HARI KETIGA 23 DISEMBER 2017 (1)
Restoran Selasih LeoPacific – Kolam Renang Leo
– UITM Puncak Alam
8.53 pagi, keluar dari bilik 813. Turun ke lobi hotel. 9.02 pagi, terus
masuk ke restoran Selasih. Pagi ini agak ramai
pelanggan berserapan. Suasana agak luar biasa. Mungkin ramai mengambil kesempatan
cuti Krismas untuk berlibur. Di samping merebut tawaran shopping Krismas 70%. Sudah pasti Sogo
menjadi destinasi shopping spree.
|
Fountain Of LeoPacific |
|
Food Stall |
9.03 pagi, terus mencari meja makan. Bagaikan
“full house”. Dalam keramaian begini agak sukar mendapat meja kosong.
Akhirnya terpaksa menuggu di meja yang masih berbekas sisa makanan. Tak sempat
nak bersih. Selepas memilih makanan, baru duduk menjamu selera.
|
Selera Mata |
|
Menjamu Selera |
Bagaimanapun pelanggan masih berdatangan. Sampai
tak cukup pinggan. Makanan dan air minuman juga terpaksa ditambah. Suasana menjadi agak riuh-rendah, bagaikan
"pasar makan". Berlaga sudu dengan garfu. 9.52 pagi, baru selesai. Lalu
terus naik lif. Kemudian masuk bilik 813.
|
Makan Bersuap |
|
Memenuhi Selera |
|
Pencuci Mulut |
Nenek dan Acik tidak ada dalam bilik. Mungkin sekarang di Sogo. Memenuhi sisa-sisa dendam yang tak tertebus semalam.
Mungkin tengah shopping "sakan". Mungkin hanyut bersama-sama dalam
keramaian. Dalam hiruk-pikuk para pelanggan yang berebut-rebut untuk memenuhi idaman 70%.
Sogo salah satu daripada
peruncit terkemuka di Malaysia. Menawarkan
pelbagai jenis produk dari kosmetik dan wangi-wangian, pakaian berfesyen, kelengkapan
rumah dan alat elektronik. Termasuk buah-buahan dan sayur-sayuran. Restoran
juga disediakan untuk memenuhi selera. Menjual pelbagai makanan tradisi, Asian
cuisine dan Western cuisine.
|
Peace Of Joy |
|
Flying Kiss |
10.14 pagi, cucu-cucu keluar bersama Baba dan Ibu. Untuk menunaikan
janji sebelum tidur malam. Janji "mandi
kolam" ini, terbawa-bawa sampai ke dewan makan. Akhirnya tertunai juga
pagi ini. Ayla dan Ayra kelihatan
bergaya dengan bakini, manakala Aqeef dengan
pakaian renangnya.
|
Diselimuti Keceriaan |
|
Smile Of Joy |
|
Dalam Keseronokan |
10.44 pagi, Atuk
pula terpaksa keluar dari bilik. Terasa sunyi apabila keseorangan. Dalam usia
yang meniti lewat 60-an, kadang-kadang khayalan yang menakutkan sering
menerjah. Sebab itu Atuk perlu hanyut dalam keramaian,
dan perlu tenggelam dalam keriuhan.
|
Terapung-Apung |
|
Bersantai |
Berusia bukan bererti “bertapa”. Duduk
bersendirian, attitude in solitude. Membuka lampiran-lampiran nostalgia. Lalu membiarkan diri
hanyut dalam memori-memori indah. Walhal segala-galanya telah berlalu. Sebaliknya masa hadapan sedia dan setia menanti untuk diterokai.
10.52 pagi, lalu turun lif ke tingkat 3. Melalui
depan Raja Laut Ballroom terus ke kolam renang.
Sebagai shift, Ibu pula yang naik
untuk berkemas-kemas. Ayla dan Ayra masih lagi dalam kolam. Keseronokan terpapar di wajah.
Terapung-apung dengan penuh khayalan kepuasan. Akhirnya tertunai juga janji.
11.17 pagi, sudah menggigil kesejukan baru keluar
dari kolam. Akibatnya kulit mengecut dan bibir menjadi kebiru-biruan. Demikian
penangan kolam renang. 11.28 pagi, terus naik lif. Kemudian masuk bilik 813. Seterusnya bersiap-siap untuk check out.
|
Adieu LeoPacific |
|
Terasa Sayu |
|
Daftar Keluar |
12.11 pagi, keluar dari bilik. Terus mengangkut beg-beg turun staircase ke basement P2. 11.26 tengah hari, Baba packing
beg-beg ke dalam hillux. Kemudian baru Nenek dan Acik menyusul.
12.32 tengah hari, baru bertolak. Adieu LeoPacific.
Terima kasih kerana memberi keseronokan 3 hari 2 malam.
|
Ilham Perjalanan |
|
Basement P2 |
4 minit kemudian melintasi bangunan Liberty. 12.37 tengah hari, Sime Darby dan Sunway Putra.
Seterusnya mengikuti laluan Jalan Duta. 12.44
tengah hari, berada di lebuh raya Utara Selatan. Kemudian touch 'n go di Tol Bukit Prima Pelangi.
12.52 tengah hari, menyusuri Jalan Sg. Buluh. Eletronik board memberi peringatan,
"trafik perlahan-perlahan di Bukit Beruntung".
|
Hanyut |
Cuaca agak mendung. 12.53 tengah hari, jalan
tenang, tetapi kembali sesak. 1.09 tengah hari, exit ke
Puncak Alam. 1.15 tengah hari, rasa lega. Perjalanan
agak lancar. 1.10 tengah hari, touch 'n go di tol Rawang Selatan. Kemudian
masuk lingkaran bulatan. 1.18 tengah hari, melintasi Kompleks
Operasi Litar.
Post a Comment