Qalam Perjalanan

HARI KETIGA 1 APRIL 2018
Ilin Cendol House – KLIA2 - Sultan Mahmud Airport


Check Out
Adieu  Avenue
99 Speedmart

10.08 pagi, baru keluar dari bilik 202. Lalu turun ke lobi. Pagi ini check out. 11.18 pagi, susun beg dalam kereta. Apabila sudah pasti dan tiada yang tertinggal, baru bertolak. Adieu Avenue. Thank you kerana memberi keselesaan 2 hari 2 malam.

10.20 pagi, berhenti sebentar di pasar mini 99 Speedmart, di Jalan Serai Wangi G16/G. Umi dan Kakcik sempat lagi membeli-membelah. 10.30 pagi, bertolak semula.

Cuaca pagi ini agak baik. Rimbunan hijau kelihatan segar dalam limpahan cahaya mentari. Perjalanan pun lancar. Kurang kenderaan kerana off day hujung minggu. 10.37 pagi, melintasi bangunan IDCC dan hotel Pegasus. Seterusnya Pusat Perusahaan Worldwide.


Lorong Kemuning
Cendol House

10.39 pagi, kelihatan Aeon Shah Alam. 10.47 pagi, melintasi bangunan NSTP Shah Alam. 10.49 pagi, touch ‘n go di Bukit Jelutong. Seterusnya ikut laluan Sg. Buluh dan Paya Jaras. 10.58 pagi, touch ‘n go di tol Elmina. Meneruskan laluan Sg. Buluh Kepong. Melintasi bangunan Amberton Hills.


Lunch
Asam Pedas
Pilihan Selera

11.09 pagi, masuk lorong Kemuning. Parkir di backyard warung 11.14 pagi, baru masuk restoran Ilin Cendol House. Di lokasi 2455 Lorong Kemuning, Batu 17, Kg. Cempedak, Kuang. Order cendol jagung dan set asam pedas kembong. 11.38 pagi, selesai lunch. Boleh tahan juga, hanya RM25.


Siluet Senja
Mendung Berarak
Bayangan Senja
Car Windscreen

12.13 tengah hari, bertolak. 12.17 tengah hari, melintasi SK Kuang. Seterusnya masuk jalan kampung. 12.21 tengah hari, melintasi SK Bukit Rahman Putra, Taman RCB, Kg. Baru Sg. Buluh 13. 3.29 petang, melintasi Sg Buluh, dan Pusat komersial TSB. 12.31 tengah hari, IGB International. Seterusnya touch ‘n go di tol Sg. Buluh. 12.36 tengah hari, melintasi restoran Jejantas. Laluan E1 Klang Kota Damansara.


Redah Hujan
Mendung
Wap Air
Terapung-Apung

Tengah hari ini cuaca agak mendung. Kelihatan bangunan bagaikan terapung-apung. 12.42 tengah hari, hujan turun. Membatasi pandangan. Kelihatan wap terapung-apung di atas jalan raya. Kereta bagaikan meredah kabus. 12.49 tengah hari,  melintasi MCU Kampus.

12.53 tengah hari, kawasan USJ. Seterusnya melalui bawah Galeri Murfor. Hujan turun semula. 1.05 tengah hari, masuk simpang kiri kawasan rehat Dengkel. Cuaca cerah kembali. 1.11 tengah hari, exit 608 KLIA. Seterusnya touch ‘n go di tol KLIA2.


Parkir Blok B
Mencari Arah
Destinasi

1.16 tengah hari, hujan turun semula. Masjid kelihatan agak kabur dalam hujan. 1.20 tenga hari, masuk simpang ke terminal KLIA2. 1.22 tengah hari, masuk laluan parkir Blok A. Beberapa  kali pusing, akhirnya dapat parkir di Blok B level CP7 U1.


Perlepasan 
Flight Info
Renung Sejenak

1.42 tengah hari, naik lif ke P7. Kemudian turun ke P4. Melalui car park 4, terus masuk level 2 klia2. 1.51 tengah hari, melegakan diri di rest room. 2.07 petang, beratur untuk pemeriksaan boarding pass dan IC. Kemudian melalui immigration check point. Membosankan, anxiety of nothingness.

Terpaksa membuka jam tangan, tali pinggang dan jeket. Lepas tu terus menyusuri laluan perlepasan. Selamat tinggal Kakcik. Thank you for everything. 2.17 petang, sampai di buggy check point. Nak tunggu buggy, lambat lagi. Jadi terus naik travelator. 2.22 petang, turun eskalator. Kemudian ikut laluan Gate K.


Santai
Gate 4
Departure Time

2.23 petang, sampai di Gate K4. Namun not yet time, so berehat di tempat duduk yang disediakan. 3.01 petang, baru masuk Gate 4. Bagaimanapun terpaksa berbaris untuk pemeriksaan boarding pas dan IC. Kemudian duduk semula. Terpaksa menunggu departure time.

3.38 petang, baru turun melalui aerobridge. Agak sesak di pintu pesawat. 3.45 petang, duduk di 11F. Umi pula duduk di depan, seat 10F. 4.11 petang, pesawat AK6226 mula bergerak. Perlahan-lahan, menuju ke landasan berlepas.

4.19 petang, bersedia untuk memecut. Terasa bergegar dan “mengaum”. Kemudian perlahan-lahan naik, menongkah udara. Makin lama makin tinggi. Seterusnya menyusuri lebuh raya angkasa yang lebih luas dan lebih terbuka.


AJK6226
Ombak Awan

AJK6226 bagaikan terapung-apung. Melalui celah ombak-ombak awan. Yang luas bagaikan lautan. 4.04 petang, pesawat bergegar apabila melanggar ombak-ombak awan yang tebal. 4.51 petang, pesawat mula mengurangkan ketinggian. Mula kelihatan bumi, walaupun samar-samar. Semakin lama semakin jelas.

Akhirnya 4.56 petang,  membuat touch down, di landasan Sultan Mahmud Airport. Bergegar sambil “mengaum”. Lalu terus bergerak di sepanjang landasan. 4.59 petang, baru pesawat berhenti. Penumpang-penumpang bingkas bangun. Tidak sabar-sabar nak turun. 5.04 petang, barulah pintu pesawat dibuka.


Jamak Takhir
Surau Airport

Masing-masing melangkah sepanjang aisle. Kemudian menuruni anak tangga. Satu persatu. Alhamdulillah, akhirnya selamat menjejak semula bumi Terengganu. “Negeri Cantik Budaya Menarik”. Bumi yang kelihatan lebih hijau, “green-green grass of home”.

Post a Comment

Powered by Blogger.