HARI KE 4 : 8 DISEMBER 2015
R & R Antolia - Ozkan
Alsehir - Turkuaz
- Wilayah Konya - Muzium Mevlana
(Melangkah Di Titian Sufi Menyerah Di Talian Ilahi)
(Melangkah Di Titian Sufi Menyerah Di Talian Ilahi)
Selepas berpesta fotografi dan berseloka
dengan bayu di lembah "Istana
Kapas", kaki terasa berat. Namun terpaksa meninggalkan "keindahan dalam
kesyahduan", yang baru sahaja memahat memori di hati. Anyway, it's time to say good bye.
Kesyahduan |
9.27 pagi, lalu meneruskan perjalanan.
Matahari agak condong. Cahayanya kelihatan lembut, dan hampir redup. Dari jendela bas, hanya melepaskan pandangan.
Rasa terpesona, dan asyik. Sesungguhnya, panorama bumi Turki memang unik dan
indah. Udaranya sejuk dan nyaman.
Perjalanan kali ini agak jauh.
Masing-masing keletihan. Ada yang
tertidur. Ada yang berborak-borak. Pun ada yang bermain whatsApp. Saling
bertukar gambar. Bertukar maklumat. Terdengar juga gelak ketawa, mungkin ada yang
mencuitkan hati.
10.57 pagi, berhenti di R & R Antolia.
Keluar sahaja dari bas, terasa angin sejuk
dari bukit menggigit-gigit wajah. Ada yang mengeliat membetulkan urat.
Ada yang bergegas ke toilet, tetapi kena
enterance fee 1L. Ada juga yang pergi menikmati secawan Turkish tea,
yang berharga 2L.
11.45 pagi, meneruskan perjalanan.
Melalui dataran gersang yang luas hingga
ke kaki banjaran bukit. Kelihatan sayup-sayup, saujana mata memandang. 1.40 petang,
berhenti untuk lunch di Ozkan Alsehir. Kadang-kadang terasa jemu kerana
dihidangkan the same old taste iaitu sop, roti
dan sayur-sayuran.
Titian Sufi |
Hiasan Sufi |
Tinggalan Sufi |
2.45 petang, meneruskan perjalanan. Nasib baik bas menyediakan perkhidmatan untuk caj handphone. 3.53 petang, jamak Asar di Turkuaz. 4.20 petang, bertolak lagi. Matahari tak kelihatan, dan banjaran bukit menjadi kabur. Semra mengumumkan bahawa rombongan sudah memasuki Wilayah Konya. Yang disebut juga sebagai Mevlananın sehir atau "Wilayah Sufi"
Lokasi Muzium |
Muzium Mevlana |
Landskap Mevlana |
Di sini terletaknya Muzium Mevlâna, iaitu
makam Jalal ad-Din Muhammad Rumi. Mistik Sufi Parsi, yang juga dikenali sebagai
Mevlâna, atau Rumi. Ia juga merupakan rumah persinggahan penganut Terekat
Mevlevi. Lebih popular sebagai Whirling Dervishes. Sebagai penghormatan, gambar Rumi dan makamnya
telah diabadikan di belakang 5000 wang
kertas lira dan juga wang syiling.
Wang Syiling |
Wang Kertas |
Di sinit terdapat juga beberapa koleksi.
Antaranya: pakaian sufi, dan Alquran kuno dengan tinta emas. Puisi-puisi Rumi
dalam tulisan Arab, disimpan didalam
kotak kaca. Ada juga patung lilin, yang dibuat menyerupai para Sufi yang sedang
menari. Kebanyakannya koleksi daripada peninggalan Rumi.
Quran Kuno |
Manuskrip Masnawi |
Menurut riwayatnya, Sultan Al-Din Kayqubad
iaitu Sultan Seljuk telah menjemput Mevlâna ke Konya. Beginda menawarkan Taman
Ros sebagai tempat yang sesuai untuk mengebumikan Baha 'ud-Din Walad, iaitu
ayah Mevlana. Apabila Mevlâna meninggal dunia pada 17 Disember, 1273 beliau
telah disemadikan di sebelah bapanya.
Cebisan |
Karpet Purba |
Penggantinya, Hüsamettin Çelebi memutuskan
untuk membina sebuah makam untuk kubur
maulananya. Binaanya mengikut seni Seljuk, di bawah arkitek Behrettin Tebrizli,
yang siap pada 1274. Gürcü Hatun, isteri Seljuk Emir Suleyman Pervane, dan Emir
Alameddin Kayser telah membiayai pembinaa
Dekri 6 April 1926 mengesahkan bahawa makam, dan rumah persinggahan darwis adalah untuk dijadikan muzium. Muzium ini dibuka pada 2 Mac 1927. Pada tahun 1954 ia telah dinamakan semula sebagai "Muzium Mevlâna".
Dekri 6 April 1926 mengesahkan bahawa makam, dan rumah persinggahan darwis adalah untuk dijadikan muzium. Muzium ini dibuka pada 2 Mac 1927. Pada tahun 1954 ia telah dinamakan semula sebagai "Muzium Mevlâna".
Persemadian |
Makam Sufi |
5.13
petang, sampai di Muzium Mevlana atau Green Mausoleum. Di mana terdapat artifak
Islam dan makam sufi terkenal, iaitu Maulana Jalaluddin Rumi. Seorang penyair
dan mistik Sufi. Daripada beliau lahirnya Terekat Mawlawiyah, dan tarian sama
atau Whirling Dervish.
Add caption |
Add caption |
Tarekat Mawlawiyah ialah perjalanan spiritual
menuju kepada Tuhan. Yang diamalkan secara
"persaudaraan". Persaudaraan, atau ordo spiritual. Biasanya
dalam kumpulan spiritual. Yang dipimpin oleh seorang guru atau mursyd dan
khalifahnya.
Nama "Mawlawiyah" berasal dari kata
“Mawlana” (guru kami). Gelaran yang diberikan oleh murid-muridnya kepada
Muhammad Jalal al-Din Rumi. Tarekat ini didirikan 15 tahun sebelum wafatnya,
dan masih diamalkan hingga sekarang.
Post a Comment