Qalam Perjalanan

HARI PERTAMA 27 APRIL 2018 (2)
Hotel City View - Restoran Nasi Lemak Royal - Restoran
Thoulath Maju - Satay Warisan 1917


Bas Persiaran

Loading luggage

10.27 pagi, bertolak dengan bas persiaran WVA 9973. 10.30 mengikut laluan Dengkel Nilai. Melintasi Misui Outlet. 10.33 pagi, kelihatan masjid KLIA. Kemudian masuk roundabout. 10.34 pagi, melintasi Tabung Haji dan Hotel Convention Centre (TH HCC) yang belum lagi beroperasi.

TH HCC akan menggantikan hab operasi Haji di Kelana Jaya, Selangor. Mempunyai sebuah hotel mewah. Yang mana diuruskan oleh rangkaian hotel antarabangsa. Di samping menyediakan kemudahan konvensyen bertaraf dunia.

Komponen Bangunan terdiri daripada Pusat Konvensyen, Pusat Operasi Haji, Anjung Tinjau. Termasuk sebuah hotel 333 bilik, Astaka (Pusat Pameran), infrastruktur dan landskap. Telah bermula pada tahun 2013 dan dijangka siap dalam tempoh 3 tahun.


Hotel City View

10.38 pagi, di laluan exit 2 Kota Warisan. 10.45 pagi, membuat U-turn. 10.42 pagi, akhirnya sampai di hotel City View. Hotel transit 1 bintang Terletak di 7G, Jalan Warisan Sentral. Di depannya kaunter taxi dan shuttle service. Kemudian terus ke kaunter untuk check-in.


Lobi Hotel

Hotel 1 Bintang

10.53 pagi, masuk bilik 102. Agak kecil, seluas 10 kaki x 11 kaki. Bilik mandi pula 3½ kaki x 4½ kaki. Bagaimanapun yang penting dapat berehat dengan tenang. 12.50 tengah hari, keluar dari bilik. 12.56 tengah hari, beratur di restoran Nasi Lemak Royal untuk lunch.


Nasi Lemak Royale

Friday Lunch

1.14 tengah hari, Cg. Cai dan Cg. Aimi join sekali. 1.23 tengah hari, kedai mula ditutup kerana menghormati waktu solat Jumaat. Bagaimanapun beberapa orang pelanggan masih berada di dalam restoran.

Agak berbaloi juga dengan bayaran RM19.00. Dimaklumkan restoran ini adalah cawangan dari restoran terkenal di Alor Star. Yang mana telah popular sejak tahun 1967.

1.39 tengah hari, masuk bilik 102. 2.43 petang, solat jamak takdim. Kemudian berehat sambil baring-baring. Membiarkan masa berlalu. Bosan juga apabila berkurung dalam bilik 10 kaki X 11 kaki. Anxiety of nothingness.


Evening Stroll

Tak sedar masa sudah merangkak senja. 5.37 petang, keluar dari bilik. Sekadar evening stroll. Menikmati panaroma pekan kecil Kota Warisan. Terdapat beberapa hotel lain: Orange Boutique, EV World, Orange dan Lina Maju.


Thoulath Maju

Menikmati Hidangan

5.56 petang, singgah di restoran Thoulath Maju. Yang mendapat penarafan A dari segi kebersihan. Juga diberi 4 bintang oleh  google reviews. Seterusnya duduk di meja no. 23 di tepi koridor. Yang juga turut menghidangkang sudut panorama Kota Warisan.


Add caption

Add caption

Order roti canai telor dan roti canai kosong. Untuk minuman hanya order tea O dan teh tarik. Sudah pasti kurang manis. Apabila masuk 6 siri, gula dalam darah terpaksa diokawal. Ini adalah cara untuk mengelakkan diabetes. Walaupun mudah, kadang-kadang tertewas juga oleh nafsu selera.

Diabetes adalah penyakit metabolik serius yang menjejaskan keupayaan badan untuk memperolehi tenaga daripada glukosa (gula) dalam darah. Ia terhasil apabila badan tidak boleh menghasilkan atau menggunakan insulin dengan betul.

Semua tisu tubuh manusia memerlukan bekalan glukosa yang stabil. Disebabkan diabetes maka terganggu proses metabolisme glukosa. Ia boleh memberi kesan kepada setiap organ. Boleh membawa kepada penyakit jantung, kegagalan buah pinggang, buta dan masalah saraf.

Sekadar maklumat tambahan. Menakutkan. Tiba-tiba pelayan restoran datang. Lalu memberi kad bernombor 139. Kemudian mencatat order dalam tab. Kelihatan pelanggan masih berdatangan walaupun lewat senja.

Sekali-sekala terasa angin senja membelai. Begitu mesra. Awan mendung pula kelihatan beransur-ansur memenuhi ruang langit. Sekali-sekala  terdengar bunyi pesawat kapal terbang. 

Rupa-rupanya Kota Warisan menjadi laluan pesawat. Penghuni Kota Warisan mungkin tidak terganggu. Malah bunyi bising pesawat sudah menjadi sebahagian daripada melodi hidup mereka. Tidak terasa apabila biasa dan tidak jemu apabila selalu.

6.31 petang, selesai minum petang. Kemudian menunjuk kad 139 di kaunter. Agak berbaloi juga dengan bayaran RM6.80. 6.33 petang, masuk 7 eleven. 6.53 petang, baru masuk bilik 102. Berehat sambil menunggu waktu maghrib. 8.32 malam selepas mandi, solat jamak takhir. 


Dinner Thoulath Maju

8.38 malam, turun semula dari bilik 102. Malam sudah lama berlabuh. Lampu-lampu jalan sudah dinyalakan. Menghiasi sepanjang jalan. Kelihatan indah. 8.51 malam, sekali lagi masuk restoran Thoulath Maju. Duduk di meja nombor 27. Order mee mamak dan roti bakar.


Roti Bakar Thoulath

Selera Kota Warisan

Suasana agak riuh-rendah dengan suara pelanggan. Seterusnya order 5 cucuk Satay Warisan 1917. Bayar satey RM4.00 on the spot. Yang lain-lain pula bayar di kaunter restoran dengan kad 181, bernilai RM6.40.

9.28 malam, balik semula ke bilik. Seterusnya menonton Ceria Mega Star. Selepas itu melayari internet untuk melihat perkembangan the battle of PRU 14. The mother  of all wit and deceit.

Mudah-mudahan kebenaran dapat mendedahkan penipuan. Keadilan dapat mengalahkan kebatilan. Once and for all. Bagaimanapun terpaksa tidur lebih awal. Esuk akan bermula jejak-jejak kembara romantic escapism. Selamat malam Kota Warisan.


Post a Comment

Powered by Blogger.