HARI PERTAMA 27 APRIL 2018 (1)
Seri Teratai - Sultan Mahmud Airport - AK6225 Air Asia
- KLIA 2 - Family Mart
Seri Teratai |
6.31
pagi, bertolak. Meninggalkan teratak Seri Teratai.
6.37 pagi, hujan turun renyai-renyai ketika melalui Kg.
Beladau Kolam. Bagai meraikan satu pemergian. 6.37 pagi, sampai di roundabout
Kg. Batu 6.
6.51 pagi, akhirnya sampai di Sultan Mahmud Airport. Pagi ini cuaca agak cerah. Menjanjikan perjalanan yang tenang dan lancar. Kebetulan jumpa Cg. Cai dan Cg. Aimi di pintu masuk domestic boarding lounge. Satu-satunya group kembara dari Terengganu.
Sultan Mahmud Airport |
6.51 pagi, akhirnya sampai di Sultan Mahmud Airport. Pagi ini cuaca agak cerah. Menjanjikan perjalanan yang tenang dan lancar. Kebetulan jumpa Cg. Cai dan Cg. Aimi di pintu masuk domestic boarding lounge. Satu-satunya group kembara dari Terengganu.
Lipatan sejarah |
Terengganu yang suatu ketika dahulu terkenal pada abad ke-19. Ia menjadi ketakjuban kepada Hugh Clifford, Residen British di Pahang. Kaya dengan kraftangan tradisional dan pelbagai industri. Malah Sg. Terengganu turut menjadi pusat perdagangan. Dikenali sebagai “Birmingham of Peninsula”.
Perlepasan Bagasi |
7.01 pagi, melalui pengimbasan keselamatan dan pelepasan bagasi. 7.12 pagi, terus masuk balai perlepasan. Penumpang tak ramai pagi ini. Suasana agak tenang. Hanya sedikit terganggu oleh suara dari TV dinding. Bagaimanapun masing-masing tenggelam dalam alam maya.
Kelihatan
iklan-iklan terpapar di dinding: Wakaf Tunai Inos, Institute Oceanografi and
Environment, Show Me Kid and Our Experts Uniza dan Matt Barber shop. Inilah salah
satu daripada strategi komersial.
Satu
daripada tiang tengah terdapat satu rak. Tersusun free quran and pamphlets
for non muslim only. Satu-satunya usaha dakwah dari persatuan Darul Fitrah. NGO yang berperanan sebagai persatuan sukarela. Menyebar
dan menggerakkan Da’wah Islamiyah. Dakwah yang bermottokan “Persatuan Untuk Semua”.
Pesara Tentera |
7.36 pagi beberapa orang penumpang mula tiba. Mengisi beberapa kekosongan. 7.47 pagi, sempat berbual dengan pesara tentera berpangkat Major. Menceritakan pengalamannya sebagai seorang tentera.
Terpaksa Beratur |
Aerobridge To Aisle |
7.57
pagi, beratur di zon 2. Pemeriksaan boarding
pas dan IC. 7.59 pagi, keluar melalui Gate 2. 8.04 pagi, terpaksa
beratur. Kemudian masuk Gate 4, terus ke aerobridge.
8.07 pagi, sesak pula di pintu pesawat AK6225 Air Asia.
Akhirnya masuk ke dalam kabin.
Seat 22D |
Kabin AK6225 |
Jejak
sahaja kaki, penumpang secara otomatik tertakluk kepada cabin rules.
8.12 pagi, Aram duduk di seat 22C, manakala Umi Ayu duduk di seat 22D. Terasa agak selesa
dengan ruang seat 3x3. Ruang kaki agak lega, tidak terlalu cramp.
8.21
pagi, pengumuman untuk mematikan eletronik device. Dimaklumkan yang
pesawat dipandu oleh kepten Maghes. 8.24 pagi, demonstrasi keselamatan. Bagaimanapun tak ramai yang mengambil perhatian.
8.32
pagi, baru bergerak. Perlahan-lahan, hingga ke landasan. Kemudian memecut.
Semakin naik. Semakin laju. Lalu terus menyusuri
lebuh raya angkasa. Yang laluannya lebih luas dan lebih terbuka.
Kelihatan
awan kelabu bagaikan terapung-apung. 8.37 pagi, terasa bergegar apabila pesawat
melanggar awan. 8.30 pagi, paramugari menolak mini bar sepanjang aisle.
Menawarkan minuman, of course kena bayar.
9.11
pagi, pesawat mula mengurangkan kelajuan. Lalu berada di atas Selat Melaka. Kelihatan sayup-sayup kapal belayar
dengan riak-riak air memutih panjang di belakang. Terasa bagaikan
terapung-apung. Di bawahnya ombak lautan dan di di atasnya pula ombak awan.
9.19
petang, kelajuan semakin berkurangan. Semakin rendah. 9.21 pagi, akhirnya pesawat
membuat touch down. Terasa sedikit bergegar. Kemudian bergerak perlahan-lahan
di sepanjang landasan. 9.22 pagi, baru pesawat berhenti.
Beberapa
penumpang bingkas bangun. Bagaikan tidak sabar-sabar nak turun. 9.27 pagi, baru
pintu pesawat dibuka. Masing-masing melangkah di laluan aisle. Terus ke aerobridge.
Terus
naik eskalator ke aras 2. 9.34 pagi, sampai ke buggy pick up point yang
ke 2. 9.36 pagi, naik travellator. Seterusnya sampai ke buggy pick up
point yang pertama.
Setroli Bagasi |
Baggage Reclaim |
Level 1 |
9.39
pagi, sampai di ruang tuntutan bagasi. Kemudian mengambil beg-beg dari carousel.
9.42 pagi, menyusun beg-beg di atas troli. 9.54 pagi, keluar dengan troli.
Melintasi kedai butik dan kedai Brands Outlet.
Family Mart |
Snack Time |
10.02
pagi, snack time. Lalu masuk kedai serbaneka Family
Mart. Beli sandwich sardine dan peel fresh pink guava. Apabila minum
bersama Cg. Chai dan Cg.
Aimi, terasa we are a family.
Hanya
sekadar alas perut, sebelum meneruskan perjalanan yang baru hendak bermula. Juga mencoret
setiap minit pengalaman yang baru sahaja tercipta. 10.24 pagi, keluar dari Family Mart.
Post a Comment