HARI KEDUA:
23 MAC 2014 (2)
Jalan Nakamise-dori - Akihabara Street
- Masjid Tokyo
(Kaki Menyusur Hati Terhibur)
|
Nakamise Shopping Street |
Demikian, Jalan Nakamise-dori menjadi salah
satu pusat perniagaan yang tertua di Jepun.
Menawarkan pelbagai pilihan. Termasuk makanan ringan tradisional yang
popular saperti kaminari-okoshi dan ningyo-yaki. Selainnya barangan tradisional,
saperti: kipas lipat, payung dan lampu
hias. Terdapat juga barangan dekorasi
dan aksesori. Malah terdapat banyak souvenir yang jarang ditemui di tempat
lain.
|
Nakamise Street |
|
Shopping Street |
Bagaimanapun kami hanya window shopping.
Meninjau dari kedai ke kedai, sambil melihat telatah pengunjung. Pelbagai
ragam. Selain meraikan keramaian bersama penduduk tempatan. The more the
merrier. Kadang-kadang follow the flow. Hanyut bersama orang ramai dalam
keseronokan. Dalam riuh-rendah suara pengunjung, yang bertali arus di
sepanjang jalan. Lalu "kaki menyusur hati terhibur".
|
Sanja Matsuri |
|
Pakaian Tradisional |
|
Upacara Tradisional |
Asakusa juga dikenali sebagai tapak untuk
pelbagai acara tradisional. Antaranya Sanja-Matsuri iaitu perayaan Kuil
Senso-ji, festival Hozuki-ichi (tanah pasaran ceri) pada musim panas,
Tori-no-ichi (pasaran ayam jantan) di Otori-jinja Shrine di musim sejuk. Acara
yang paling popular adalah pertunjukan bunga api di sepanjang Sungai
Sumida-Gawa pada malam musim panas.
|
Akihabara Street |
|
Bandar Eletrik |
|
Restoran Halal |
2.14 petang, singgah di restoran halal untuk
lunch. Lepas makan rehat sebentar. 2.48 petang, kami singgah pula di Bandar Eletrik
Akihabara. Sebuah daerah di Chiyoda Wad
di Tokyo. Akihabara mendapat nama samaran "bandar eletrik", tidak lama selepas Perang Dunia II. Ia menjadi pusat
membeli-belah utama bagi barangan elektronik, dan pasaran gelap selepas perang.
|
Kedai Eletronik |
|
Variety Of Choices |
|
Pusat Perniagaan |
Pada masa kini, Akihabara dianggap pusat
budaya Otaku. Dan kawasan membeli-belah untuk permainan video, anime, manga, dan barangan komputer. Ikon dari anime dan manga yang popular dipamerkan di kedai-kedai. Termasuk pelbagai
kafe yang terdapat di seluruh daerah. Tidak hairanlah Akihabara menjadi tapak perhimpunan popular untuk Otaku.
|
Pusat Budaya Otaku |
Otaku adalah istilah untuk orang-orang yang taksub dengan hobi.
Kadang-kadang hingga ke tahap menjadi sebahagian besar daripada identiti
mereka. Bagaimanapun Otaku mempunyai konotasi yang agak negatif dalam bahasa
Jepun. Menggambarkan kejanggalan sosial dan kecelaruan identiti. Dengan ledakan anime, deifinasi Otaku kemudiannya menjadi lebih kompleks. Dan banyak
klasifikasi Otaku muncul.
|
Gelombang Otaku |
|
Menguasai Minda |
Beberapa
kumpulan Otaku juga turut bercambah.
Antaranya: Anime / Manga Otaku, Cosplay Otaku, Game Otaku, Pop Otaku, Figure
Otaku, Train Otaku, Robot Otaku, Pasocon Otaku, Wapanese Otaku dan Military
Otaku. Yang terbaru adalah Pokemon Otaku, bagaikan gelombang menguasai
minda anak-anak muda. Lalu menjadi "pemburu pokemon" di alam maya.
Tanpa batas waktu mereka terus hanyut dalam obsesi.
|
Obsesi |
|
Taksub Teknologi |
Manakala Pasocon Otaku adalah orang-orang
yang taksub dengan teknologi komputer. Wapanese Otaku pula adalah orang-orang yang
bukan Jepun, tetapi taksub dengan pelbagai aspek budaya Jepun. Justeru
Akihabara sebagai hab, terus merebakkan
budaya Otaku ini dari Tokyo ke kawasan lain di serata pelusuk dunia.
Lokasi Tokyo Camii
|
Masjid Tokyo |
4.32 petang,
kami singgah pula di Masjid Tokyo. Bersebelahan Pusat Budaya Turki.
Terletak di daerah Oyama-chō Shibuya wad di Tokyo. Ia adalah masjid terbesar di
Jepun. Seni binanya mirip dengan Masjid
Biru yang terkenal di Istanbul. Masjid ini asalnya dibina bersama-sama dengan
sekolah yang bersebelahan pada 12 Mei 1938. Dibina oleh Bashkir dan Tatar
pendatang dari Rusia. Seorang pelarian daripada Revolusi Rusia tahun 1917
|
Terbesar Di Jepun |
Pada tahun 1986, masjid ini terpaksa
dirobohkan kerana kerosakan struktur yang teruk. Di bawah arahan, dan sokongan
Diyanet İşleri Başkanlığı sebuah bangunan baru telah dimulakan pada tahun 1998.
Arkitek bagi bangunan ini adalah Muharrem Hilmi Senalp. Kira-kira 70 tukang
Turkish terlibat.
|
Seni Bina Uthmaniyah |
Hiasannya berdasarkan seni bina Uthmaniyyah.
Sejumlah besar marmar pula diimport dari Turki. Pembinaan masjid akhirnya
selesaikan pada tahun 2000 dengan kos kira-kira 1.5 bilion yen. Masjid 734
meter persegi ini mempunyai satu tingkat bawah tanah dan tiga tingkat di atas
tanah. Keluasan lantainya 1,477 meter persegi. Kubah utamanya 23.25 meter dan
disokong oleh enam tiang. Manakala menara bersebelahan adalah 41.48 meter.
Menurut tradisi Islam, terdapat 99 nama untuk
Tuhan. Termasuk "Al-Muhyi" (Pemberi Kehidupan), "Al-Khaliq"
(Pencipta), dan "Ar-Rahman" (The Most Compassionate). Nama-nama suci
ini ditulis dalam kaligrafi Arab yang tertera di dinding masjid.
Post a Comment