HARI
KEEMPAT, 9 JULAI 2017 (I)
HOLIDAY
VILLA - ORIENTAL VILLAGE
5.24 pagi, terbangun. Lalu mengingati
beberapa surah. Termasuk surah Al Bayyinah,
ayat 7:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh, mereka itu
adalah sebaik-baik makhluk.
|
Lepas solat
subuh, memanjatkan doa untuk kesejahteraan dan keselamatan. 8.06 pagi, Ayla, Ayra dan Aqeef tak bangun lagi. Mungkin masih keletihan kerana galak bermain di kolam renang. Biarkan mereka tidur sepuas-puasnya. Kepuasan itu satu
keselesaan.
8.41 pagi, breakfast di
beranda bersama Ayahsu. Sambil makan sambil menikmati
kesegaran udara pagi. Bayu laut sekali-sekala terasa menyelinap dari
celah-celah bangunan dan rimbunan hijau. Kelihatan biasan cahaya matahari bagaikan berpaut di hujung dedaun
palma.
Lepas nasi lemak, perkena pula maggi
hot cup sup ayam “special”. Wow! Terangkat. Ayahsu pasti dengan tambahan favouritenya
cheezels cheexy BBQ. Sungguh nikmat. Sambil bersantai sambil menikmati panorama
pagi. Menikmati kesegaran udara laut.
9.29 pagi, cucu-cucu sudah siap. Kelihatan
aktif dan ceria. 9.55 pagi, bertolak. Masuk Jalan
Pantai Tengah. 10.01 pagi, melalui Jalan Bohor Tempoyak
dan Jalan Kuala Muda. 10.04 pagi, masuk Jalan Kuala Teriang. 10.15 pagi, masuk Jalan Pantai Kok yang agak berliku. Bagaikan melalui celah-celah rimbunan-rimbunan
hijau.
Kemudian masuk Jalan Telok Burau. Seterusnya Jalan Telaga Tujuh. Mendaki mengikut lereng-lereng bukit. Di kiri dan kanan jalan pula dipenuhi rimbunan-rimbunan hijau. Terpaksa memandu dengan kelajuan 40km/j. 1019 pagi,
jalan mula menurun. Masih berliku, kemudian
mendaki semula. 10.23 pagi,
melintasi LGK Geopark.
Peta Oriental Village |
10.28 pagi, sampai di destinasi seterusnya, Oriental Village. Terletak di Telok Burau, Padang Matsirat. Di Kaki gunung Machichang. Lepas parking, berjalan sambil melintasi beberapa kios. 10.32 pagi, masuk gerbang Oriental Village. Pintu masuk untuk percutian dan pengembaraan yang menyeronokan.
Panorama Oriental Village |
Malah seluruh kompleks kampung dibina untuk memenuhi gaya hidup ceria. Difantasikan dengan suasana yang menghiburkan. Panorama yang mengasyikkan, dengan tasik besar di tengah-tengah. Dikelilingi oleh bangunan yang bercirikan seni bina Cina dan Jepun. Di samping pelbagai aktiviti untuk diterokai. Juga pelbagai produk untuk memenuhi cita rasa.
Aqeef & Ayra |
Sambil Menikmati Keindahan |
Kemeriahan Oriental Village |
Terpesona dengan kemeriahan, dan teruja dengan keramaian. Lebih-lebih lagi Ayla, Ayra dan Aqeef. 10.38 pagi, melalui beberapa kedai souvenir dan pakaian. Kemudian melintasi kedai: Gear Gadjet, Accessories, Toys, Hobby, Ragle Shoppe, TashiDhak AshiDhaka, AuDeSento Trading, Oriental Cafe, Subway dan Money Changer.
10.43 pagi, melangkah ke premis SkyCab. Kelihatan pengunjung berbaris panjang.
Menunggu giliran untuk membeli tiket cable car dan Sky bridge. Dikatakan pengunjung dapat menikmati
keindahan puncak Gunung Machinchang. Cable car
akan berhenti di dua stesyen, Middle Station
dan Top Station. Setiap stesen
mempunyai daya tarikan yang mempersonakan.
