Qalam Perjalanan

HARI KETIGA 23 DISENBER 2017 (2)
Warisan Melayu RZ Nasi Kukus - Stesen Petronas Gambang
 - Plaza Tol Kuala Telemong – Teratak Sri Teratai


RZ Nasi Kukus

2.01 petang, lunch di  Warisan Melayu RZ Nasi Kukus. Terletak di Jalan Dataran Suria, Bandar Puncak Alam. Kelihatan agak kurang pelanggan. Mungkin dah melewati peak hour. Bagaimanapun masih ada lagi untuk pelanggan yang terlewat.


Jalan Dataran Suria

Ayam Goreng Rempah

Kaunter Layan Diri

Lalu Ibu dan Nenek beratur di kaunter self servise. Beberapa minit kemudian terhidang di meja. Aroma ayam goreng rempah benar-benar menusuk selera. Terliur, mungkin kerana lapar. Ayra sudah pasti “on your mark”. Bersedia untuk suapan yang pertama.


Aroma Goreng Rempah
T
Menusuk Selera

Berbaloi RM41.50

Pasal makan, Ayra no kompromi. Kadang-kadang sampai “bercakaran” kerana merebut selera. Suasana restoran petang ini agak tenang dan selesa. Tiada keramaian dan tiada keriuhan. Agak kurang “sound bite”. Hanya bisikan melodi lapar. Lebih-lebih lagi kurang lagaan sudu dengan garfu.

2.33 petang, baru selesai soru. Boleh tahan, dan agak berbaloi juga dengan kos RM41.50. Bagaimanapun hanya kekenyangan yang sederhana. Memadai untuk menyuntik tenaga. Memberi keselesaan untuk meneruskan perjalanan.

Akhirnya terpaksa meninggalkan Acik, setelah dua hari bersama-sama. Lalu bersalaman dan berpelukan sebelum meneruskan perjalanan pulang. Ayla dan Ayra bagai tidak mahu melepaskan Acik. Kelihatan bergenang air mata Ayla. Bagaikan kesedihan menusuk kalbu.

2.36 petang, bertolak. 2.41 petang, melintasi Puncak Bestari. Seterusnya, melalui Projek Ecoworld “creating tomorrow and beyond”. Kemudian masuk laluan 54 Kuala Selangor. 2.53 petang, melintasi Kompleks Operasi Litar. Seterusnya melalui ladang kelapa sawit.

2.56 petang, melintasi  kawasan rehat Kundang. Seminit kemudian, touch ‘n go di Tol Kuang. Masuk lebuh raya Guthrie, Jalan Kucing. 3.00 petang, masuk sempadan   daerah Gombak. 3.02 petang, touch ‘n go di Tol Taman Rimber Templer. 3 minit kemudian masuk  Hutan Lipur Kucing.


Konvoi Kenderaan

Kesesakan Cuti Krismas

Terus ke  Jalan Ipoh. 3.13 petang, jalan mula sesak.   Kemudian ke simpang kiri masuk susur keluar ke Kuantan. Namun laluan masih sesak lagi. 3.21 petang, hujan mula turun. Sedikit mengganggu perjalanan. Terpaksa bergerak perlahan-lahan, dan berhati-hati.

3 orang cucu sudah lama hanyut dibuai mimpi. Bermimpikan kolam renang. 4.29 petang, melintasi Kg. Sri Gombak. Masuk Jalan Ulu Kelang. 3.31 petang, isi minyak di setsen Shell. Terpapar iklan fuel save "kini dengan dnaflex". 3.39 petang, meneruskan perjalanan. Seminit kemudian touch ‘n go di Tol Gombak.

Karak 60 km lagi. 3.47 petang, jalan mula mendaki. Lebuh raya bagaikan di atas rumah-rumah. Saat ini hujan masih lagi turun. Lalu membataskan pandangan. Terpaksa berhati-hati, kerana jalan licin. Bagaimanapun jalan masih lagi sesak. Kereta bergerak perlahan-lahan. Ekor-mengekor sambil mendaki bukit.


Peta Terowong E8

Terowong Genting Sepah

Terowong 900 Metre

4.04 petang, masuk terowong Genting Sepah. Terowong lebuh raya pertama, sejauh 900 m. Perjalanan kembali lancar. 3 minit kemudian sesak kembali. Terasa menuruni bukit tinggi. Melintasi Kg. Bukit Tinggi. Seterusnya melalui kawasan hutan. 4.21 petang, Ayla dan Ayra terjaga dari tidur. 4.22 petang, touch ‘n go di Tol Bentong. 

Ketika ini awan mendung mula melatari puncak bukit. Rimbunan hijau pula kelihatan  semakin pudar dalam cahaya senja. 4.33 petang, melalui Plaza Tol Karak. Di sini tamatnya lebuh raya KL – Karak. Sebaliknya bermula pula lebuh raya Pantai Timur.

4.39 petang, melintasi kawasan rehat Lanchang.  5.00 petang, masuk sempadan Maran. Tidak sedar,  kaki langit sudah  kahilangan warna senjanya. Bukit-bukau di kejauhan kelihatan samar-samar. Malah berbalam-balam dalam renyai-renyai hujan. 5.26 petang, berhenti di stesen minyak petronas Gambang. Sempat solat jamak takhir.

Ayla dan Ayra sempat lagi makan maggi hot cup. Mungkin lapar selepas tidur. 6.06 petang, bertolak. Kabus senja kelihatan terapung-apung memenuhi kaki bukit. Sedangkan kekegelapan perlahan-perlahan  menyelimuti rimbunan hijau. Terasa kali ini perjalanan bagaikan memburu waktu.

6.36 petang, melintasi kawasan rehat Perasing. Kelihatan kabus di celah-celah rimbunan kelapa sawit. Sisa-sisa senja masih lagi melatari kaki langit. Alangkah indah dan syhdunya saat menyaksikan perubahan alam di sepanjang  lebuh raya. Lalu malam perlahan-lahan berlabuh. Menjadikan pohon-pohon sepanjang jalan siluet yang kaku dan menakutkan.

 6.57 petang, Kuala Terengganu berbaki 127 km. 7.00 malam, hujan tiba-tiba turun agak lebat. Namun berhenti pula secara tiba-tiba. Sekali-sekala turun renyai-renyai. Bagai meraikan waktu magrib di lebuh raya. Bagaimanapun  mengganggu sedikit perjalanan. Kereta terpaksa bergerak perlahan-lahan. Berhati-hati.

7.18 malam, melintasi simpang Kuala  Dungun. 7.32 malam, Kuala Terengganu berbaki 74 km lagi. 7.46 malam berbaki  48 km. 7.48 malam, melintasi kawasan rehat Ajil. Namun hujan lebat semula. 7.55 malam, singgah di  plaza tol Kuala Telemong. 8.05 malam, solat takdim. 8.11 malam, baru bertolak.

8.13 malam, susur keluar ke Kuala Telemong. 8.15 malam,  keluar dari lebuh raya. 8.17 malam, masuk simpang Kg. Kubang Palas. 1  minit kemudian masuk sempadan Kuala Terengganu. Lalu menyusuri malam, melalui perkampungan tradisi: Pulau ManisBatu Hampar dan Kg. Peradong.


Sri Teratai

Baiti Jannati

8.22 malam, singgah kedai Tok Man. Ambil 6 bungkus nasi lemak yang telah dipesan. 8.26 malam, masuk simpang T9 Manir. 8.27 malam, akhirnya selamat sampai ke Teratak Sri Teratai. Syukur alhamdulillah.

Post a Comment

Powered by Blogger.