Qalam Perjalanan

HARI KEEMPAT 1 MEI 2018 (1)
Hotel Travelodge - Sydney Aiport - Virgin Australia VA 808 
- Melbourne Airport - Bas BS01BO - Menzies Creek 
- Puffing Belly


3.33 dinihari, morning call dari kaunter hotel. Terbangun tetapi masih lagi dalam relaxation mode. 3.39 dinihari, morning call kali kedua. Ambil sedikit kesempatan untuk  stretching exercise. Kemudian mandi. 3.41 dinihari, morning call kali ketiga. Lalu terus berkemas-kemas. 

Pakaian disusun rapi dalam beg-beg. Namun masih ada ruang. Kemudian melalui item checklist. Memastikan tidak ada yang tertinggal. Maklumlah, proses ketuaan kadang-kadang menghampiri potential limit of human memory 


Luar Bilik

Room 1118

4.21 dinihari, keluar dari bilik 1118. Rasa terharu. 4.24 dinihari, turun lif ke lobi. Kemudian masing-masing menolak beg-beg hingga ke bas. Bagaimanapun ambil kesempatan mencari beberapa sudut fotografi di sekitar hotel. Sekadar catatan untuk memori.


Hotel Travelodge

Sudut Memori

Pagi ini suhu 17ºC. Menggigil apabila angin dingin memuput dari celah-celah bangunan. Terasa chilled to the bone. Sepanjang laluan diterangi lampu-lampu jalan. Cahayanya agak suram. Namun suasana agak tenang, tetapi terasa sepi.

4.50 dinihari, bertolak meninggalkan Hotel Travelodge. Adieu. Perjalanan pagi ini diringi doa. Agar dipermudahkan, dirahmati dan diberkati. Di sepanjang laluan kelihatan beberapa kereta di birai jalan. Di langit bulan kesiangan turut mengiringi perjalanan.

5.03 pagi, melintasi beberapa bangunan. Yang kelihatan tersergam kaku. 5.08 pagi, sampai di Sydney Airport untuk penerbangan domestic. 5.12 pagi, masuk pintu Entry D. 5.17 pagi, berbaris mengikut laluan. Kemudian check-in bagasi. 5.26 pagi, solat di belakang kaunter check-in.


Sydney Airport

Solat Subuh

5.38 pagi, melepak sambil menunggu. 5.47 pagi, baru bergerak secara berkumpulan. Kemudian turun melalui eskalator. Seterusnya menyusuri laluan ke G 40. 6.01 pagi, sampai di G 40. Lalu berserapan di ruang menunggu dengan packed breakfast.


Breakfast Time

Feeling Cosy

Relax Time

6.34 pagi, pemeriksaan boarding pas. Kemudian turun melalui aerobridge hingga ke pintu pesawat Virgin Australia VA 808. 6.39 pagi, masuk kabin. Lalu duduk di seat 24A. Umi Ayu pula di seat 24B.

7.05 pagi, tayangan keselamatan. 7.06 pagi, bergerak perlahan-lahan. Mentari pagi kelihatan bersinar. Menjanjikan perjalanan yang menyeronokkan. 7.16 pagi, menderam, agak bising. Kemudian memecut. Semakin naik. Semakin laju. lalu menyusuri lebuh raya angkasa.

Kelihatan bumi terhampar. Semakin tinggi semakin kelihatan samar-samar. Di bawahnya ombak rimbunan dan di langitnya ombak awan. Mentari masih lagi memancar. Jelas kelihatan hamparan landskap bumi Australia. Begitu indah dalam kesamaran pagi.

7.34 pagi, terasa bergegar sedikit. 7.44 pagi, paramugari menolak mini bar. Mengedar apple slice juice. Order tea dalam cawan jenama relax. 8.31 pagi, pesawat mengurangkan kelajuan dan ketinggian. Muka bumi kelihatan jelas. Rumah-rumah kelihatan berkelompok-kelompok saperti kotak.


Peta Airport

Melbourne Airport

8.33 pagi, akhirnya pesawat VA 808 membuat touch down. Sedikit bergegar, lalu memecut sepanjang landasan. Kemudian bergerak perlahan-lahan ke parking lot. 8.36 pagi, akhirnya berhenti. Masing-masing tidak sabar-sabar nak turun. Bagaimanapun “welcome to Melbourne.


Domestic Flight

Balai Ketibaan

Airport Procedures

Melbourne Airport dikenali juga sebagai Tullamarine Airport. Airport utama untuk bandar Melbourne, dan yang kedua paling sibuk di Australia. Ia dibuka pada tahun 1970 untuk menggantikan Lapangan Terbang Essendon yang berdekatan.


Waiting Moment

Moment Of Coaxing

8.46 pagi, turun tangga belakang pesawat. Terasa agak sejuk mungkin suhu di Melbourne 16ºC. 8.52 pagi, naik tangga. Kemudian masuk dalam bangunan airport. 9.01 pagi, menyusuri laluan ke baggage reclaim. Tertera pada papan maklumat VA 808 T3, Carousel 1.

9.04 pagi, ambil beg dari baggage carousel. Kemudian masing-masing melegakan diri di rest room. Lepas itu berkumpul di lobi ketibaan berhampiran tiang T4. Seseorang memperkenalkan diri dengan placard, tercatat “Poto”. 9.43 pagi, bergerak keluar. Bas BS01BO sudah menunggu.

