Qalam Perjalanan

HARI PERTAMA: 29 OGOS 2017 (2)
UITM PAlam - Setia City Mall
- Homst Chinese Muslim Cuisine - Hotel Empress


Terowong Genting Sempah

1.28  tengah  hari,  bertolak.  Masuk  sempadan  Negeri   Selangor.  Kemudian masuk Terowong  Genting  Sempah.  Lepas  terowong,  laluan  mula   berliku-liku. Berselang-seli  naik  dan  turun bukit. 1.32 tengah hari,  melintasi  Hentian Gombak. Kemudian touch & go di Tol Gombak.


Lebuh Raya Karak

1.37 tengah hari, masuk kawasan Gombak. Seterusnya mengikuti laluan ke Shah Alam. 1.40 tengah hari, melintasi Twintech International University College of Technology, di Bandar Damansara. 1.48 tengah hari, melintasi Seksyen U19.1.55 tengah hari, masjid Kg. Paya Jaras Sg. Buluh.


Pinggir Kota Raya

1.59 tengah hari, melalui Seksyen U18. Empat minit kemudian kelihatan papan tanda Amverton Hills. 2.08 petang, melintasi Saujana Utama dan Desa moccis. 2.10 petang,  Desa coalfields. Seterusnya masuk simpang kiri ke Jalan Bukit Cerakah.

2.19 petang, masuk simpang kiri ke UITM PAlam. Kemudian melintasi pondok kawalan. 2.21 petang, masuk bulatan dan mengikut lencongn ke Fakulti Alam Bina.  2.26 petang, sampai di Fakulti FSK234. Menunggu Acik. 2.33 petang, baru bertolak.  keluar dari Kampus UITM PAlam bersama Acik.

Masih lagi Jalan Bukit Cerakah. Kemudian  masuk Jalan Persiaran Puncak Alam 6. 2.44 petang, sampai di Puncak Alam. Seterusnya Sinar Alam. 2.48 petang,  masuk Alam Suria. Terus ke Jalan Alam Suria 14/16. 2.51 petang, sampai di No. 38, rumah penginapan Acik.


Naik Taraf Jalan

2.59 petang, bertolak. Melintasi pondok pengawal. 3.06 petang, melalui Puncak Bestari. Lima minit kemudian, melintasi semula UITM PAlam. Seterusnya masuk Jalan Meru. 3.18 petang, terpaksa melalui road construction. Melompat-lompat dan bergoyang-goyang.


Lokasi Setia City Mall

3.32 petang, masuk Persiaran Setia Dagang. Lalu masuk premis Setia City Mall, di Jalan Setia Dagang. 3.35 petang, touch & go di pintu masuk basement. Terpaksa berpusing-pusing untuk mencari parkir. 3.41 petang, akhirnya parkir di  P1 21B lot 269.


Anika Pilihan

Seterusnya masuk pintu P1 LG. Kemudian naik eskalator ke UG . Melintasi kedai: Zara  Summit, Agift, Giordasno, Tomaz dan Parkson. 3.48 petang, masuk Padini Concept Store. Yang mempamerkan pakaian berjenama: Seed, PDI dan Vinci.

Memenuhi Selera

3.56 petang, berehat  sebentar di ruang santai Setia City Mall. Tertarik dengan lukisan, "we paint with one heart". Mungkin ada unsur-unsur "perpaduan". 4.04 petang, masuk Trio. Kemudain masuk H&M. 4.15 petang, masuk kedai Parkson, yang menyambut jualan 30th anniversary pada1-31 Ogos 2017.


Rambang Mata

Mempamerkan pilihan pakaian yang berjenama: Mave, Arrow, Nicole, Nr:ss dan Ethnic Sense.  Lepas itu naik eskalator  ke L2. Terdiri daripada  barangan Eletrik Panasonic dan  beg berjenama Targus. Di samping aksesori lelaki: pierra Cardin, louis Feraud, Alain Delon dan Levis.


Pilihan Berjenama

Termasuk juga beberapa  pakaian berjenama Sembonia, Valentino Rudy, Bonia. Renoma, John Master, Charles Jourdon dan Camel Playboy. 4.38 petang,  turun semula ke UG. Masuk kedai Agassy skdidory untuk wanita. 4.48 petang, masuk Lovisa. Seminit lepas itu masuk pula Uni Qlo dengan one piece dan Lego.

