HARI KETIGA : 24 MAC 2014 (2)
Gunung Fuji - Rimba Aokigahara
(Besaksi Di Mata Bersemi Di jiwa)
Sebenarnya banyak mitos dan mistik tentang
Gunung Fuji. Rahsia dan keajaiban yang tersembunyi. Kononnya
belum lagi terungkap. Segala-galanya tentang Fujiyama, menjadi daya tarikan untuk
pendakian.
Menurut statistik rasmi oleh Taman Negara Jepun, bilangan pendaki mencapai rekod 320.975 pendaki pada tahun 2010. Berkurangan Pada
tahun 2011 akibat gempa bumi dan tsunami
. Walau bagaimanapun bilangannya pulih sedikit pada tahun 2012. Pada tahun 2015
hanya 234.217 pendaki.
![]() |
4 Laluan Fuji |
![]() |
Laluan Yoshida |
Untuk pendakian terdapat 4 laluan ke puncak Gunung Fuji. Antaranya, Laluan
Yoshida yang paling pupular.
Laluan lain termasuklah Laluan
Fujinomiya, Laluan Subashiri dan Laluan Gotemba. Bulan pendakian yang paling baik
ialah bulan Julai iaitu ketika musim panas.
Secara purata lebih kurang 6 jam 20 min untuk
mendaki. Untuk menuruni masanya 3 jam. 20 min. Pendakian yang paling ideal
adalah pada waktu malam. Mungkin lebih tenang. Tidak ada bahaya angin ribut
atau taufan.
![]() |
Lautan Awan |
![]() |
Fenomena "Ungkai" |
Malah lebih berkesempatan untuk menjadi
antara yang pertama melihat matahari terbit di Lautan
Pasifik. Kalau lebih bernasib baik pendaki dapat melihat fenomena “unkai”,
bermaksud matahari terbit dari “lautan awan”.
Keindahan yang sukar dipercayai. Sukar dilukis dengan warna dan sukar ditutur
dengar kata. Demikian "bersaksi di mata bersemi di jiwa"
![]() |
Kapasiti Pondok |
Juga terdapat lebih 40
pondok disediakan. Kesesakan berlaku ketika musim mendaki pada bulan Julai. Bayangkan 40 pondok untuk 700 pendaki. Pasti tak lena sepanjang malam. Ia lebih
selesa pada bulan September, tetapi kurang
transpot ke tapak pendakian. Lebih-lebih lagi taufan kerap berlaku pada bulan
September.
![]() |
Mountaineer |
![]() |
Skilful Climbing |
Purata suhu di puncak gunung pada musim
mendaki itu ialah antara 5-8⁰C.
Kadang-kadang jatuh di bawah paras beku jika angin kencang. Bukan sahaja berasa teramat dingin, tetapi pendaki
terdedah kepada sindrom hipotermia. Suhu badan
akan menjadi lebih rendah dari suhu normal.
Namun peribahasa Jepun ada mengungkapkan kata-kata: “If you come to Japan and don't
climb Mt. Fuji, you're a fool; but if you climb it more than once, you're an
even BIGGER fool". Mungkin
bermaksud cukuplah sekali mendaki. Kali kedua belum tentu lagi bernasib baik.
![]() |
Rimba Mistri |
Bagaimanapun di barat laut di kaki Gunung Fuji terdapat rimba mistri
Aokigahara. Seluas 35 kilometer persegi. Dianggarkan berusia 1200 tahun. Disebut juga "Sea Of Trees" atau "Hutan Lautan". Demikian dikatakan, ketika angin memuput rimbunan pepohon kelihatan berombak-ombak bagaikan lautan.
Dikenali juga sebagai "Sucide Forest". Tempat yang sunyi, agak gelap dan padat dengan
tumbuhan-tumbuhan. Menjadi lokasi yang paling popular untuk membunuh diri di Jepun.
![]() |
Sucide Forest |
![]() |
Rimba Aokigahara |
Pada tahun 2003, 105
mayat ditemui. Melebihi rekod sebelum ini 78
mayat pada tahun 2002. Pada tahun 2010, dianggarkan lebih 200 orang telah cuba membunuh diri. Hanya 54 mayat dijumpai. Kebanyakannya menggantung diri
atau mengambil dadah berlebihan.
![]() |
Suicide Forest |
Boleh dikatakan Rimba
Aokigahara adalah "the perfect place to die". Tempat yang paling popular kedua di dunia untuk membunuh
diri selepas Jambatan Golden Gate. Walau
bagaimanapun pihak berkuasa Jepun tidak
lagi melaporkan jumlah membunuh diri,
untuk mengelakkan tempat ini menjadi lebih popular.
Post a Comment