9.57 pagi, bas bertolak. Dipandu oleh Medhi, orang Pakistan. Di samping memandu Medhi merangkap local guide. Seterusnya mengikut laluan bas. Bagaimanapun jalan sesak, namun lega di Mackleham Road. 10.07 tengah hari, masuk Wirraway Road.

Mentari masih lagi memancar. Cahayanya masuk melalui tingkap. Lalu memberi sedikit kepanasan. 10.16 tengah hari, masuk Bruinswick Road. Kemudian Flemming Road. 10.24 tengah hari, jalan kembali sesak. Seterusnya masuk Wellington Street.

10.35 tengah hari, baru masuk 21 Chandler Highway. Perjalanan seterusnya melalui Bullen Road dan Ringwood M3. 10. 46 tengah hari, masuk terowong. Kemudian melalui Ringwood bypass dan  Jalan Dandenong M3.


Bandar Belgrave

11.10 tengah hari, masuk bandar kecil. Jalan menjadi dua lorong. 11.11 tengah hari, melalui bandar BelgraveTerletak di kaki bukit Banjaran Dandenong. Kawasan ini diterokai oleh orang Eropah pada tahun 1851.

Kedai-kedai di sepanjang laluan kelihatan hampir dengan jalan. Jalan semakin kecil dan agak sempit aapabila keluar dari kawasan bandar. Seterusnya berliku-liku mengikut  lereng bukit. Sekali-sekali mendaki dan sekali-sekala menurun.

11.17 tengah hari, jalan semakin mendaki. 11.20 tengah hari, masuk School Road. Kawasan pendalam yang agak lengang. Kurang kenderaan. 11.23 tengah hari, bas berhenti. Sepatutnya hentian ini menjadi pick up point. Sebaliknya menjadi departure point kerana kelewatan.


Menyusuri Laluan

Stesen Menzies Creek

Di sini udaranya sejuk. Mudah berubah, unpredictable weather. kadang-kadang berlaku empat musim dalam sehari. 11.24 tengah hari, menyusuri lorong hingga ke stesen Menzies Creek.  Ia dinamakan sempena peneroka awal, John Menzies.


Puffing Billy

Landasan Sejarah

Kereta Api Stim

11.36 tengah hari, naik gerabak kereta api stim. Dikenali sebagai “Puffing Billy”, kereta api stim warisan tertua. Berukuran 2 kaki 6 inci (762 mm) yang agak sempit. Satu-satunya kereta api stim yang terpelihara dan masih wujud lagi di dunia ini.


Romantic Escapism

Open-Air Coach

Free seats

Air-Free Coach

Wooden Coach

Mula beroperasi sejak tahun 1899. Menyediakan satu pengembaraan silam yang menyeronokkan. Melalui likuan landasan sepanjang kaki bukit selatan Dandenong Ranges hingga ke Gembrook.

Veteran Poto naik coach D. Perjalanan bermula dari Menzies Creek  hingga ke stesen Belgrave. 11.46 tengah hari, loceng di bunyikan oleh Station Master. Dikuti laungan ala Red Indian dari Head Conducter. Isyarat untuk bersedia. Sekali lagi loceng dibuyikan.

Konduktor terus naik. Kereta api mula bergerak. Seterusnya meluncur atas landasan sejarah. Terdengar bunyi gerabak saling tarik-menarik. Diiringi jeritan geselan tayar besi. Bagaikan bergerak serentak dan bergema seirama. Seiring pula dengan jeritan para penumpang yang keseronokan.


Coach Belly

Kereta Api Stim

Suasana Silam

Demikian, sinkronisasi bunyi yang diiringi suara-suara rimba. Lalu masing-masing hanyut dalam nostalgia irama silam. Lebih-lebih lagi bau bakaran arang batu memenuhi gerabak. Terus dibawa oleh biasan angin yang mengiring kelajuan Buffing Belly.


Stesen Belgrave

Commercial Strategy

Tepian Landasan

Stesen Belgrave

Perjalanan seterusnya merentasi hutan hujan. Melalui poho-pohon rimba ash dan palma-palma gunung. Kelihatan asap berkepul-kepul keluar dari cerobong kepala kereta api. Kemudian hilang di celah-celah rimbunan hutan. Terasa damai, tetapi sedikit cemas apabila  melalui jembatan kayu.


To Car Park

Platform Stesen

 Platform Walkway

Sekali-sekala terdengar jeritan konduktor. Mengarahkan penumpang tidak menjulur kepala keluar gerabak. 12.05 petang, sampai di stesen Belgrave. asalnya stesen Monbulk. Asap terus berkepul-kepul keluar diri cerobong. Wow! Aura silam 1900-an bagaikan menyelubungi persekitaran stesen.

12.15 petang, keluar dari stesen Belgrave. Berjalan kaki melalui lorong. 12.25 petang, lalu di bawah jembatan. 12.27 petang, baru sampai di parkir bas. 12.28 petang bertolak. Meninggalkan suasana silam “Puffing Billy”. Satu-satunya kereta api tertua di abad 20. Adieu Billy.


Puffing Belly



Post a Comment

Powered by Blogger.