JUMAAT 20 JULAI 2018 (1)
Hotel Ev World - Mahabah Café - Stesen ERL Cyberjaya
& Putrajaya - Stesen KLIA 2 - KLIA 2 - Air Asia AK
5104 - Airport Kota Kinabalu - Gunung Kinabalu
5.48
pagi, terbangun. Bilik 106 agak sejuk. Lebih-lebih
lagi aircond Acson on sepanjang malam. 6.01 pagi, solat subuh. Lalu memanjatkan
doa semoga sentiasa dalam perlindungan-Nya. Amin. Sesungguhnya inilah ironic expectation. Tidak dapat
menjangka apa yang akan berlaku sepanjang perjalanan.
|
Hotel Ev World |
|
Adieu Ev World |
Bilik
masih lagi sejuk. Jadi terpaksa mandi air panas dari pam Beebest 119E. 7.44 pagi,
bersiap-siap. Kemudian berkemas-kemas. Yang terakhir sekali, merujuk item
checklist. Agar tidak ada yang tertinggal. Maklumlah, hanya photographic
memory boleh mengingati down to the last detail.
|
Sarapan Pagi |
|
Local Taste |
|
Mahabah Cafe |
7.56
pagi, keluar dari bilik 106. Kemudian exit ikut tangga. Bypass
lobi hotel. Pagi ini check out hotel. 8.15 pagi, bertolak. Adieu hotel Ev World. 8.21 pagi, parkir depan bangunan Tele
Flo. 8.24 pagi, masuk Mahabah Café, dengan marketing
boost: “Best Universal Local Taste”.
Duduk di
meja 01. Lalu pekena nasi lemak. Bersama dengan Faiz. Acik
nasi berlauk, manakal Umi patuh dengan dietnya. 8.39 pagi, selesai dengan gurindam "gendang gendut tali kecapi". Kemudian
bertolak. 8.46 pagi, melintasi billboard@Cyberjaya Sepang.
Seterusnya masuk Putrajaya.
|
Sedamai Jiwa |
Pagi ini
cuaca begitu harmoni, tenang dan damai. A sense of serenity. 8.51 pagi, exit 613B, lalu masuk
bulatan Setia Ecoglades. Kemudian masuk laluan Kajang - Dengkel. Seterusnya Pucung
- Shah Alam. 8.56 pagi, masuk pula simpang kiri. Terus ke Putrajaya Central. Hab bas dan stesen kereta api Express Rail Link di Presint 7. 8.58 pagi, sampai di destinasi. Lalu masuk parkir berbumbung aras B.
Terpaksa
berpusing-pusing mencari parkir. 9.02 pagi, naik aras F3. 9.05 pagi, akhirnya
parkir di lot N3 C. 9.14 pagi, mengikut laluan penjalan kaki dan bagasi.
Seterusnya melalui deretan kedai makan: Flubber Fresh, Hot dan Roll, Nasi Lemak
Kopi O, City Convenience Store, Luscious Store dan Dunkin’ Fonuts.
|
Smile Of Joy |
|
Kaunter Tiket |
|
Stesen Cyberjaya |
9.16
pagi, membeli tiket sehala. 9.24 pagi, turun lif ke aras G. Kemudian menunggu
di platform 3, stesen ERL Cyberjaya & Putrajaya. Saat-saat ketibaan tren transit KLIA turut dipaparkan di electronic board. Bagaimanapun pagi ini agak kurang
penumpang. So feeling comfortable and relaxed. 9.39 pagi, tren laju pula
melintas. Menderu tempias angin bagaikan ribut kecil.
|
Transit KLIA |
|
Platform 3 |
|
Stesen ERL Cyberjaya |
Mentari
masih memancar. Melakar bayang-bayang di lantai. Terasa sedikit bahang
kepanasannya. Eletronic board pula sentiasaan memberi amaran. Penumpang-penumpang
diarah menunggu di belakang garisan kuning. 9.50 pagi, tren laju melintas
lagi. Sekali lagi rebut kecil menderu.
|
Lintasan Tren |
|
Pengembara |
|
Balai Ketibaan |
|
Menongkah Udara |
9.51 pagi,
baru tren transit KLIA sampai. Dua minit kemudian bertolak dari stesen Putrajaya dan Cyberjaya.
