Hari Ke 3 : 7 Disember 2015 (3)
Munira Outlet Silk And Delight - Natural Park
(Pemanis Mulut Penyeri Muka)
Turkish Delight |
9.45 pagi, perjalanan diteruskan ke
Pamukkale. Yang terkenal dengan bukit dan teres kalsium karbonat yang seputih salju. Dalam perjalanan, kami
singgah di Munira Oulet Silk and Delight. Yang menjual Turkish Delight dan juga
wangi-wangian.
A Moment Friend |
Satisfied Customer |
Turkish Delight adalah pencuci mulut Turki
yang paling digemari. Dan juga sebagai "sweet treat" untuk tetamu dan
pelancong. Akhirnya, selepas kenyang merasakan semua jenis Turkish Delight,
barulah membeli sekotak dua. Untuk oleh-oleh orang kampung.
Kenyal Manis |
Biasannya ditaburi gula icing, kelapa kering,
atau bubuk krim Tartar, untuk mengelakkan potongan-potongan kiub melekat sesama
sendiri. Secara umumnya, Turkish Delight memiliki tekstur yang kenyal dan rasa
yang manis. Kebanyakannya berperisa air
mawar, bergamot oren, atau lemon.
Untuk pelbagai rasa, kadang-kadang ditambah
potongan kurma dan kekacang, seperti hazelnut, walnut, atau pistachio. Manisan
ini biasanya disajikan dalam bentuk potongan-potingan kecil. Sama ada berbentuk
kabus atau bundar.
Sebagai pencuci mulut, yang dipanggil "lokum" oleh penduduk Turki. Semacam satu kejanggalan kalau tidak ada Turkish Delight
di meja makan mereka. Begitu juga ada yang mengatakan kalau tak rasa Turkish
Delight, seolah-olah pelancong tak menjejakkan kaki di bumi Turki.
Nama "Lokum" berasal dari
"luqma" perkataan Arab dan "luqūm" pula kata majmuk yang
bermaksud "seketul" atau "suapan". Nama lainnya ialah, "rahat al-hulqum" yang bermaksud
"keselesaan tekak" Diberi berbagai nama dalam pelbagai bahasa di
Eropah Timur, manakala dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai "Lumps of
Delight" atau "Ketulan Penuh Nikmat".
Mengikut sejarah, Turkish Delight telah
dicipta oleh Bekir Efendi yang memulakan perniagaan pada tahun 1777.
Perniagaannya menjadi semakin maju kerana resipi Turkish Delightnya sangat
digemari. Akhirnya Turkish Delight
menebusi pasaran Eropah Barat pada abad ke 19. Ia menjadi makanan
istemewa di Britain dan seluruh Benua Eropah, termasuk Bulgaria, Greece,
Macedonia, Romania, Amerika Utara dan Brazil.
"Turkish Delight" |
The Chronicles |
Rasa nikmat Turkish Delight begitu hebat,
hingga mempengaruhi pelbagai aspek kehidupan. Ia muncul dalam beberapa filem
saperti The Chronicles of Narnia: The Lion, the Witch and the Wardrobe. Begitu
juga dalam lagu yang diberi jodol
"Turkish Delight" yang dinyanyi oleh Susanne Sundfor. Penulis
C.S Lewis pula mencatat "Turkish Delight" dalam novelnya.
Petikan dialog dalam filem The
Chronicles
of Narnia, antara permaisuri dan Edmund
Pevensie.
''Ia adalah membosankan, untuk Anak
Adam, minum tanpa makan",
kata Permaisuri.
''Apa yang anda paling suka untuk makan?''
tanya permaisuri.
"Mohon Turkish Delight, Tuanku,"
kata Edmund.
Permaisuri lalu membiarkan setitik air
jatuh dari
botolnya ke salji, dan serta-merta
muncul sebuah kotak bulat,
diikat dengan reben sutera hijau.
Apabila dibuka,
ternyata mengandungi beberapa Turkish Delight.
.
Susanne Sundfor |
Turkish Sundfor |
The Brothel |
Sebahagian daripada Lirik lagu
"Turkish Delight" daripada
album The Brothel (2010), yang dinyanyikan
oleh Susanne Sundfor.
