HARI KEDUA 28 APRIL 2018 (1)
Hotel City View - Thoulath Maju - KLIA Airport - Food
Garden
- Terminal Antarabangsa - Pesawat Silk Air MI339
- Terminal Antarabangsa - Pesawat Silk Air MI339
City View |
ARAM T'ganu |
5.08
pagi, terbangun. Tidur pun tak berapa lena. Mungkin different place makes
different taste. Kadang-kadang perasaan itu terlalu memilih. Sometimes
too much taste is a waste. 5.45 pagi, solat subuh. Memanjatkan doa untuk
sentiasa dalam perlindungan-Nya
Surah Az-Zumar: Ayat 38
“Kepada-Nyalah bertawakkal
orang-orang yang berserah diri’”
With Love |
Kemudian
membiarkan masa berlalu. 8.01 pagi, baru keluar dari bilik 102. 8.04 pagi, selera
membawa ke restoran Thoulath Maju. Duduk di meja
31. Bersama-sama Cg. Cai dan Cg. Aimi. Pelayan kedai memberi kad 131. Order 2
roti canai telor, untuk Umi Ayu sekali. 8.43 pagi, tiba-tiba terdengar bunyi
kapal terbang. Mengganggu sedikit keharmonian pagi.
Thoulath Maju |
Sarapan Pagi |
Alas Perut |
Gendang Gendut |
8.59
pagi, keluar dari restoran. Pagi ini Cg. Cai yang
belanja. 9.01 pagi, masuk kembali bilik 102. Ruang waktu 2 jam 30 minit
dimanfaatkan untuk berkemas. Kemudian berehat sambil mengulangi semula catatan perjalanan
yang akan ditempuhi. Satu Kembara yang menawar keseronokan.
Ibn Battuta
Kembara menawarkan seratus jalan untuk
berpetualang, dan memberi sayap hati Anda.
|
Kadang-kadang
terlepas juga pandangan dan tumpuan. Memang sukar nak detilkan setiap minit.
Perasaan dan pengalaman adalah entiti yang berbeza. Kadang-kadang selari.
Kadang-kadang bertentangan. Namun perasaan itu adalah pengalaman.
11.02
pagi, check-out. 11.24 pagi, naik Toyota WC2737.
Meninggalkan hotel City View. Adieu! 11.28 pagi,
melintasi Kompleks dan Hotel Tabung Haji. Kemudian
Masuk bulatan KLIA. Seterus ke Jalan KLIA 1. 11.30 pagi melalui ladang sawit. 11.32
pagi, terus ke terminal
KLIA, laluan perlepasan.
11.35
pagi, sampai KLIA Airport. 11.39 pagi, naik lif ke
aras 2. 11.41 pagi, terus masuk Food Garden. Duduk
di meja depan Kedai Beverages. Banyak pilihan
kedai: Nasi Kandar, Pantai Timur, Thai Corner, Selera Nusatara, Alimin Food
Empire dan Wok & Claypot.
12.09
tengah hari, bagaimanapun beli 2 pinggan
nasi dari kedai Nasi Campur. Kedai yang mendapat
penarafan A untuk Kebersihan. 12.27 tengah hari, selesai menjamu selera bersama
Cg. Cai dan Cg. Aimi. Baru terasa kenyang. Gendang gendut tali
kecapi.
12.30
tengah hari naik lif ke aras 5. Bersama-sama troli beg. 12.40 tengah hari, landing
di depan kedai Kiddies. Sambil berehat sambil menunggu
waktu solat zohor. 1.48 tengah hari, masuk musala untuk solat jamak takdim.
12.12
tengah hari, bergerak ke kaunter L. Tempat
berkumpul group Poto. Berjumpa beberapa orang
ahli kembara Sydney Melbourne. Masing menghulur
salam pengenalan. 12.43 tengah hari, berkenalan pula dengan tour leader,
Nabila.
Kebanyakan
set veteran. Pesara dari pelbagai walk of life. Datang dari Kelantan, Perak, Melaka dan Pulau Pinang.
2.50 petang, masing-masing menyusun beg. 3.30 petang, berkumpul semula untuk drop
in beg. 3.44 petang, check in bagasi dan pasport di kaunter L 12.
4.20
petang, berkumpul di tiang iklan, vivo official smart phone fifa worlcup
Russia 2018. 4.57 petang, membaca doa untuk mengiring perjalanan. 5.01
petang, pemeriksaan boarding pass. Kemudian turun eskalator curam. 5.02 petang,
melalui immigresen.
5.09
petang, melalui pula custom checkpoint. Kemudian
menyusuri sepanjang kedai-kedai. 512 petang, naik aerotrain. Agak bersesak juga
dalam aerotrain. Mengambil masa kira-kira 3 minit untuk sampai. 5.15 petang,
sampai terminal 2 antarabangsa.
Bagunan terminal ini seluas 143,404 meter persegi. khusus untuk mengendalikan penerbangan-penerbangan antarabangsa. Di Terminal ini terdapat pelbagai jenis kedai bebas cukai dan butik-butik berjenama yang berprestij. Hanya window shopping.
5.18 petang, melintasi jungle board. Seterusnya melalui kedai bebas cukai. Sampai di Gate C11. Seterusnya group Poto terpaksa ke ruang menunggu. Terpaksa melepak lagi. Bagaimanapun inilah kesempatan untuk break the silence
Bagunan terminal ini seluas 143,404 meter persegi. khusus untuk mengendalikan penerbangan-penerbangan antarabangsa. Di Terminal ini terdapat pelbagai jenis kedai bebas cukai dan butik-butik berjenama yang berprestij. Hanya window shopping.
5.18 petang, melintasi jungle board. Seterusnya melalui kedai bebas cukai. Sampai di Gate C11. Seterusnya group Poto terpaksa ke ruang menunggu. Terpaksa melepak lagi. Bagaimanapun inilah kesempatan untuk break the silence
5.27
petang, pemeriksaan boarding pas. Seterusnya masuk balai menunggu. menunggu
di balai perlepasan C11. 5.34 petang, turun
melalui aerobridge. Masuk kabin pesawat Silk Air MI339,
dengan motonya “A joy to fly”.
6.09
petang, pesawat bersedia. 6.13 petang,
bergerak perlahan-lahan menuju ke landasan take off. 6.29 petang,
berhenti semula. Kemudian bergerak. Seterusnya meningkatkan kelajuan. 6.22
petang, memecut naik. Bagaikan menongkah langit. Kemudian melucur ke lebuh raya
angkasa.
Semakin
tinggi. Kelihatan bumi terhampar. Rumah-rumah kelihatan bagaikan
kelompok-kelompok kotak. Ladang sawit bagaikan
permaidani hijau terhampar. Bumi semakin
jauh. Semakin kelihatan samar-samar dalam cahaya senja.
6.25
petang, cahaya mentari merentasi langit. Masuk melalui jendela. Menyilaukan.
Bumi menjadi semakin kabur. Di kejauhan kelihatan pinggir pantai. Kelihatan
kapal sayup-sayup belayar dengan riak-riak putih memanjang di belakang.
6.31
petang, paramugari menolak mini bar. Hanya memilih orange juice untuk
melepaskan dahaga. Begitu juga Umi Ayu. Saat ini
pesawat benar-benar stabil. Terasa tenang, hinggakan orange juice sedikit
pun tidak berkocak.
font-size: 13.0pt;
Post a Comment