HARI KEEMPAT 1 MEI
2018 (2)
Rayner’s
Stonefruit Orchard - Peach Café and Shop
- Zoo Heslesville
Santuary - Yarra Valley Chocolaterie
- Restoran Padang Selero Kito - Hotel Ibis
Kingsgate
12.37 petang, terpaksa bergerak perlahan-lahan, kerana jalan sedang dibaiki. 12.46 petang, melintasi Sir
Paz Estate. Ladang anggur milik keluarga Zapris, yang berasal dari Greece. Laluan di sini agak berliku-liku. Sekali mendaki, sekali pula menurun.
Seterusnya masuk bulatan. 12.56 petang, melintasi ladang ternakan lembu. Kemudian masuk simpang
kiri. Selepas itu masuk laluan pinggir Worri Yarlock town. Sebuah bandar di Victoria,
yang terletak di Lebuhraya Warburton.
|
Rayner's Orchard |
|
Kembara Dusun |
Seterusnya masuk Jalan
Schoolhouse yang agak sempit. Hanya membenarkan kelajuan 60 km/j. 1.04
petang, sampai di Rayner’s Stonefruit Orchard and Peach
Cafe. Terletak di Woori Yallock dalam Yarra Valley. Dikatakan Lembah Yarra ini adalah a gift of nature. Mengandungi tanah merah yang paling subur.
Terdapat kira-kira 450 jenis pokok
buah-buahan. Terutama stone fruit, yang mempunyai biji yang besar di dalamnya. Buah-buahan
yang lain termasuk: peaches, nektar, plum, aprikot, tamarillo, delima,
persimmon, pepino, feijoa, jambu biji, buah kiwi dan medlar Belanda.
Dimaklumkan Rayner's
Orchard mempunyai 10 hektar dusun buah-buahan. Kira-kira 8000 pokok dan
450 jenis buah-buahan. Yang mana menghasilkan 250 tan buah-buahan setiap tahun.
|
Pisang Kaki |
|
Dusun Rayner |
|
Peach Cafe |
|
Fruit Pie |
|
Take A Bite |
1.08 petang, turun dari bas. Masing-masing mengambil
kesempatan melihat pohon buah-buahan. Mencari sudut-sudut fotografi yang menarik.
Berlatarkan pohon buah-buahan. 1.11 petang, masuk Peach
Café and Shop. Seterusnya tea time dengan fruit pie.
|
Taste Of Fruits |
|
Kona Baring |
|
Tasting Tour |
Peach Café and Shop menawarkan
pelbagai produk dari buah-buahanan. Antaranya jus, jem, jeruk dan buah kering. Beberapa
buah-buahan yang segar juga dijual. Di
samping air kotak, kulit buah, dan fruit bouquets yang menjadi pilihan selera.
|
Drive safely |
|
Ticket To Ride |
|
Delightful Ride |
|
Fruits Tasting |
1.23 petang, berehat sebentar. 1.43 petang,
naik treler untuk mengikuti tractor
fruit tasting tour and U pick. Masing-masing terasa excited and thrilled. Tidak
sabar-sabar untuk menikmati pelbagai buah-buahan segar. Rasa terliur pula.
|
Quinn Taste |
|
Jelly Taste |
|
Kiwi Taste |
1.45 tengah hari, treler mula bergerak. Ditarik
oleh traktor yang dipandu oleh Len Rayner.
Pemilik ladang Rayner’s Stonefruit Orchard. 1.46
petang, memetik buah yang pertama iaitu peach. Semuanya turun untuk merasa
kesegaran buah peach.
|
Sejulai Buah |
|
Setangkai Kiwi |
|
Seulas Rasa |
1.56 petang, bergerak semula.
Begitulah setiap kali traktor berhenti, masing-masing teruja. Pelbagai jenis buah-buahan memberi berbagai jenis rasa. Namun selera yang membuat rasanya sama tetapi sebaliknya rasa yang membuat seleranya berbeza. Bagaimanapun
flavour is favour, rasa itu nikmat.
|
Rimbunan Buah |
|
Pesta Buah |
1.59 petang, menikmati pisang kaki. Kemudian
buah quinn dan buah delima. 2.10 petang, menikmati pula buah kiwi berry. 2.36 petang, berakhir dengan menikmati buah lemon guava. Hampir 45 minit, baru selesai fruit
tasting tour. Demikian rasa
buah yang teradun dari 5 cita rasa: manis, masam, pahit, pedar dan kelat. Lalu terciptalah buah-buahan dengan pelbagai cita rasa.
|
Kawalan Ancaman |
|
Kaedah Jaring |
|
Serangan Burung |
Len Rayner juga
memaklumkan kebunnya tidak menggunakan sebarang racun serangga. Untuk mengelak
serangan burung pokok-pokok ditutup dengan jaring. Anjing pula digunakan untuk
menghalau serangan kangaroo liar yang kerap mermakan buah-buahan. Benarlah kata pepatah Inggeris, "forbidden fruits taste sweeter". Makin dihalang makin kuat ancaman.
|
Pinggir Dusun |
|
Aroma Buah |
2.48 petang, balik ke restoran. Seterusnya
solat jamak takdim di function room. 3.11 petang, baru naik bas. Kemudian
bertolak meninggalkan Dusun Len Rayner. Melalui jalan yang sama.
|
Zoo Healesvillea
|
|
Healesville Sanctuary |
|
Pygmy Possum |
|
White Ibis |
3.20 petang, melalui bandar Woori Yallock. 3.22 petang, masuk simpang kanan ke Meddelton Road. 3.59 petang, sampai di Zoo Heslesville Santuary. Terletak di Healesville di luar bandar Victoria. Zoo ini mempunyai sejarah tentang pembiakan haiwan asli Australia.