Angels are lost in the sooted fog
Of a million falling dots on a disc of mud
All the closets forgotten
All the lakes are frozen
Well, if internal winter
If internal snow
I'll have a Turkish Delight
I've got the freeze
They offer me holy wine
It gets me through the night
The moon lingers on and shines down
Upon the shroud that covers both the living
and the dead
Of a forgotten empire
Better kneel, better kneel down
Before the lady
Shadowing the sun
David Crowder |
David Crowder juga menyanyikan
lagu mengenai
Turkish Delight. Ini terdapat dalam sebahagian
daripada lirik lagunya.
Stumbled through the doorway
Into the strangest thing
An unexpected magic land
With snow beneath my feet
Came across a lady
Who dressed herself in white
She took her coat to cover me
Then a query cold as ice
What do you want?
Turkish Delight
(It's my favorite thing)
It's my favorite thing
Turkish Delight
(All I want to do)
What I wouldn't do, what I wouldn't do
Felek Jaehn |
Served Me |
Seorang lagi Felek Jaehn menyanyikan
Lagu
Turkish Delight dari album The Roar Of
Love (1980).
She told me when I came her way
That it was my lucky day
And you know I believed her
White dress came flowing down
Gold wand twisting 'round
White faced lady, you're pretty
And I got into her sleigh
What a beautiful lady
There she served me some Turkish Delight
I want to be with her
Oh how I miss her
She's the most beautiful lady
Ever since she took my name
I've never been the same
And I know she loves me
So just stop asking me
Asking me to change my plea
My eyes just prize the lady
Siri TV Episod Mickey Mouse juga telah
dinamakan "Turkish
Delight", yang dikeluarkan pada 18
Mac 2016. Melibatkan watak Tituler menjual makanan manis dalam Grand Bazaar. Dalam episod ini Mickey
mendapati bahawa perniagaan menjual Turkish Delight membawa keuntungan yang
besar tetapi ini tidak bermakna bahawa orang lain akan menjadi gembira dengan
kejayaannya.
Bukan itu sahaja, malah yang peliknya berlaku
kepada Cik Audrey, ketua jabatan pakaian wanita, yang jatuh sakit dan
kehilangan suara, tiba-tiba sembuh apabila beliau makan "ketulan penuh
nikmat".
Kata Cendekiawan |
Resipi Cinta |
Kalau anda sedang berkasih, Turkish Delight adalah resipi cinta dan ramuan kasih sayang yang akan mengeratkan lagi dua
hati. Turkish Delight akan memahat memori cinta
dengan catatan rindu. di Hari Valentine ia akan menjadikan anda pasangan Romeo dan Juliet yang sentiasa
asyik maksyuk.
Pasaran Global |
Kerana berpotensi menguasai pasaran, produk
Turkish Delight telah dipelbagaikan. Syarikat-syarikat confectionery
mula berminat untuk menggunakan Turkish Delight sebagai bahan produk mereka.
Cudbury iaitu syarikat multinational telah mengeluarkan Fry's Turkish Delight
yang berperisa coklat dan ros. Ia telah dilancarkan di UK pada tahun 1914 oleh
pembuat coklat Bristol J. S. Fry & Sons.
Di Australia dan New Zealand rangkaian produk Turki yang dikeluarkan oleh Cadbury telah diperluas untuk
merangkumi easter eggs, ais-krim, bar blok coklat untuk keluarga. Di UK, Cadbury juga mengeluarkan Milk Dairy
Turki, menggunakan coklat susu tenusu.
dalam bentuk bar blok biasa.
Demikian Turkish Delight telah membudayakan
kehidupan rakyat Turki, dan hampir-hampir menguasai pasaran dunia. Di Turki
Sendiri ianya seolah-olah dijual di mana-mana, terutama di gerai-gerai dan
kedai-kedai, malah di pasar raya-pasar raya besar.
Dalam
sedar tak sedar, Turkish Delight telah mencuri hampir-hampir dua jam masa kami.
11.45 pagi, kami terpaksa meneruskan perjalanan, melalui ladang-ladang gersang.
Kelihatan stesyen-stesyen minyak pelbagai jenama dan bangunan-bangunan, yang
bentuknya hampir serupa.
Pandangan kadang-kadang bagaikan mengejar
banjaran-banjaran bukit di kejauhan. Kelihatan
juga bukit-bukit batu kapur yang
terhakis dan beberapa kicir angin di atas bukit. Pokok-pokok renek berdaun perang dan
rumput-rumput tinggi berbunga jarang, berjajar di pinggir jalan.
