HARI KETIGA: 8 JULAI 2017 (2)
Bandar Kuah - Dataran Helang
Pantai Cenang - Restoran Shell Out
1.55 tengah hari, meneruskan perjalanan. Melalui jalan kampung. 2.03 petang, baru masuk main road. Terus ke laluan menuju ke bandar Kuah. 2.21 petang, masuk bandar Kuah. Tidak Terlalu sibuk dan tidak terlalu lengang. Menjadikan perjalanan agak selesa.
Bandar kuah, kadang-kadang sinonim dengan
HIG, Perniagaan Haji Ismail Group Sdn Bhd. Yang diasaskan oleh Hj. Ismail. Yang memulakan perniagaan secara
kecil-kecilan pada tahun 1987 di No.2, Bazar MARA Kuah. Sekarang telah
diperbadankan secara rasmi pada 11 Januari 2005. Dikenali kerana kualiti produk
dan harganya yang murah serta berpatutan.
Menyusuri Udara |
Seterusnya 4.03 petang, bertolak ke Dataran Helang. Bersebelahan dengan pelantar jeti Kuah. Yang menjadi mercu tanda Pulau Langkawi. Kelihatan tersergam patung helang setinggi 12 meter. Dengan sayap terbuka, bagaikan bersedia untuk menyusur ke udara.
Kenangan Di Dataran Helang |
Terdapat beberapa versi tentang nama "langkawi", Yang serat tersirat dengan mistri, mitos dan legenda. Helang pula sebagai simbol. Dikatakan nama "Langkawi" berasal dari “Lang”, iaitu singkatan “helang”. “kawi” pula bermaksud "merah hati"
Kononnya pulau ini dikatakan suatu ketika dahulu menjadi
habitat kepada sejumlah besar burung helang kawi. Yang berkepala putih dan
badan berbulu merah hati. Kawi juga dikata sejenis batu kapur, di mana replika
helang sedang hinggap.
“Kawi”
juga bererti tulisan Kawi. Tulisan yang digunakan oleh masyarakat tradisi Hindu
Jawa. Selain itu, dalam buku The Legends of Langkawi, nama tersebut dipercayai gabungan
daripada dua perkataan Sanskrit: ”Langka” bermakna “keindahan” dan “Wi” bererti “tidak terkira”.
Di Bawah Sayap Helang |
6.07 petang, bertolak meninggalkan Dataran Helang. 6.14 petang, sempat membeli 1 kg ikan bilis. Dikatakan ikan bilis Langkawi popular di kalangan pelancong.
Sambil Menahan Nafas |
Sepetang Dengan Ayahsu |
6.47 petang, sampai di Holiday Villa. Ayla
dan Ayra sempat lagi bermain buai di taman. Berhadapan Blok Segal. 6.53 petang,
solat jamak takhir. 7.12 malam, menemani cucu bermain di kolam. Suara-suara keriangan bagaikan berbaur-baur dengan kocakan air kolam.
7.24 malam, turun ke pantai. Kelihatan kegelapan bagaikan memburu sisa-sisa senja. Lalu warna senja yang merah kekuning-kuningan menjadi semakin pudar. Menjadi susana semakin sepi dan dingin.
7.24 malam, turun ke pantai. Kelihatan kegelapan bagaikan memburu sisa-sisa senja. Lalu warna senja yang merah kekuning-kuningan menjadi semakin pudar. Menjadi susana semakin sepi dan dingin.
7.55 malam, pulang mengikut jalan pantai. Bayu laut bertiup lembut. Di tengah laut, sayup-sayup kelihatan lampu dari bot nelayan. Bagaikan menari-nari di permukaan laut. Terumbang-ambing. Di puncak jambu laut pula terdengar keriuhan burung-burung. Sedang berpesta meraikan sisa-sisa senja.
Di kejauhan bulan kelihatan terapung-apung di puncak bukit. Terasa hening dan sayu. Bukit menjadi siliut. Yang gelap dan sepi. Dalam sinaran lampu pantai, kelihatan ribuan jejak kaki di pasir menuju pantai. Irama ombak berselang-seli denagn deruan bayu darat. Benarlah kata pujangga:
Selagi ada laut selagi itu pantai tak sunyi dari deburan ombak. Dan tak sepi dari deruan angin. Demikian, irama ombak yang sahut-menyahut dengan siulan angin. Bagaikan membisik janji setia yang berkurun-kurun lamanya.
Terpaksa mengikut jalan pintasan. Agak gelap, dan menakutkan. Terutama melalui bawah pohon jambu laut yang besar. Menyeramkan. 8.13 malam, baru sampai di Blok Sigal. Terus masuk bilik 356. 8.36 malam, solat jamak takdim.
9.16 malam, bertolak ke Pantai Cenang. 9.33 malam, jalan sesak dengan kenderaan yang parking di tepi jalan. Terpaksa bergerak perlahan-lahan. Melintasi deretan kedai. Akhirnya, 9.42 malam, dapat parking berhampiran kedai 7 Eleven. Seterusnya berjalan kaki mengikut selera.
Walaupun malam, suasana agak meriah. Ramai yang lalu lalang di sepanjang kaki lima. Melintasi kedai makan, kedai buah-buahan, kedai pakaian dan kedai souvenir. Di samping pelbagai kedai butik, spa, dan urut kaki. Keramaian benar-benar menghidupkan susana malam di Pantai Cenang.
Restoran Shell Out |
Ayla, Ayra, dan Aqeef benar-benar seronok dengan suasana. Keramaian dengan pelbagai ragam. Keriuhan dengan pelbagai suara. 9.56 malam, akhirnya singgah di Restoran Shell Out Langkawi Seafood. Makan secara lambakan di atas kertas mahjung putih. Seterusnya order menu Kombo 3: udang harimau, ketam, siput, dan syaur-syuran.
Menu Kombo 3 |
Ayra benar-benar teruja. Tiada kompromi untuk makan. 10.38 malam, selesai memenuhi selera. Kekenyangan yang luar biasa. Sungguh berbaloi dengan bayaran RM89.00. 10.46 malam, baru bertolak pulang. Enam minit kemudian sampai di Blok Sigal. Langkah mula longlai dan mata mula layu.
Terus masuk bilik 256. Bagaimanapun sempat melihat Fox Movie. 11.57 malam, baru masuk tidur. Lalu hanyut dalam deburan ombak. Yang saling bersahut mesra dengan deruan angin malam.
Post a Comment