|
Wallaby |
|
Tea Time |
|
Sleeping Time |
|
Diprotodon & Koala |
Zoo ini terletak di persekitaran hutan semulajadi. Jalan-jalan dibina menyusuri kawasan-kawasan habitat yang berbeza. Dimaklumkan di zoo ini terdapat pelbagai haiwan asli Australia. Termasuk wombat, dingo, kangaroo. Selain itu lebih daripada 200 jenis burung asli.
|
Replika Helang |
|
Replika Diprotodon |
|
Habitat Semulajadi |
Malangnya
ketika veteran Poto masuk, haiwan agak kurang. Kelihatan kawasan habitat tidak terurus. Malah
tidak ada pegawai pemandu untuk memberi informasi. Bagaimanapun masih dapat
bermesra dengan beberapa ekor kangaroo.
|
Coat Of Arms |
|
AUD Of Kangaroo |
|
Qantas Airways |
Sebenarnya kangaroo adalah simbol Australia. Diabadikan di Coat of Arms of Australia dan beberapa mata wang. Beberapa organisasi terkenal Australia turut menjadikan kangaroo sebgai simbol. Antaranya Qantas Airways dan Tentera Udara
Diraja Australia.
4.30 petang, naik bas dan terus bertolak. Mentari kelihatan
condong. Cahayanya semakin pudar. Hanya tinggal sisa-sisa senja melatari kaki langit. 4.44 petang, masuk simpang kanan ke B360 King Lake. 4.48 petang, masuk bandar Yarra Glen. Bandar bersejarah yang mempunyai points of interest yang tersendiri.
|
World Of Chocolate |
Seterusnya masuk simpang kanan, kawasan Yarra Valley Chocolaterie & Ice Creamery. Terletak di Old Healesville Road. Perniagaan Chocolaterie ini menggabungkan ruang pameran,
kawasan pengeluaran coklat dan Café. Seluas 40 ekar. Termasuk dusun,
taman-taman berlanskap, kawasan rumput dan tebusguna tanah lembab.
|
Chocolate Therapy |
Chocolaterie menawarkan 250 produk coklat premium. Pelbagai rasa yang berbeza, dapat memenuhi selera. Di samping berpeluang untuk menyaksikan seni pembuatan coklat oleh pasukan Chocolatiers Eropah yang berbakat.
|
World Of Taste |
|
Aroma coklat |
|
Menusuk Selera |
5.01 malam,
masuk Yarra Birrarung Valley. Aroma coklat semakin menusuk selera. Veteran Poto hanya terliur tetapi berpantang dengan yang manis-manis. Seterusnya melintasi billboard yang terpapar
ungkapan, “explore the world of taste”, sebagai mengalu-alukan
kedatangan.
Sempat juga membeli coklat untuk cucu. Selebihnya free taste. Disediakan di kaunter untuk pelanggan memilih dengan merasai dahulu coklat. Berbagai bentuk berbagai warna. Pelbagai bau pelbagai rasa. Lalu terlupa pantang larang diabetes. Apabila dah rasa, tak cukup sekali. Ini yang dikatakan, "no accounting for taste".
5.23 malam, bertolak. Sisa-sisa senja semakin pudar. Bukit-bukau dan lembah-lembah
kelihatan berbalam-balam. Pohon-pohon kelihatan kaku. Ladang-ladang yang terbentang
menjadi hening dan sepi. Tidak bermaya.
5.42 malam, masuk Melborough
Road. Kenderaan mula memasang lampu. Lampu-lampu jalan turut menerangi
laluan. Malam sudah pun berlabuh. Suasana terus diselubungi kegelapan. Pohon-pohon di tepi jalan menjadi
siluet yang kaku dan sepi.
6.11 malam, lampu-lampu kereta semakin memenuhi
jalan. Bagaikan pesta the dance of lights. 6.25 malam, melintasi Harvey Norman. Masuk kanan. 6.31 malam, masuk simpang
kiri M3 City. Masih laluan Middleborough. Seterusnya Chandelier
Highway, 5 lorong sehala.
6.42 malam, masuk Johnson
Street, St Kilda East. 6.51 malam, banyak
kereta parkir di tepi jalan. Di Nicholson Street kelihatan
ramai pedestrian lalu-lalang di kaki lima. 6.55 malam, bas berhenti.
Seterusnya melintasi zebra crossing. Kelihatan beberapa geladangan
tidur di kaki lama dan di kerusi panjang.
|
Restoran Padang |
Sekali lagi melintasi zebra crossing. 7.04 malam,
masuk gerbang Tivoli Arcade. Kemudian masuk Restoran Padang Selero Kito. Bagaikan tiba-tiba aroma padang
menusuk selera. Rasa terliur. Di atas meja panjang, terhidang mouth-watering dishes dengan special
menu gulai tunjang kulit lembu.
|
Selero Kito |
|
Gulai Tunjang |
Masing-masing berselera. Hanya terdengar fork
and spoon sounds. Berlaga sudu dengan garfu. 7.37 malam, kesudahannya
kekenyangan yang luar biasa. Sampai berkali-kali tersendawa.
7.47 malam, bertolak. Masuk Collin Street. Kelihatan kereta parkir di birai jalan
dan di tengah laluan safety zone. 7.55 malam, sampai di Hotel Ibis Kingsgate di King
Street. Hotel 3½ bintang. 8.11 malam, naik lif selepas menerima electronic
key card. 8.11 malam, masuk bilik 641. Baru terasa letih dan mengantuk. Selamat malam.
Post a Comment