Meniti Angkasa Sky Bridge |
Di stesen terakhir perjalanan Kereta Kabel, adalah Sky
Bridge. Ketinggiannya 125 m. Merupakan laluan
terbaik untuk menikmati panorama seluruh Langkawi.
Jambatan pejalan kaki ini kelihatan melengkung sepanjang 410 kaki. Dikatakan juga platform tinjau tiga segi di penghujungnya
adalah lokasi yang mencemaskan. Akan tetapi lebih menakutkan lagi jika memandang
ke bawah jambatan yang lebarnya hanya 1.8 m.
The Magic Of The Eyes |
Rahsia Imej 3D |
Premis 3D Art |
Sebelah pintu masuk Skycab terdapat bangunan 6D Cinemotion. Menjanjikan pengalaman yang cukup menyeronokan. Dengan Kesan khas, system bunyi dan juga gerakan
yang menakjubkan. Berhampirannya terdapat
Skydom. Yang menawarkan imej 3D. Di mjana 12 projektor berfungsi serentak. Lalu menghasilkan 360º
unjuran imej 3D yang menakjubkan.
Cabaran F1 Simulator |
The Angel Of The Eyes |
Premis Muzium 3D Art |
The Love Of Muzium 3D |
Bunga-Bunga Teratai |
Panorama Sekitar Tasik |
10.51 pagi, meniti di atas jembatan merah. Panorama di persekitaran begitu segar dan indah. Tasik dihiasi dengan bunga-bunga teratai. Kelihatan beberapa ekor ikan berenang-renang di celah-celah akar teratai. Manakala bangunan pula dilatari bukit-bukau dengan puncak diliputi kabus.
Aktiviti Dalam Tasik |
Juga terdapat beberapa aktiviti di tasik. Antaranya berjalan di atas air dengan Orb Ball. Yang merupakan belon besar berbentuk silinder. Boleh memuatkan dua orang. Manakala water bike pula saperti mengayuh basikal untuk mengelilingi tasik.
Selain itu pengunjung boleh singgah
di kedai Chocohouz, café dan kedai
cokelat. Untuk menikmati cokelat:
Ferrero, kinder, knoppers, Bounty dan Toffiee. Juga kopi enak: Signature Mocha, Iced Latte dan Cappuccino.
11.22 pagi, singgah di Galeri Produk Langkawi. Yang mempamirkan berbagai produk tempatan.
Antaranya: ukiran kayu, barangan seramik,
kristal, ukiran pisau, keris dan lukisan.
Termasuk juga produk dari
tempurung kelapa dan buluh.
Sky Boutique pula menawarkan produk cenderahati. Terletak di Base Station dan di Top Station. Terpulanglah kepada pengunjung.
Pilihan adalah mengikut cita rasa. Kerana souvenir apabila lama disimpan akan
menjadi sentimental value.
Oriental village juga menyediakan SkyAdventure Park.
Menawarkan outdoor
activity. Permainan yang sangat
menarik dan mencabar, melalui kenderaan dan trek. Antaranya: Revo Adventure,
ATV Fun Ride, Rangcar, Cosmos
EcoRide dan Velocifero.
11.46 pagi, akhirnya keluar daripada pintu gerbang. Kemudian
singgah di Kios KS04. Membeli makanan ringan untuk 3 orang cucu. 11.55 pagi,
bertolak. Meninggalkan Oriental Village. Ayla, Ayra dan Aqeef kelihatan ceria. Puas hati dengan pengalaman
baru.
12.19 tengah hari, melalui semula jalan
hutan kecil sepanjang pantai.
Matahari bersinar. Pantai kelihatan indah dalam sinaran.
Rimbunan hijau di sepanjang jalan kelihatan segar. Indah dilatari bukit-bukau di kejauhan. 12.25 tengah hari, berhenti
di gerai goring pisang di Kg. Bohor Merah.
Post a Comment