Dalam remang-remang senja, banjaran bukit
kelihatan berkabus. Bayang-bayang pokok semakin panjang. Di luar kelihatan
semakin berkabus dan matahari semakin kehilangan cahayanya. Kian pudar. Jam
2.00 petang, matahari terus hilang dalam kabus.
Kabus semakin menebal, dan banjaran tidak
lagi kelihatan. Sekali-sekala sinar matahari menebusi kabus. Amat indah, hanya
dapat digambarkan dengan perasaan bukan kata-kata. 2.14 petang, matahari
perlahan-lahan menguasai semula, dan kabus mula meminggir.
Perjalanan diteruskan. Terdapat beberapa
gerai buah-buah di sepanjang jalan dan beberapa ekor biri-biri sedang memakan
rumput. 2.49 petang, banjaran bukit kelihatan semula. 3.08 petang, lunch di
Kofeci Hunkar. Jamak asar di surau berhampiran. Teramat sejuk apabila kaki
dijmah air paip.
4.12 petang, bertolak semula. Matahari dah
condong. Ladang anggur gersang sejauh mata memandang. 5.00 petang, semakin
gelap (bagai 7.00 malam di Malaysia). Bas terus mengharungi kegelapan dan
kesunyian. Penumpang ada yang dibuai mimpi.
Bas memasang tv tentang belon udara panas.
5.20 petang, kelihatan lampu-lampu neon
berkelipan di kejauhan . 5.49 petang, stop di Ayte Miz n Elmas restaurant untuk
tea. 6.20 petang, bertolak semula. Satu dua peserta kembara membuka TV kecil di
belakang tempat duduk untuk menghilangkan bosan.
Semula Jadi |
Natural Park |
Putih Salju |
7.14 malam, berhenti di Natural Park. Taman ini telah dibuka pada tahun 2011. Ia telah menjadi salah satu points of interest. Taman Semula jadi ini terletak di hadapan Pamukkale, iaitu lembah ‘istana kapas’ . Keindahan malam
di bukit putih salju dan tasik ,
menawarkan ketenangan dan kedamaian yang tak dapat dilupakan. Unforgettable memory.
Bukit Karbonat |
Travelmate |
Kami dimaklumkan, ada sebuah kafe di taman,
di mana menawarkan makanan dan minuman degan harga yang berpatutan. Bot-bot
disediakan di tepi tasik untuk pelancuong dengan bayaran. Taman ini mempunyai 3
kolam. Boleh berenang-berenang untuk menikmati kesejukan airnya. Terdapat
kolam untuk kanak-kanak, dan juga untuk orang dewasa yang termasuk jakuzi di
dalamnya.
Riak Tasik |
Hamparan Malam |
Di sini terdapat juga sebuah pod lumpur
kecil, di mana pelancung boleh mandi lumpur untuk kesihatan. Kebanyakan yang
datang hanya untuk bersiar-siar di
sepanjang hari. Bagaimanapun, kadang-kadang pada waktu malam, ada upacara perkahwinan, terutamanya pada
musim panas.
Ziarah Sutera |
Wanita Sutera |
Walaupun malam, warung-warung
diserikan dengan cahaya lampu-lampu neon. Di dalam riak-riak tasik
kelihatan bayangan cahaya bagaikan menari-nari. Manakala bukit salju kelihatan berbalam-balam
putih keperang-perangan, melatari kegelapan. Terdapat sedikit cahaya
menerangi kaki bukit. Menjadikan malam
begitu indah dan syahdu, dengan lampu-lampu
taman memberi sedikit ruang penglihatan.
Bagaikan
bersatu dengan malam. Lalu merakam memori bukit putih salju dan percikan air
terjun. Akhirnya, 7.40 malam, bas bertolak meninggalkan Natural Park. Ahli
kembara semakin lesu, dan semakin hanyut. 7.47 malam, akhirnya sampai di hotel
Ninova Thermal. Terus pergi dinner.
Kemudian masuk bilik 113. Dan
terus lena untuk menyambung perjalanan
di alam mimpi.
Baby Ameera
(Our Little Wonder)
Silence
is empty.
Presence
is empathy.
So let the silence
fill the wisdom
and let presence
fill the freedom.
Hadir
biar berfikir
dan diam
biar menyelam
ARAM
(ABDUL RASHID ABD MAJID)
Teratak Seri Teratai
font-size: 13.0pt;
Post a Comment