11.27 pagi, isi minyak shell. 11.39 pagi, parking di Aeon Mall. Masuk ke dalam untuk window shopping. Gerai-gerai makanan sedang menunggu pelanggan, cool Station,
Kelantan Delight,
D’R BCC, Cornet
dan berbagai lagi nama gerai. 11.53 pagi, akhirnya singgah di gerai Tempura,
makanan tradisi Jepun. Order lekiage shrimp dan currypuff sardine.
12.16 tengah hari, naik tingkat 3, seksyen pakaian JKiDs, Baby Kiko, O’Kayce, Cheetah
Junior dan Kiki lala untuk ole-ole 3
orang cucu. Terdapat meja soal selidik pelanggan tetapi ditinggalkan
kosong. Kemudian rehat sebentar di sofa
yang disediakan. 1.27 petang, masuk 6D interactive
cinema untuk menonton Adventure Roller Coaster.
1.38 petang, masuk Butik Hanzo. 146
petang, masuk Takoyaki dan kemudianya Voir Gallery.
1.50 petang, beli roti di La Boheme; spicy
chicken dan cheese seaweed Danish. Tak lupa juga beli pisang di pasar raya. 2.04 petang,
keluar dari Aeon ke parking lot dan kemudiannya beredar dari pasar raya Aeon.
2.10 petang, masuk simpang ke Salor.
2.17 petang, melintasi Wisma Perkeso dan
masjid Sultan Ismail Petra. 2.49 petang,
bangunan Bandar Setelit Islam. 2.46
petang, SK
Padang Mokan. 2.52 petang, Kg. Bukit Gunung. 3.06 petang, melintasi
SK Kubang Telaga, melalui jalan kampung. 3.09 petang. SK
Jelor. 3.13 petang, melalui Kg. Bukit
Gedombak.
3.21 petang, melintasi SK Seri Aman,
melalui Kg. Gaal dan melintasi SM Agama Nurul Iffida. 3.29 petang, melintasi papan tanda “selamat
datang Terengganu”. 3.30 petang, melintasi
masjid Kg. Kaklok. 3.34 petang, singgah di
masjid Ulul Albab di Seberang Jerteh, yang terkenal dengan nama masjid kayu
. 3.42 petang, solat jamak zohor.
Ulul Albab
adalah masjid kayu cengal. Senibina masjid ini menjurus
kepada senibina Melayu bercirikan Islam. Tiang
dan lantai masjid tiga tingkat ini mengunakan simen yang bersalut kayu. Masjid
ini mengambil contoh senibina masjid Kg. Laut, Tumpat
iaitu masjid tertua di Malaysia yang dikatakan berusia lebih 250 tahun. Masjid
Ulul Albab boleh menampung 1500 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini hasil rekaan Wan Musatafa Wan
Su dari syarikat Khazanah Seni Warisan.
Anak jati Besut yang tersohor sebagai pengukir. Masjid yang bermotifkan songket Terengganu, dilengkapi dengan dewan solat,
pusat sumber dan kolah besar. Lanskapnya pula menjadi kawasan rekreasi kepada pengunjung
yang mengerjakan ibadat di situ.
Kos pembinaan sebanyak RM12.3 juta
di atas tapak seluas 0.2 hektar bagi
menggantikan masjid lama yang uzur. Mengambil masa selama dua tahun untuk
disiapkan. Segala urusan pentadbiran masjid adalah mengikut Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam Terengganu 2001,
begitu juga dengan pelantikan imam, bilal serta jawatankuasa masjid.
Lanskap Menjadi Kawasan Rekreasi |
Masjid ini telah dirasmikan oleh Sultan
Terengganu Sultan Mizan Zainal pada hari Jumaat, 24 Februari 2012. Turut
hadir ialah Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said, Setiausaha Kerajaan Negeri,
Datuk Mazlan Ngah, pembesar serta kenamaan
negeri.
Mungkin Masjid Ulul Albab sebagai replika Masjid Kampung laut. Masjid lama yang menyimpan sejarannya lebih 300 tahun. Juga turut dikaitkan dengan kedatangan Islam di Kepulauan
Nusantara pada abad ke-17 Masihi. Masjid Kampung Laut diiktiraf sebagai masjid
tertua di negara ini.
Masjid Paling "Bersejarah" |
Selain itu, masjid ini turut disenaraikan
antara masjid paling "bersejarah" di Asia Tenggara. Malah seusia dengan Masjid Nat Tanjung dan Wadi
Hussin di Thailand, Masjid Agung Demak di Jawa,
Indonesia dan Masjid
Kono di Champa, Kemboja.
Hari Bersilih Ganti Mencipta Sejarah |
Asalnya sebuah struktur asas
dengan hanya empat tiang yang menyangga bumbung tiga tingkat yang diperbuat daripada daun rumbia. Keluasannya hanya 400 kaki persegi. Pada akhir abad
ke-19, masjid ini diperbesarkan untuk merangkumi bilik sembahyang tambahan,
peran, serambi dan menara. 20 batang tiang dibina untuk menyangga binaan
tambahan ini.
