Qalam Perjalanan

HARI KEDUA 22 DISEMBER 2017 (2)
Kompleks Membeli-Belah Sogo - Kedai Penn Mart Toys  (M)
Sdn. Bhd. - Restoran Z K Al-Azmi Garden


Food Hall

Makanan Francais

2.16 petang,  turun ke ground floor. Beli baju dan seluar Atuk, diskaun 50%. 2.41 petang, terpaksa berbaris di kaunter bayaran.   2.54 petang, turun ke lower ground. Terus melintasi kedai candy bar. 2.58 petang, masuk foodhall. Terdiri daripada kedai makanan francais. Bagaimanapun Ayla sempat bermain gendang CinaSatu daripada ensemble gendang 24 musim.


Princess Ayla

Gengang 24 Musim

3.11 petang, keluar dari Sogo. Lalu menyusuri kaki 5 Coffeclub dan Super Market. Melintasi Jalan Dang wangi. Masuk kaki 5 kedai Bajuti. 3.16 petang menyeberangi Jalan Mara. 3.18 petang, baru sampai di hotel Leopacific. Naik lif. Kemudian terus masuk bilik. Berehat sebentar.


Ke Kolam Renang

3.34 petang turun ke tingkat 3, kolam renang. Ayla berkejar ke kolam renang. Terlalu excited. 3.40 petang, Ayla dan Ayra turun ke dalam kolam dengan pelampung. Bagaikan "duyung" berenang-renang. Sekali-sekala mengocak-ngocakkan air dengan kaki.


Duyung Ayra

Terapung-Apung

Kelihatan air kolam berombak-ombak, dan berkilau-kilauan disentuh mentari senja. Terasa  tenang walaupun sedikit riuh dengan suara kana-kanak. Sekali-sekala terdengar bunyi gerabak monorail, saling tarik-menarik. Mengganggu sedikit kehormonian senja.


Duyung Ayla

Berenang-Renang

Kejar-Mengejar

Saat ini masih lagi terasa bahang mentari senja. Sekali-sekala angin dari celah-celah rimbunan hijau menyelinap masuk. Terasa sedikit nyaman. Bagaimanapun dua anak duyung masih lagi tak puas berendam. Atuk dan Nenek tersengguk-sengguk di tepi kolam menahan rasa mengantuk.

4.29 petang,  Atuk terpaksa naik dahulu. Mandi, bersihkan diri. Kemudian solat takhir. 4.33 petang, barulah anak-anak duyung masuk bilik bersama Nenek. Kelihatan menggigil kesejukan. Kadang-kadang keseronokan hanya menghilang kesejukan di kolam.


Laman LeoPacific

Sabar Menunggu

7.55 malam, turun selepas berehat. 8.00 malam, berotolak. Menyusuri Jalan Raja Laut. 8.04 malam, berhenti di hadapan Kedai Penn Mart Toys  (M) Sdn. Bhd. Kedai pemborong alat permainan kanak-kanak. Terdapat 8 lorong pelbagai jenis mainan. Tersusun dalam rak-rak,  setinggi 15 kaki.


Rambang Mata

Seronok Meletihkan

Benar-benar membuat Ayla, Ayra dan Aqeef rambang mata. Tak tahu yang mana satu nak pilih. Dari lorong ke lorong, mengintai-ngintai yang “tercapai di mata, dan yang sesuai di jiwa”. Akhirnya dipaksa memilih yang sesuai dengan umur. Berpatutan pula dengan harga.


Di Celah Permainan

Mengintai Keseronokan

8.34 malam, meneruskan perjalanan. Masing-masing berpuas hati  dapat hadiah mainan dari Baba. Doctor sets & Sembo block hadiah untuk Ayla. Gatling rletriv flash gun untuk Aqeef. Untuk Ayra pula Colour Clay & doctor set khas.


Wajah Keseronokan

Di Celah Keseronokan

Memilih Keseronokan

Menjadikan perjalanan semakin ceria. Masing-masing bagaikan tak sabar nak membuka mainan. Begitu asyik membelek-belek kotak mainan. Kelihatan begitu begitu sayang sekali. Demikian fitrah kanak-kanak, sayang pada yang baru. Namun apabila dah puas, mainan dibiar begitu sahaja. Sedikitpun tidak peduli.


Selesai Memilih

Laman Penn Mart Toys

Kaki 5 Penn Mart Toys


Bagaimanapun perjalanan diteruskan. Meredah jalan yang masih lagi sibuk dengan kenderaan. 8.45 malam, melintasi perumahan awam Sri Negeri Sembilan. Kemudian Pusat Komunity Setul. 8.51 malam, baru sampai di medan selera Sentul Pasar


Berbuai

Pondok Santapan

Meneliti Menu

Lalu masuk premis Restoran Z K Al-Azmi Garden di lot 3256-1A, di Jalan 1/48a, Bandar Baru Sentul, Bahagian Sentul Pasar. Seterusnya duduk di pondok 7A. Duduk bersila makan semeja. Mengekalkan ciri-ciri budaya Melayu. Malam ini ramai pelanggan datang memenuhi pondok-pondok.


Menunggu Hidangan

Pembuka Selera

Hidangan Pemula

 9.07 malam, Order set 1. Hidangan sampai dengan variety of choice. Teruja selera, sampaikan terliur. 915 malam, hujan turun renyai-renyai. Mengiringi santapan malam. Angin malam memuput lembut. Seiring bunyi hujan renyai-renyai. Lalu mencipta suasana harmoni dengan irama malam yang  begitu syahdu. 


Terapung selera

Menjamu Selera

Memenuhi Selera

Variety Of Choice

9.42 malam, akhirnya selesai. Licin to the last spoon. Kekenyangan yang luar biasa. Benar-benar berbaloi dengan bayaran RM132. 9.47 malam, baru bertolak. Meninggalkan  Restoran Z K Al-Azmi Garden. Ayla, Ayra dan Aqeef, bagaikan “gendang gendut tali kecapi”. Penuh kriangan.


Hidangan

Bau Selera

Suapan Ibu

Gendang Gendut

9.50 malam, melintasi UTC Centre. Kemudian  Depoh Simpanan kereta tunda. 9.56 malam, melintasi banguan Unirazai. Seterusnya  Pertama Kompleks. 10.00 malam, akhirnya sampai di hotel LeoPacific. 10.04 malam, terus naik lif.

Cucu-cucu pula berlenggang masuk bilik. Begitu ceria. Teruja dengan  hadiah mainan. 10.18 malam, tak sempat duduk dah buka mainan masing-masing. Ayla dan Ayra sibuk dengan set mainan doktor. Sudah tentu Baba, Atuk dan Acik terpaksa menjadi pesakit. Aqeef pula selepas menembak, sibuk pula nak jadi doktor.

Ayla sebaliknya menukar profesion sebagai chef. Sibuk pula membuat kueh-mueh. Nampak gayanya, malam ni cucu-cucu tidur lewat. Keasyikan bermain kadang-kadang membuatkan anak-anak lupa nak tidur. Inilah yang dikatakan cetusan ransangan yang mengaktifkan semula tenaga dalaman.

Post a Comment

Powered by Blogger.