Qalam Perjalanan



  
HARI KE 6, 10 DISEMBER 2015


4.20 pagi, terkejut dari tidur.  Awal lagi, tetapi apabila dah terkejut payah nak tidur semula.  5.10 pagi, solat subuh, dan memanjatkan doa untuk keselamatan  6.46 pagi, breakfast. Di luar terlalu sejuk dengan suhu -7C. Hinggakan nafas berkabus. Anyway time must be punctual. So, tanpa membuang masa,  beg-beg terus  dimasukkan ke ruang luggage di perut bas. Dibantu oleh Syadikin dan Mustafa.

 

Guest Of Honour



7.22 pagi, bertolak sambil membaca doa.  Terasa sayu.  Gule-gule Stone-Concept Hotel. Keunikan dan kelainan 2 malam di hotel ini akan terpahat  indah dalam dairi perjalanan. Bagaimanapun perjalanan terpaksa diteruskan.  Melalui  lembah-lembah Cappadocia yang penuh dengan  formasi batu-batu unik, dan tinggalan-tinggalan purba.  Tak hairanlah kalau Cappadocia dinamai sebagai  "the Cradle of History",  


Gereme Onyx Jewellary



Di kejauhan kelihatan belon-belon udara  panas yang berwarna-warni.Yang terapung-apung di udara. Ruang udara Cappadocia bagaikan dihiasi dengan belon-belon fantasi. Cukup menarik. Benarlah kata setengah-tengah pelancong Cappadocia is a land of hot-air balloon. Sudah pasti kami masih teringat pengalaman ketika menaiki belon. Dan menyaksikan fenomena matahari terbit di celah bukit. Mengkagumkan.
 
 
A Land Of Hot Air Balloon

 
7.40 pagi, sampai di Gereme Onyx Jewellary. Destinasi yang di anggap expensive and exclusive. Kami terus diberi taklimat, dan di layan sebagai guest of honour. Kamudian dibawa ke beberapa showroom. Di mana berbagai jenis dan bentuk permata dipamirkan.


 

 Ibu Terpukau Bapa Tersilau



Alahai  permata, kilauanmu mempersonakan. Dan mengasyikkan. Yang menjadikan  mata kaum ibu  semakin rambang. Sebaliknya menjadikan  hati kaum bapa semakin bimbang. Benarlah saperti kata orang-orang tua. Permata itu memukaukan golongan hawa. Tetapi menyilaukan golongan Adam. Anyway that's the beauty and the wonder of Turkey.

Apa  yang menakjubkan ialah permata xultanite. Dikenali sebagai "5 colours of Turkey". Yang boleh bertukar  5 warna. Memang hebat  Tak hairanlah harga permata xultamite mencecah ribuan USD. Melihatkan keadaan dan suasana ekslusif, Kadang-kadang terasa tak sesuai berada di tempat ini.

Lebih-lebih lagi sebagai pelancong yang terpaksa menabung untuk  ke Istanbul. Really, the diamond is not our social icons. Bagaimanpun sukar hendak menafikan kuasa magisnya. Bagaikan aura mistik. Malah kilauan cahayanya bagaikan listerik yang mencairkan hati. Godaan warnanya bagaikan hidangan yang meliurkan nikmat.

Benarlah, permata mempunyai statusnya tersendiri. Kadang-kadang sukar untuk memahami "bahasa permata". Bahasanya begitu eksklusif. Subjeknya begitu sulit, terutama dari segi ukirannya, diemensinya dan  warna-warninya. Lebih-lebih lagi dari segi  nilainya. Mungkin hanya "mutu yang kenal manikam".


8.34 pagi, meneruskan perjalanan hingga ke penghujung lembah Cappodocia. Kelihatan puncak bukit hampir-hampir diliputi salji. Tompok-tompok salji kian banyak di kiri kanan jalan. Perjalanan kadang-kadang terasa seolah-olah   menuruni  lembah dan mendaki bukit. Ini adalah kerana muka bumi Cappadocia terdiri daripada dataran tinggi dan lembah-lembah. 
  