Binaan tambahan ini menggunakan
teknik “Tebuk Pasak” yang amat unik. Ia dibina
daripada kayu tetapi tidak menggunakan walaupun sepucuk paku. Atap daun
rumbianya digantikan dengan atap genting. Malangnya, kedudukannya di tebing
sungai, sering dilanda oleh banjir kilat . Terutama banjir
tahun 1926 yang dikenali sebagai “Bah Air Merah”
yang melemahkan struktur asasnya.
Banjir besar tahun 1966 telah menghanyutkan sebahagian masjid. So Persatuan Sejarah
Malaysia mencadangkan pemindahan. Pada tahun
1968, masjid dipindahkan ke kawasan baru di Nilam Puri. Pada
tahun 1988, diperbaiki dengan kemudahan moden seperti elektrik,
air paip, tandas
dan kawasan rekreasi. Tiang-tiang dan dinding-dinding
dihiasi dengan ukiran kayu. Keluasannya pula menjadi 5,254 kaki persegi, 13 kali lebih
besar daripada asalnya.
Senja Mula Berlabuh |
Peta Kg. Jabi |
4.23 petang, senja mula berlabuh ketika meninggalkan masjid kayu. 4.26 petang, melintasi Masjid Hadari. 4.28 petang, SK Pusat. 4.32 petang, Kg Apal. Masuk Kg. Jabi, melintasi gerai Sate Ala Kajang dan Sate Soria. 4.39 petang, singgah di Restoran Sate Mastura. Secucuk sate berharga 70 sen dan RM1.00 untuk sepiring nasi kapit.
Keenakan sate Jabi menjadi tumpuan
penduduk dari negeri Terengganu. Lokasinya di Kg. Baket Jabi, di mana
terdapat tiga buah gerai yang menjual sate. Pengunjung boleh memilih gerai mana
yang dapat menuhi selera. Rasa dan keenakan setiap gerai itu berbeza. Kadang-kadang
layanan yang membuat rasanya berbeza
Secret Recipe Rahsia Sentuhan Warisan |
Setiap gerai mempunyai secret recipe
yang diwarisi dari keluarga. Sentuhan warisan ini kadang-kadang menjadi rahsia yang mengikat selera pelanggan. Apabila
dah “terkena selera” maka payahlah untuk
berpindah ke gerai lain. Sebenarnya pelanggan adalah food taster yang
menentukan keenakan sate di sesuatu gerai.
Keenakan dan layanan daripada gerai
akan menetukan ranking top 3. Malah informasi pelanggan akan
menjadi iklan purcuma, yang meniti dari bibir ke bibir. Populariti akan menarik lebih
daripada 200 pelanggan sehari. So lebih 5000 cucuk sate, dan 45 kilogram nasi kapit terpaksa disediakan.
5.11 petang, selepas mejamah sate, meneruskan
perjalanan. Beberapa gerai di sepanjang jalan menjual petai, cempedak dan durian.
5.11 petang, masuk Kg. Tok Dor dan seterusnya
melintasi SK Tok Dor dan masjid Tok Dor. 5.19 petang milestone menunjukkan 90 km lagi ke Kuala
Terengganu. Masuk Kg. Anak Ikan dan Kg Bintang.
5.26 petang, melalui jalan rosak yang masih dalam proses baik pulih.
Seterusnya melalui Kg. Guntung Luar ,
ladang sawit dan melintasi SK Guntung Luar.
5.32 petang, Sek Sains Setiu. 5.33 petang,
melalui pemeriksaan JPJ. 5.34 petang, Kg. Apek dan melintasi masjid Permaisuri. 5.41 petang, melintasi SK
Ketengah Jaya, hospital Setiu dan Universiti Kolej. 5.36 petang, papan kenyataan, “
Selamat Datang Bandar Permaisuri”. 5.53 petang,
masuk Kg. Sungai Lerek dan melintasi SK Chalok serta SK Biatu 29.
5.59 petang, melalui Kg. Sungai Tong
dan melintasi SMK Sungai Tong. Seterus melalui
ladang sawit. Jalan berliku-liku mengikuti kontor lereng bukit. 6.15 petang,
masuk Kg. Sungai Ikan yang agak terkenal dengan
kampung Inabah, tempat pemulihan. 6.18 petang, Kg. Gemuroh dan melintasi SK
Gemuruh serta masjid Gemuroh. Seterusnya
masuk Kg. Bukit Jong.
Warna Senja Menghiasi Langit |
6.23 petang, masuk jalan susur ke Kg. Jeram.
6.26 petang, melintasi SK Banggol Peradong dan kemudiannya SK Bukit Petiti. Seterusnya Kg.
Kesom. 6.35 petang, berhenti di pasar minggu Kg.
Kesom untuk membeli popiah. 6.43 petang, masuk Kg.
Pujuk , melintasi SMK Belara dan masuk Kg. Peradong. 6.46 petang, akhirnya Honda City i-Vtec
TBH669 masuk garaj di teratak Seri Teratai.
Demikian perjalanan, bermula dengan langkah kecil. Kadang-kadang
berhasil, dan kadang-kadang menjadi mustahil. Any way, life itself is a journey, an endless journey. Walau bagaimanapun sesuatu itu ada
penghujungnya. Tiap-tiap yang bermula akan berakhir juga. Tetapi biarlah
berakhir dengan husnul
khatimah.
Post a Comment