Qalam Perjalanan

HARI PERTAMA 21 DISEMBER 2017 (2)
UITM Puncak Alam - Musolla Al-Musaffirin
- Hotel LeoPacific


Hotel LeoPacific

3.09 petang, melalui Kg Bukit Dukung. 3.11 petang, touch ‘n go di Tol Batu 11, Ceras. Seterusnya laluan KL - Ceras, bersebelahan dengan laluan MRT. 3.22 petang, masuk lingkaran bulatan. 3.24 petang, melepasi Tol Pantai Dalam B.


Aqeef "Hesem"

3.34 petang, simpang kiri. Lalu masuk Lebuhraya Guthrie. Kamudian masuk simpang kanan ke Sg. Buluh. 3.48 petang, masuk susur kiri ke Puncak Alam. 3.51 petang, masuk Persiaran Mukhtar Dahari. Kemudian melintasi label Cahaya SPK, sebahagian daripada properties showcase.

3.55 petang, melintasi Universiti Teknologi Mara, kampus Puncak Perdana. 4.00 petang, melalui Seksen U16. Masuk  simpang kiri Bukit Cerakah. 4.07 petang, masuk simpang ke UITM. Seterusnya melepasi pondok pengawal. Kemudian masuk bulatan keris.


Aqeef "Hesem" 

FSK2,3,4 PAlam

4.12 petang, sampai di bangunan FSK2,3,4. Tempat Acik mendamba pengajiannya untuk PHD, 4.18 petang, bertolak. Melepasi  pondok kawalan. 4.35 petang, masuk simpang kanan, ke Lebuhraya Guthrie. Seterusnya masuk Jalan Persiaran Puncak Alam.


Musolla Al-Musaffirin

4.29 petang, masuk simpang kiri. 4.32 petang, isi minyak caltex  techron. Di bandar Coalfields. 4.47 petang, solat jamak takdim di musolla Al-Musaffirin, berjarak beberapa langkah dengan KFC. 4.58 petang, sempat makan kentang putar KFC dalam kereta. Ayra kelihataan begitu berselera. Terpaksa tambah lagi.


Umi Ayu

Dalam Perjalanan

5.06 petang, bertolak. Masuk laluan 54 Ijuk Kuala Selangor. 5.16 petang, melintsi kawasan rehat Kundang.  Touch ‘n go di Tol Kuang Timur. Seterusnya masuk simpang 2560B exit Sg. Buluh. 5.19 petang, melepasi  Tol Rawang Selatan. Kemudiannya melintasi label Gamuda Garden.


Mendung Berarak

Hujan Turun

Cuaca petang ini mendung. Menjadikan suasana agak gelap. 5.28 petang, kereta-kereta dari arah bertentangan mula memasang lampu. Agak menyulitkan lagi, apabila hujan mula turun. Menjadikan perjalanan kurang lancar. 5.34 petang, melepasi Tol Jalan  Duta.  5.37 petang, jalan mula  sesak. Ketika ini hujan masih lagi turun.

5.39 petang, masuk simpang kiri Taman Duta. Cuba masuk jalan lain, yang agak kecil dan berliku-liku. Malangnya jalan ini pun sesak juga. 5.45 petang, melintasi Humid Tropic Centre, di Jalan Ledang. Yang terbentuk daripada perjanjian antara UNESCO dan Kerajaan Malaysia. Kerjasama dalam pengurusan air.


Lobi LeoPacific

5.53 petang, tersangkut dalam kesesakan. 5.56 petang, mendapat info dari electronic board tentang kesesakan trafik.  6.03 petang, masih tak bergerak. 6.10 petang, mula bergerak perlahan-lahan. Namun berhenti semula. Kemudian bergerak lagi. Benar-benar membosankan.


Aqeef & Ayra

Pautan Nenek 

Masih Menunggu

ARAM's Family

Laman LeoPacific

6.18 petang, akhirnya sampai di hotel LeoPacific City Centre (formerly known as Quality hotel) di Jalan Raja Laut. Yang mana Terletak di kawasan Segitiga Emas KL iaitu pusat komersil ibu kota. Hanya 5 minit perjalanan ke Sogo, di Jalan Tuanku Abdul Rahman. Setiap hari Sabtu jalan TAR akan ditutup untuk pasar malam.


"Anak Duyung"

Terapung-Apung

Karenah "Duyung"

6.28 petang, naik lif. Terus masuk Bilik 813. 6.46 petang, turun tingkat 3, ke kolam renang. Aqeef, Ayra dan Ayla begitu teruja. Tak sabar-sabar untuk memenuhi keinginan. Sampai di kolam terus terjun. Aqeef yang paling seronok.  Ketiga-tiga “anak duyung” terapung-apung dengan pelampung. Menikmati keseronokan di ambang senja.


Wajah Ceria

Pool Of Excitement

Loving Family

Sharing The Moment

7.03 malam, atuk terpaksa naik. Hanya tinggal Ibu melayani kerena “anak-anak duyung”. 7.26 malam, barulah ketiga-tiga “anak duyung” naik. Masing-masing menggigil kerana kesejukan. Bibir Aqeef sampai hitam dek kesejukan. Namun wajah masih kelihatan tidak puas.

RSMY Best Cheese Naan

Medan Mara

Selepas berehat, 7.56 malam, turun semula. Dari lobi hotel, menyeberangi  Jalan Raja Laut, mengikut lintasan zebra. Terus masuk bangunan Medan Mara. 8.27 malam, melalui podium runcit. Kemudian keluar melalui hotel Premiers. Terus melintasi Jalan Tuanku Abdul Rahman. 8.20 malam, sampai di  restoran RSMY Best Cheese Naan, di Lot 11&13, Jalan Medan Tuanku.



Taste of Differences

Memenuhi Selera

Roti Naan

Roti Pipih Beragi

Order nasi briani dan roti naan. Agak berselera Ayra makan. Malah ada kelainan rasa, mungkin differences make it special. 8.57 malam, baru selesai dinner. 9.03 malam, masuk medan Food Fest. Agak ramai juga pelanggan. 9.06 malam, sempat membeli gelang untuk Ayla dan Ayra.


Pasaraya Parkson

Medan Food Fest

Cendera Mata Cucu

Keramaian Festa

9.18 malam, masuk Parkson, tetapi hampir tutup. Seterusnya masuk bangunan Medan Mara melalui hotel Premiers. Melintasi zebra crossing. 9.23 malam,  sampai hotel LeoPacific. Terus naik lif ke tingkat lapan. Kemudian masuk bilik 813. Keletihan bagaikan memaksa untuk tidur lebih awal.


Peace Of Victory

The Last Thirst

Sempat Bermain

Terlajak Aktif

Namun ketiga-tiga "duyung" sempat lagi bermain dalam bilik. Terlajak Aktif. Kadang-kadang keseronokan menghilangkan rasa letih dan  mengantuk. Demikian, tabiat bermain tidak memilih masa dan tidak memilih tempat. Inilah fitrah semula jadi kanak-kanak.

Post a Comment

Powered by Blogger.