Tawaran Menggoda

Kemudian turun lagi ke LG. 4.57 petang, masuk Watsons. Menjual kosmetik, vitamin dan suplemen, farmasi dan rawatan kulit. 5.04 petang, tersangkut pula di kios di ruang tengah. Nenek membantu Ayahsu untuk memilih dompet. Malangnya tiada yang berkenan.


Perangkap Jenama

5.08 petang, masuk Daiso Japan. Kemudian masuk farmasi. Hanya sebentar. 5.37 petang, di Urbanfresh. 5.45 petang, beli cake  pretzel caramel almond di Auntie Anne's. Empat minit kemudian masuk Edibee.   Acik membeli seaweed. 6.52 petang naik semula ke UG. Seterusnya ke surau untuk jamak takhir.

6.26 petang, naik semula ke L1. 6.28 petang, masuk Universal Traveller. 6.35 petang, berehat sebentar di depan kedai Honor Huawei. Terlalu letih, tetapi Nenek, Acik dan Ayahsu bagaikan memiliki super power. Atuk sebaliknya terpaksa beberapa kali rehat dan beberapa kali tarik nafas.

6.40 petang, turun semula ke UG. Kemudian turun lagi ke LG. 6.42 petang, masuk pula Bluecube Celcom. Hanya window shopping. 6.45  petang keluar pintu P1.  6.46 petang, baru bertolak keluar dari premis Setia City Mall. Lebih 3 jam berada di mall.  Shopping sakan kali ini.

6.54 petang, masuk Sunsuria City. Kemudian Setia City Park.  6.55 petang, touch & go di Tol Setia Alam. 6.59 petang, Tol Bukit Raja. Tidak sedar cuaca semakin berubah. Hanya sisa-sisa senja yang masih lagi berpaut di kaki awan. Diiringi suara alam, bagaikan pesta menyambut datangnya malam.


Malam Melabuhkan tirai

7.05 malam, lampu jalan mula dinyalakan. Terasa keheningan. Deretan bangunan kelihatan berdiri kaku. Bagaikan kesepian mula menyelubungi. Rimbunan hijau pula beransur-ansur menjadi siluet. Lalu malam pun melabuhkan tirainya.

Homst Chinese Muslim Cuisine

7.12 malam, melalui Seksyen 14. 7.22 malam,  di restoran Homst Chinese Muslim Cuisine. Jalan Boling Padang Seksyen 13, Shah Alam. Bersebelahan Aeon Mall. Baba dah menunggu di depan restoran. Lepas parkir, terus masuk ke dalam restoran. Disambut oleh pekerja restoran dengan ramah. Terasa bagaikan guest of honour.

Menunggu Sajian

Deep Fried Soft Shell Crab

Ibu dan Nenek membelek-belek minu. Akhirnya  memesan deep fried soft shell crab. Ketam lembut popular di restoran ini kata Baba. 7.35 malam, sementara menunggu, Acik dan Ayahsu pergi solat. 7.43 malam, terus mejamu selera 8.18 malam, baru selesai. Kekenyangan yang luar biasa.


Pertarungan Akhir

Malam ini hujan turun renyai-renyai. Dengan berpandukan waze, terus mencari Hotel Empress.   Malam agak sibuk dengan kereta. Lampu kereta bersimpang siur memenuhi jalan. Diserikan lagi  dengan deretan lampu jalan. Malam ini menjadi puncak debaran. Perlawanan bola sepak antara Harimau Malaya dengan Gajah Thai.

9.04 malam, touch & go di Tol KLIA. Hujan masih  lagi turun renya-renyai. Membatasi sedikit pandangan. Namun terasa agak jauh perjalanan.  Masuk beberapa simpang. Melintasi papan tanda Gamuda IBS.  9.15 malam, melalui E2 Kota Warisan. Lalu menyusuri jalan Bandar Baru Salak Tinggi.



Hotel Empress

9.22 malam, akhirnya sampai di Hotel Empress. Jalan ST IC/7 Medan 88, Bandar Salak Tinggi, Sepang. 9.35 malam, selepas Acik dan Ibu check-in, terus naik lif PMA78488 ke tingkat 5.  Kemudian masuk  bilik 503. Manakala Ibu masuk bilik 502. Terasa lega. Tiba-tiba Atuk terasa mengantuk apabila terlihat tilam empuk.

Post a Comment

Powered by Blogger.