 Sebelum Tahun 2007



 Selepas Tahun 2007

  
9.18 pagi, masing-masing keletihan. Tetapi terdengar ilaian ketawa "mokcik-mokcik". Kerana cincin yang berubah warna, yang sempat dibeli di Gereme Onyx Jewellary. 9.24 pagi, singgah  di Oresin Han Caravanserai. Yang  dibina pada abad ke 13. Dahulunya tempat persinggahan pedagang-pedangan atau kafilah-kafilah, yang dikenali sebagai "istana kafilah".

Dalam tahun 2007 Oresan Han mengalami proses pemulihan hingga tahun 2010.  Kini peranannya telah bertukar daripada ‘istana kafilah’ kepada restoran pelancongan, dan kedai cenderamata. Walaupun mengalami pemulihan, kubah dan seni bina dahulunya masih kekal. Sebagai mengingati jejak-jejak sejarah silamnya.


Kafilah-kafilah Di Laluan Sutera



Demikian, dapat dibayangkan  perjalanan kafilah-kafilah. Melalui jalan purba, Silk Route. Yang terdiri daripada konvoi unta. A train of camels, yang sarat dengan barang dagangan melalui dataran gersang.  Begitu juga caravanserai sebagai tempat persinggahan kafilah-kafilah sebelum meneruskan  perjalanan. Yang merentasi gurun pasir yang begitu luas.


Newborn Celebrity


Kami abadikan jejak-jejak sejarah dalam memoir peribadi. So, masing-masing tidak melepaskan peluang untuk merakam sudut-sudut fotografi. Kadang-kadang bagaikan selebriti yang mencari populariti tersendiri. Malah di sini juga pernah terakam  sebuah filem  pada tahun 1970, "You Can't Win 'em All". Yang dibintangi oleh Charles Bronson dan Tony Curtis, sebagai askar upahan Sultan Uthmaniyyah.




You Can't Win 'Em All




 ZULTANITE


Zultanite berasalnya daripada perkataan 'Sultan'. Yang melambangkan kekuatan, dan kekuasaan. Di Rusia diberi nama  Alexandrite sebagai mengingati Tsar Rusia. Manakala  di Turki, Zultanite  dinamakan sebagai penghormatan kepada 36 Sultan Uthmaniyah. Pemerintah  yang mana kedaulatan dan kekuasaannya  telah  menjangkau tiga benua.

Zultanite adalah batu permata yang paling menarik di alaf baru. Mula dikenali dalam tahun 1970.  Ia merupakan batu permata yang sukar ditemui.  Hanya ada satu lombong menghasilkan Zultanite tulen. Yang dilombong oleh Zultanite Permata,  di lokasi terpencil di pergunungan Anatolia. Pada ketinggian  lebih daripada 4,000 kaki.





5 Colours Of Turkey



Walaupun pada mulanya sebagai koleksi oleh peminat mineral dan pelombong bebas dalam pertengahan 1980-an. Namun kini Zultanite  telah dilombong secara komersial sejak 2006. Dilombong dengan  tangan menggunakan pahat.


Setiap permata Zultanite dipotong oleh beberapa lapidaries yang berpengalaman.  Kadang-kadang Zultanite menguji kemahiran pemotong. Sekalipun berpengalaman, terpaksa mencabar kepayahannya. Lebih-lebih untuk menyerlahkan warna setiap kristal yang dipotong.



 Dilombong Secara Komersial Sejak 2006

 

Keindahan unik Zultanite adalah luar biasa. Warna-warninya yang tulin dan semulajadi.  Zultanite Chameleon  mempunyai pelbagai warna yang berbeza. Yang berubah dari hijau kiwi dengan kilauan kenari kuning.  Ciri-ciri utama yang lain adalah tepu, berkilau dan tahan. Selain semula jadi,  tahan lama dan eksotik. Zultanite merupakan khazanah Turki luar biasa, yang jarang berlaku.

