HARI PERTAMA 19 OGOS 2016 (2)
12.18 tengah hari, singgah di kedai Our Diy
Solution untuk membeli pelampung. 12.26 tengah hari, melintasi pondok
pengawal dan seterusnya parking kereta di lot luar. Kemudian terus ke kaunter Swiss Garden Resort
Residence untuk check in.
Swiss Garden Resort Residence |
12.49 tengah hari, masuk apartment
S2-1-21. Bilik dan ruang tamu agak memuaskan. Lebih-lebih lagi dekat dengan kolam. 1.40 tengah hari, dengar khutbah jumaat dari TV. Tak sedar tertidur. Mungkin
kerana usia, badan cepat terasa letih. Tidur adalah rawatan semulajadi untuk
mengembalikan semula tenaga.
Ikut Cucu-Cucu Turun Ke Kolam |
3.53 petang, ikut cucu turun ke kawasan kolam. Mula-mula just standby beside the pool, tetapi
riak-riak air kolam bagaikan menggamit untuk terjun. Akhirnya nenek dan atuk tumpang
sekaki, sama naik dengan cucu, excited. Terlupa yang diri sudah bergelar kakek
Panorama Di Kolam Renang |
Ayla bertukar kolam, sekejap yang cetek dan sekejap yang dalam. Nampak wajah penuh
keriangan. 3.56 petang, hujan mula turun. Aktiviti kolam terpaksa ditangguh. Ayra sempat menunjukkan bakat dan keberanian
naik terowong gelongsor. Ayla rasa tercabar
tetapi takut. Hanya berenang menggunakan pelampung.
Wajah Penuh Keriangan |
4.46 petang, hujan reda, beberapa keluarga mula turun. Suasana menjadi riuh denga suara kanak-kanak. Sekali-sekali terdengar curahan bucket. Yang menunggu di bawah curahan menjerit keseronokan.
4.49 petang, ibu, Aqeef, nenek dan atuk mengundur untuk berehat di bilik. Ayra dan Ayla masih
lagi bersemangat untuk bermain di kolam. Ditemani oleh baba. Dari apartment masih terdengar riuh-rendah
bunyi suara keriangan. 5.07 petang, baru semuanya naik apabila kulit dah kecut
kesejukan.
5.46 petang, keluar dengan kereta Honda. Jalan menjadi sesak, mungkin time off untuk pejabat. 5.52 petang, melalui Taman
Batu Hitam dan melintasi kubur di tepi pantai. 6.13 petang, masuk bandar Kuantan. 6.17 petang, sampai di East Coast Malls, berhampiran Zeninth Hotel.
6.31 petang, masuk Denai Boutique, Chant Que Wangi dan Boutique
Jubah. 6.49 petang, masuk Econ Big. Beli
sedikit makanan dan barangan dapur. Tak sedar di luar malam
sudah mula berlabuh 7.34 malam, umi dan Faiz beratur untuk membeli roti
subway. 7.48 malam, meninggalkan East Coast
Mall.
Dinner Di Warung Mek Yam |
8.14 malam, dinner di warung Mek Yam di Jalan Kuantan - Kemaman, di Kampung Tanjung. Tom Yam dan ikan tiga rasa sudah menjadi favourite food. Ketika ini juga siaran lansung di TV badminton antara Lin Dan dan pemain Demnark. Kesudahannya Denmark menang gangsa dengan rubber set. Benar-benar di luar jangkaan.
9.23 malam, meninggalkan warung Mek Yam.
9.25 malam, masuk apartment dan terus
ke bilik S2-1-21. 10.30 malam, lepas solat jamak isyak,
baring-baring. 11.44 malam, WRB678 HILUX D-4D
menghala ke Kuantan. Malam ini teman Faiz
dan Ghusly untuk midnight show, BFG (Big Friendly Giant)
Post a Comment