HARI KEDUA 28 APRIL 2018 (2)
SilkAir MI 339 - Selat Tebrau - Changi Airport
- SilkAir SQ 221- Sydney Airport
ARAM Ganu |
Pesawat
masih lagi berada di atas Selat Tebrau. Laut
sempit yang memisahkan Singapura dengan negeri Johor. Kelihatan mentari masih lagi memancar,
walaupun langit berawan. Tiba-tiba dimaklumkan cuaca kurang baik. Penumpang diarah
kembali ke tempat duduk.
Dalam Pesawat |
Pinned Photo |
Di luar
jendela kelihatan cuaca agak gelap. 6.45 petang, pesawat sedikit bergegar. Sekali-sekala
terasa bergoyang. Mencemaskan. Kelihatan awan gelap berarak ke belakang.
Bagaimanapun cuaca kembali cerah.
Note Picture |
With Couple |
6.49
petang, pesawat mula mengurangkan kelajuan dan ketinggian. Kelihatan muka bumi sayup-sayup
dilindungi tompok-tompok awan. Pesawat semakin terbang rendah.
Sisa-Sisa Senja |
Kelihatan
sisa-sisa senja melatari hujung langit. Bulan kesiangan turut kelihtan di balik
awan. Kelihatan sepi. Namun begitu indah sekali di sebalik warna-warni senja. Begitu mempersonakan. Setiap detik perubahan, "terasa sayu di mata syahdu di jiwa".
Malam Berlabuh |
Bumi
kelihatan semakin hampir. Semakin jelas. Malam sudah pun berlabuh. Sisa-sisa
senja sudah lama menghilang. 7.01 malam, kelihatan cahaya berkelip-kelip,
bagaikan bintang di bumi. Begitu juga cahaya dari kapal yang sedang belayar di Selat Tebrau.
Menghampiri Bumi |
Kotak-Kotak Bangunan |
7.04
malam, semakin jelas. Kelihatan jalan-jalan raya, kereta-kereta dan taman-taman.
Bergerak pantas. Begitu hampir sekali. 7.05 malam, akhirnya pesawat Silk Air MI339 membuat touch down.
Changi Airport |
Lalu mendarat
di Changi Airport. Kemudian terus bergerak
sepanjang landasan. Kelihatan deretan lampu-lampu menghiasi landasan. Bagai
meraikan ketibaan group Poto.
ARAM & Cg. CAI |
Orang T'ganu |
Lapangan Terbang Changi, merupakan lapangan terbang awam utama Singapura.
Salah satu hab pengangkutan terbesar di Asia Tenggara. Telah dinobatkan sebagai Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh Skytrax. Enam tahun berturut-turut sejak 2013.
self-portrait |
Sudut Fotografi |
Juga
salah satu lapangan terbang tersibuk di dunia, dari segi penumpang dan trafik kargo antarabangsa. Dikendalikan
oleh Changi Airport Group dan ia adalah pangkalan utama Singapore Airlines,
Singapore Airlines Cargo, SilkAir, Scoot, Jetstar Asia Airways dan Penerbangan
BOC.
Setia Menunggu |
Berlantai Karpet |
7.16
malam, baru pesawat berhenti. Masing-masing bingkas bangun. Saperti biasa tidak
sabar-sabar. 7.20 malam, keluar melalui aerobridge. 7.32 malam, berkumpul di depan
toilet. Masing-masing melegakan diri dalam rest room.
Immediate Connecting |
Terpaksa
transit selam 1 jam 15 minit. Dalam status "immediate connecting", tidak boleh
keluar dari airport. Hanya menunggu. Menghabiskan masa dengan menikmati
keindahan airport.
7.41
malam, naik skytrain. Tiga minit kemudian sampai di Terminal 3. 7.46 malam, terpaksa melalui immigration checkpoint. Saat yang membosankan. 7.52
Kemudian menunggu pula di Gate A4. 8.26 malam, baru
beratur untuk pemeriksaan boarding pass.
Seterusnya
turun melalui aerobridge hingga ke pintu pesawat Silk Air SQ 221. 8.32 malam, masuk kabin. Terus bergerak sepanjang aisle.
Kabin agak selesa dengan seat 3x4x3. Dipisahkan oleh dua aisle.
8.46
malam, tayangan keselamatan dari back seat screen. Enjin mula menderam.
8.58 malam, Lampu kabin disamarkan. Pesawat mula bergerak ke landasan take
off.
Harimau Kumbang |
Negara Wakanda |
8.01
malam, sempat membuka movie Black Panhter. 9.10
malam, pesawat terus memecut naik. Kemudian menyusuri lebuh raya angkasa. 9.13
malam, seterusnya mengisi masa dengan menonton Black
Panther.
Mengisahkan
T'Challa kembali ke negara Wakanda, di Afrika. Lalu dinobatkan sebagai raja selepas
kematian bapanya. Apabila tiba-tiba musuh yang kuat muncul semula. Seterusnya terjerumus dalam konflik yang meletakkan nasib Wakanda dalam tangannya.
Sebenarnya tidak banyak
aktiviti yang boleh dilakukan di dalam pesawat. Hanya, sama ada membuka mata atau pun memejam mata. Masa 7 jam 40 minit di dalam pesawat agak lama. Kadang-kadang membosankan.
Namun
alangkah indahnya setiap detik yang terjadi dapat dialami. Setiap perubahan
yang berlaku dapat dirasai. Kadang-kadang perasaan itu lebih banyak bercakap
apabila bersendirian. Makanya kita perlu belajar memahami perasaan sendiri. Malah dalam
diam kita akan banyak berfikir.
Rasulullah saw bersabda: “Diam itu bijaksana, namun jarang sekali orang yang
dapat melakukannya.”
|
Orang
yang bijaksana lebih banyak belajar apabila diam. Malah diam itu adalah jendela
diri untuk mencari kebenaran. Kadang-kadang berlaku unexpected discovery behind the iron curtain. Learning how to understand our feeling is at
the heart of discovering the truth.
10.14
malam, lampu kabin dinyalakan. Paramuigari mengedarkan airline meal melalui
pesawat troli. Terasa enak kerana ada sambal udang. 11.11
malam, tamat movie Black Phanter.
11.12 malam, terus menonton Jumaji welcome to the jungle. Mengisahkan kerenah empat pelajar sekolah menengah. Mereka telah menemui konsol permainan video lama. Tiba-tiba mereka disedut ke dalam hutan permainan yang penuh dengan cabaran.
Sebuah cerita fantasi yang menyeronokkan. Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan rasa bosan. Demikian, kadang-kadang kita tidak memerlukan alasan yang lojik untuk mengisi masa. Memadai dalam keasyikan, kadang-kadang masa berlalu tanpa disedari.
Cabaran Jumanji |
Comedy Adventure |
11.12 malam, terus menonton Jumaji welcome to the jungle. Mengisahkan kerenah empat pelajar sekolah menengah. Mereka telah menemui konsol permainan video lama. Tiba-tiba mereka disedut ke dalam hutan permainan yang penuh dengan cabaran.
Sebuah cerita fantasi yang menyeronokkan. Sekurang-kurangnya dapat menghilangkan rasa bosan. Demikian, kadang-kadang kita tidak memerlukan alasan yang lojik untuk mengisi masa. Memadai dalam keasyikan, kadang-kadang masa berlalu tanpa disedari.
Post a Comment