HARI KELAPAN 14 DISEMBER 2016 (2)
Masjid Ja'ranah – Masjidil Haram - Abraj Al Baith
Shopping Centre - Restoran Gulf - Abraj Hypermarket
9.15 pagi, memasuki Tanah
Haram. 9.17 pagi, terus ke Jalan King Abdul
Aziz. 9.14 pagi, masuk kawasan Mina.
Kelihatan tugu tempat Nabi Ibrahim AS
Menyembelih anaknya, Nabi Ismail AS.
Di
sinilah bermulanya korban. Yang menjadi amalan pada Hari raya aidil adha atau
Hari Raya Korban. Jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah.
Surah Ash Shaffaat, Ayat 102
Maka
tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama Ibrahim,
Ibrahim berkata,” Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku
menyembelihmu.
|
Hadis Riwayat Tirmidzi dan Al Hakim
"Tiada
dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha
akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah
(menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan
tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya.
Sesungguhnya
darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah
sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan
hati yang bersih."
|
10 Zulhijjah juga
merupakan tarikh di mana Nabi Adam AS dan isterinya
Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke
bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar
bandar Mekah.
Seterusnya
9.18 pagi, melintasi daerah Mina, 9 km dari Masjidil Haram. Kelihatan bangunan tempat melontar jamrah. 9.23 pagi, terus masuk terowong,
yang menjadi laluan untuk para jemaah melontar Jamrah dan
Tawaf Ifadhah.
Tragedi 1990 |
Korban Muassim |
1,426 Jemaah Maut |
Teringat
tragedi terowong
al-Muassim pada 2 Julai 1990. Terowong pejalan kaki yang menghubungkan Mekah dan Mina,
tiba-tiba runtuh. Mengakibatkan 1,426 jemaah maut.
Seramai 19 jemaah Malaysia juga disahkan antara yang terkorban.
Tragedi
ini berulang pada 24 September 2015. Akibat
rempuhan, dianggarkan lebih 2000 jemaah Haji terkorban. Ianya berlaku di Mina
di persimpangan jalan 204 dan 223 yang membawa ke Jembatan
Jamaraat. Untuk meningkat keselamatan Pihak Berkuasa telah memasang 5302
kamera pengawasan.
Berniat Ihram |
Memakai Ihram |
9.43 pagi, sampai di Masjid Ja'ranah. Terus mengambil wuduk, dan memakai Ihram di dalam masjid. “Ja'ranah” adalah nama seorang wanita Quraisy dari Bani Tim. Yang telah mengabdikan dirinya untuk menjaga dan membersihkan mesjid tersebut.
Penjaja Ja'ranah |
Masjid Ja'ranah |
Diriwayatkan
Rasulullah SAW pernah bermiqat di sini
sepulangnya dari peperangan Hunain pada 8 H.
Ja’ranah merupakan miqat yang paling tinggi derajatnya.
Di
samping masjid, terdapat sebuah telaga lama. Di kenali sebagai Bir Thaflah. Terjadi, ekoran dari peristiwa ketika para sahabat dalam kehausan. Rasulluah SAW telah
memukul tongkatnya ke bumi. Dengan kekuasaan
Allah SWT, dan atas mukjizat Rasullullah SAW, lalu terpancut air dengan banyaknya.
Cukup untuk menghilangkan dahaga para sahabat.
10.01
pagi, berniat dan bersolat sunat Umrah di masjid. Kemudian bergambar di hadapan
masjid. Di sepanjang jalan ke masjid penjaja menawarkan pelbagai barangan.
Beberapa orang kanak-kanak kelihatan meluru ke arah para jemaah untuk menjual pamphlet
bergambar.
10.24
pagi, beberapa buah bas baru sampai. Laluan keluar menjadi sesak. 10.28 pagi,
barulah meneruskan perjalanan. Bas kemudian berhenti di lampu merah di simpang
empat. Kelihatan banyak kamera dipasang untuk memastikan pemandu mematuhi
peraturan.
11.01
pagi, melalui Jalan King Abdul Aziz. Masuk terowong Alsouq Alsagheed di bawah dataran Masjidil Haram. Bas
berhenti agak jauh dari hotel Maqam. Terpaksa
meredah kesesakan di sepanjang jalan.
Terus ke Masjidil Haram. Masuk pintu 94,
kemudian turun tangga King Abdul Aziz. 12.02
pagi, terus Tawaf. Hanya sempat 3 pusingan, kerana hampir waktu Zohor. Terpaksa
keluar dari pusingan. 12.15 petang, solat Zohor di dataran ka’bah.
12.42
pagi, sambung semula Tawaf 4 pusingan. Saat ini matahari memancar. Terasa agak
panas. Selesai Tawaf, solat sunat Tawaf dan berdoa. Kamudian berjumpa Antiya, Ayahde dan Cikde. Terus ke Exit To Eastern Phazza untuk
bersai.
2.28
petang, selesai bersai dan bertahlul. 2.34 petang keluar dari masjid.
Bersesak-sesak dan celah-mencelah. 2.49 petang sampai di lobi hotel. Naik lif,
dan terus masuk bilik 1006 untuk berehat.
3.00
petang, turun semula. 3.13 petang, masuk Abraj Al Baith
Shopping Centre. Jumpa Antiya, Ayahde dan Cikde di Food Court tingkat 3. Beberapa minit kemudian turun
dengan lif. Terus ke masjid untuk solat Asar.
Food Court |
3.32 petang, ARAM Dd dan Umi solat di tingkat 1. 3.48 selesai solat, tunggu Umi di pintu keluar. 4.00 petang, bersama dengan Kakcik lunch nasi Arab di Restoran Gulf . Burung merpati berterbangan di Food Court.
Hotel Azka Al Safa |
Pasar Raya |
Window Shopping |
4.45
petang, masuk Abraj Hypermarket. 5.30 petang, masuk
Masjidil
Haram. 5.41 petang, solat maghrib. 5.56 petang, berada di dataran. Kemudian celah-mencelah hingga
ke hotel. 6.41 petang, turun
semula ke dataran. Terus ke masjid untuk solat Isyak.
Kedai Buah |
Langkah Riyal |
Ragam Shopping |
Saperti
biasa dinner selepas Isyak. 7.32 malam, naik lif. Masuk bilik untuk
berehat. Malam ini family Adis berpakat untuk
melakukan Tawaf sunat. Jadi perlukan rehat yang cukup.
Tangga King Abdul Aziz |
Dataran Ka'bah |
Dalam Penyaksian |
Penuh Restu |
11.04
malam, turun kedataran. Kelihatan pekerja sedang sibuk mencuci dataran. 11.10
malam, masuk laluan Exit To Southern Piazza & Ajyad. 11.12 malam,
turun tangga King Abdul Aziz ke dataran Ka’bah.11.15 malam, Tawaf sunat. 11.54 malam, solat
sunat Tawaf di makam Ibrahim. Seterusnya minum air zamzam.
Kehambaan |
Diringi Doa |
Dalam Perlindungan |
12.03
malam, mencari laluan keluar. 12.07 malam, menyusuri dataran. Kelihatan bulan
bagaikan terapung-apung di atas dataran. Menjadikan malam begitu indah dan
syahdu. 12.13 malam, sampai di lobi. Naik lif. Kemudian masuk bilik. Malam ini
tidur agak lewat. Namun keletihan kadang-kadang membuatkan kita tidur lena.
Indah Dan Syahdu |
Post a Comment