Ciri-ciri ini menjadikannya satu batu permata yang sangat baik untuk hiasan. Dan untuk menambah koleksi. Walaupun Zultanite  diklasifikasikan oleh GIA (Gemological Institute of America) sebagai batu permata Jenis II. Sebenarnya pemasangan permata kecil meningkatkan penampilan dan semua keindahan Zultanite dilihat terbaik apabila dipakai dalam kehidupan sebenar.




CARAVANSERAI


Empayar Seljuk terbentang di laluan sutera, iaitu laluan kafilah-kafilah yang membawa barang dagangan dari Persia dan China  ke pasaran Eropah, dan begitu juga sebaliknya. Kafilah-kafilah atau karavan telah mengguna gunakan laluan purba ini sejak abad ke-10 lagi. Malah perdagangan di seluruh Turki pada zaman pertengahan Seljuk adalah bergantung kepada kafilah-kafilah.  


 Laluan Sutera Anatolia


 

 Laluan Sutera China-Turki


Kafilah-kafilah  ini biasanya berhenti pada waktu malam. Menginap di rumah-rumah tumpangan yang dikenali sebagai caravanserai atau secara literal ‘istana kafilah’. 'Istana kafilah’ ini terdiri daripada bangunan-bangunan yang menyediakan  penginapan dan kemudahan-kemudahan yang  lain.  Antaranya bangunan untuk solat, kandang-kandang untuk kuda dan kawasan lapang untuk unta-unta.

Semua perkhidmatan  disediakan oleh orang yang bekerja dalam Kafilah-kafilah itu sendiri. Contohnya, doktor, imam (pemimpin solat), pegawai depot, doktor haiwan, messenger, tukang besi, dan tukang masak.  

keravanserai biasanya dibina daripada batu gunung berapi. Dengan dinding yang  tebal dan tinggi untuk melindungi  daripada serangan perompak. Hiasan dan ukiran batu jelas menunjuk seni bina Seljuk. Walaupun ukiran naga  singa,  dan bunga menjadi motif yang  kerap digunakan,   bentuk geometri juga dipilih. Pintu besar pula diperbuat daripada besi.





Yang Mengalami Pemulihan Dan Yang Tinggal Runtuhan


  
Halaman caravanserai biasanya dikelilingi  bilik tidur, depot, rumah mandi dan bilik mandi. 'Mangals' (penakung arang) atau 'tandirs' (oven dalam tanah) telah digunakan untuk memanaskan tempat. Manakala lilin dan lampu telah digunakan untuk pencahayaan.

Mengikut sejarah, kafilah-kafilah pertama kali dilihat di Asia Tengah pada zaman Karavan, Ghaznavids dan Seljuk. Mereka telah membina bangunan-bangunan sebgai kubu-kubu yang dipanggil ‘Ribat’. Bangunan-bangunan ini walaupun kecil tetapi sangat penting dari segi keselamatan. Bangunan-bangunan ini  kemudiannya menjadi semakin besar untuk memenuhi keperluaan agama dan juga  penginapan yang semakin bertambah.

Pembinaan bangunan ini meningkat selepas keselamatan jalan perdagangan telah dijamin oleh Sultan Seljuk Kilicarslan II dan Alaaddin Keykubat I. Di samping itu, perdagangan dalam dan luar negeri semakin berkembang. Dengan cara ini, kerajaan Seljuk menjadi semakin kuat, bukan sahaja dari segi ekonomi, tetapi juga dari segi politik.


Caravanserai telah dibina di sepanjang jalan dari Antalya - Konya - Kayseri ke Turkomans melalui Erzurum dan Tabriz dan dari kawasan Laut Hitam ke Iraq melalui Amasya - Tokat - Sivas - Malatya - Diyarbakir pada jarak 30-40km.




Baby Arissa


You are
the candle
that lights the night
and you are the handle
that leads the right.
The light of wisdom
and the right
of freedom.

Bagai cahaya
membawa sinaran
dan bagai suara
membawa kebenaran.


ARAM
(Abdul Rashid Abdul Majid)















Post a Comment

Powered by Blogger.