HARI KETIGA: 24 MAC 2014 (1)
Shinagawa Prince Hotel – Gunung Fuji
(Sejernih Salji Sebersih Hati)
Lokasi Hotel
|
Shinagawa Prince Hotel |
Shinagawa Prince Hotel
terletak di tengah-tengah Tokyo. Di hadapan Stesen Shinagawa. Berhampiran dengan Muzium Seni Mori dan Tokyo
Midtown. Juga terletak 5 km daripada Menara
Tokyo. Mempunyai akses yang baik ke Lapangan Terbang
Narita dan Lapangan Terbang Haneda.
|
Hotel 5-Bintang |
|
3,560 Bilik |
Hotel 5-bintang ini mempunyai empat menara, 3560 bilik dan 13 buah restoran. Sebuah kolam luar dan kolan tertutup. Menara utama mempunyai sejumlah 1736 bilik dengan tingkap yang luas. Tingkat yang
lebih tinggi mempunyai pemandangan Teluk Tokyo.
Setiap bilik pula dilengkapi dengan Lan berbayar percuma dan Wi-Fi percuma.
|
Informasi |
|
Hotel 4 Menara |
Bermalam di hotel Shinagawa Prince, Tokyo
adalah satu pengalaman yang sukar dilupai. Sekarang kami berada 5,318 km jauh dari Kuala
Lumpur. Di bumi asing yang berbeza dari segi budaya, bentuk bumi dan
juga iklimnya. Dengan suhunya 12⁰C,
memang terasa sejuk. Di luar cuacanya agak tenang. Menjanjikan satu
pengembaraan yang menyeronokkan.
Prince Hotel Gunung Fuji
Selepas breakfast, kami meneruskan
perjalanan. Kali ini lebih mencabar iaitu Kembara ke Gunung
Fuji. Terpaksa melalui kawasan bandar Yokohama.
Seterusnya berpeluang melihat laut di Teluk Sagami.
Kapal-kapal kelihatan belayar dengan tenang. Selepas melintasi jembatan
perjalanan mula mendaki.
|
Bagaikan Hamparan |
Bas melalui banyak terowong. Makin jauh ke
pedalaman makin indah pandangan. Pohon-pohon kelihatan menghiasi jalan yang
kami lalui. Bas terasa agak perlahan kerana mula menghampiri kawasan
pergunungan. Di tepi jalan pula kelihatan salji bagaikan hamparan di bawah
pohon-pohon pain yang masih lagi kehijauan.
|
Kawasan Pergunungan |
Bas kemudian parkir di Pusat Maklumat Pelancongan Kawaguchiko. Turun sahaja
dari bas terasa angin dingin dari Gunung Fuji,
menggigit-gigit pedih. Kami terus masuk ke dalam bangunan untuk mendapatkan
sedikit maklumat. Terdapat banyak paparan tentang sejarah, lukisan dan gambar Gunung Fuji serta koleksi batu gunung.
|
Pusat Maklumat |
Sebelum meneruskan perjalanan kami sempat
bermain salji di kaki bukit di depan Pusat Maklumat
Pelancungan. Masih lagi terasa sejuk apabila masuk dalam bas. Bas
meneruskan perjalanan. Kemudiannya berhenti di dataran peninjau. Kami keluar
untuk menyaksi Gunung Fuji. Dan meghayati
keindahan Fujiyama dari jauh.
|
Premis Pusat Maklumat |
Gunung Fuji
terletak di Pulau Honshu. Gunung tertinggi di Jepun iaitu 3,776.24 m,
dan masih lagi aktif. Kali terakhir
meletus pada 1707-1708. Ianya terletak kira-kira 100 kilometer barat daya Tokyo, dan boleh dilihat dari sana pada
hari yang cerah. Puncaknya diliputi salji beberapa bulan dalam setahun.
|
Simbol Terkenal |
|
Gunung Suci
|
|
Tapak Bersejarah |
Ia adalah simbol terkenal di Jepun. Sering digambarkan dalam seni dan foto, serta
dikunjungi oleh pelawat dan pendaki. Ia juga salah satu daripada "Tiga Gunung
Suci". Yang lainnya, Gunung Tate
dan Gunung Haku. Ia juga merupakan destinasi
yang menarik dan salah satu daripada Tapak Bersejarah
Jepun. Pada 22 Jun 2013 ia menjadi Warisan
Dunia Unesco sebagai Tapak Kebudayaan.
|
Pengitirafan UNESCO |
Menjadi sumber ilham kepada penyair, pelukis
dan juru gambar. Menjadi lokasi pertapaan selama berabad-abad. Malah UNESCO telah mengiktiraf 25
tapak budaya. 25 lokasi termasuk Gunung Fuji, Makam Fujisan Hongū Sengen dan enam tempat suci
Sengen, dua buah rumah penginapan, Tasik Yamanaka
dan Tasik Kawaguch.
|
Tapak Budaya Fujiyama |
Yang lainnya termasuklah lapan mata air panas
Oshino Hakkai, dua bentuk pokok lava, tinggalan
kultus Fuji-ko di gua
Hitoana, Air Terjun Shiraito, dan Miho no Matsubara pokok pain dusun; manakala di Alps
rendah Gunung Fuji terletaknya kompleks Kuil Taisekiji, di mana ibu pejabat asas
pusat agama Buddha Nichiren Shoshu terletak.
|
The Wonder |
|
The Beauty |
Gunung Fuji
menjadi kebanggan orang Jepun. Daya tarikan kepada pelancong. Indah di
mata dan syahdu di hati. Lalu bagaikan pesta fotografi, kami dan
pelancong-pelancong lain mencari sudut-sudut yang menarik. Untuk merakam the
wonder and the beauty yang terhidang di depan mata.
|
Sukar Dilukis |
|
Sukar Ditulis |
Once in our life time, Gunung Fuji perlu diabadikan untuk kenangan.
Perlu dicatat dalam diari kehidupan. Bagaikan mimpi yang menjadi
kenyataan. Terlalu indah dan terlalu
syahdu. Keindahannya sukar dilukis dan kesyahduannya sukar ditulis.
|
Sejernih Salji |
|
Sebersih Hati |
Daripada pesta fotografi ianya berterusan ke
pesta main salji. Sesungguhnya kami tidak bermimipi. Salji benar-benar berada
di tapak kaki. Boleh disentuh dan boleh dirasa. Sejuknya bagaikan menjalar ke
seluruh badan. Manatap salji bagaikan terasa aura suci, bersih dan damai.
Demikian “sejernih salji sebersih hati“.
Post a Comment