terpaksa memecut 100 kmj. Mengejar masa. Suasana dicekam sepi. Hanya cahaya
agak malap dalam bas. Ada yang masih hanyut dibuai mimpi. 7.22 malam, bas
berhenti di stop over. Berehat sebentar dan melegakan diri di rest
room.
7.33 malam,
meneruskan perjalanan. Meredah malam yang semakin gelap. Masuk jalan sehala 3
lorong. Di dataran sayup-sayup kelihatan lampu-lampu yang berkelip-kelipan. Indah,
bagaikan bintang di bumi.
Masuk waktu
isyak. 7.26 malam, jalan sehala menjadi 5 lorong. Perjalanan semakin
menghampiri Merlbourne. 7.39 malam, melintasi Shopping Mall. Kelihatan bangunan-bangunan tinggi
dihiasi cahaya. Bagaikan symphony of lights. 7.33 malam, melintasi Hotel Crown 5 bintang.
Terus
naik jembatan Sungai Yarra. 7.37 malam, melalui
Flander Street. Di tengah-tengahnya jalan trem.
Beberapa orang pedestrian kelihatan lalu lalang di kaki lima. Kelihatan lot night parking di pinggir jalan
sudah dipenuhi kereta. Begitu juga beberapa underground parking sudah ditutup.
Post a Comment