9.54 pagi, stesen Salak Tinggi. Kemudian stesen
KLIA. 11.07 pagi, akhirnya tiba di Stesen KLIA 2. Lalu keluar
ke platform B. Terus naik lif ke aras 2. Selepas
dua kali naik eskalator baru sampai ke aras 3, Balai Perlepasan.
|
Peta KLIA2 |
|
Laluan Perlepasan |
|
Balai Perlepasan |
10.21
pagi, Acik ke kios self check untuk
dapatkan boarding pas. Ketika ini pelanggan agak ramai. Ada yang tolak
troli. Ada yang tarik beg. Pelbagai ragam. Masing-masing mencari laluan
destinasi. 10.29 pagi, turun eskalator. Kemudian naik eskalator lagi di buggy
point. 10.32 pagi, naik pula travelator.
Turun dan naik eskalator, kamudian travelator menjadi fenomena biasa. 10.33 pagi, melalui kedai Baker & Cottage dan Little Café.
10.36 pagi, sekali lagi turun naik eskalator dan travelator. 10.40
pagi, baru masuk balai berlepas. Kemudian menunggu, anxiety of nothingness.
10.49
pagi, berbaris masuk aerobridge hingga ke pintu pesawat Air Asia AK 5104. Seterusnya masuk kabin. Ruang kabin
kelihatan padat dengan aislenya yang agak sempit. Terpaksa one by one
melalui lorong tengah untuk mencari tempat duduk. Famili Aram duduk di seat
D E F. Malangnya Faiz tak duduk bersama.
|
Dalam Pesawat |
|
Feeling Relaxed |
|
Seat DEF |
Pesawat
pagi ini dipandu oleh kapten Abu Bakar. 11.20 pagi, mula bergerak perlahan-lahan,
hinggalah ke landasan take off. 11.21 pagi, menderam. Agak bising. Kemudian, tiba-tiba
memecut dengan lajunya. Lalu terus naik. Makin laju makin menongkah udara.
Akhirnya meluncur ke lebuh raya angkasa yang lebih luas dan terbuka.
Pesawat
kemudian berpatah balik. Lalu merentasi Banjaran
Titiwangsa. 11.44 pagi, kelihatan pinggir pantai. Seterusnya merentasi
laut biru. Terasa pesawat bagaikan tidak bergerak. Hanya bunyi pesawat
menguasai pendengaran.
|
Pulau Terapung |
|
Ombak Awan |
12.26
tengah hari, kelihatan kelompok awan perang berbalam-balam di kejauhan. Bagaikan pulau terapung-apung. Lalu perlahan-lahan melintasi pesawat. Menakjubkan, unique phemomenon. Jauh di kaki langit kelihatan divine horizon, garis biru
memanjang. Tompok-tompokan awan kecil pula bagaikan ombak-ombak
melintasi laluan pesawat.
|
Dari Jendela |
12.53
tengah hari, sekali lagi menyaksikan phenomena daratan terapung-apung di langit
melalui tingkap pesawat. Suasana dalam pesawat masih lagi tenang. Beberapa
penumpang sudah pun hanyut dalam alam maya. 1.12 tengah hari, sedikit bergegar.
Namun kembali tenang.
|
Touchdown |
|
Lapangan Tebang |
|
Kota Kinabalu |
1.32
tengah hari, sayup-sayup kelihatan pulau. Kemudian kelihatan daratan
berbalam-balam. Tompok-tompokan awan bagaikan melindungi daratan. Makin lama
makin jelas “Negeri Di bawah Bayu”. 1.42 tengah
hari, pesawat membuat touch down. Lalu memecut sepanjang landasan.
Akhirnya selamat mendarat di airport Kota Kinabalu.
1.46
tengah hari, pesawat berhenti.
Penumpang-penumpang bingkas bangun. 1.55 tengah hari, keluar dari pintu
pesawat. Terus menyusuri aerobridge. 2.02 petang, pemeriksaan pasport. Lalu masing-masing diberi pas lawatan selama 90 hari.
Post a Comment