HARI KETUJUH: 12
JULAI 2017
Desa Sri Jenaris
– Teratak Sri Teratai
10.54 pagi, bertolak.
Meninggalkan Taman Risidensi Warnasari. Adieou
apartmen 03-02. Sempat melambaikan tangan
kepada pengawal di pondok kawalan. Destinasi pagi ini ke Kajang sebelum pulang ke Terengganu.
11.22 pagi, masuk sempadan Negeri Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur.
Peta Laluan Ke Kajang |
Peta Desi Sri Jenaris |
Di kejauhan kelihatan
bangunan-bangunan melatari kaki langit. Indah dalam kesamaran. Tinggi, bagaikan
saling bersaing mencapai awan. 11.48 pagi, melalui Persiaran
Saujana Impian. 12.01 tengah hari, masuk susur keluar ke Jalan Jenaris. Seterusnya melintasi surau
Sri Jenaris.
Di Belakang Rumah |
Kenangan Di Sri Jenaris |
12.05 tengah hari, sampai di
rumah Neksu. Selepas memberi salam, terus masuk
ke dalam rumah. Kesempatan berbual-bual dengan Neksu
dan Toksu. Kemudian ke belakang rumah. Kebetulan
jumpa Tok Alang dan Nek
Alang sedang menanam pokok bunga.
Arca Di Lebuh Raya |
Sekali-sekala berjumpa
terasa kemesraan. Disulami dengan kenangan di desa Sungai
Choh. Kadang-kadang nostalgia 50an
benar-benar mengusik jiwa. 1.10 tengah hari, sempat makan tengah hari di
teratak Sri Jenaris. Lebih kurang 2 jam meluangkan
masa untuk menjalin semula kemesraan.
Bersaing Mencari Haluan |
1.54 petang, terpaksa
bertolak. Meninggalkan Taman Sri Jenaris. 2.11 petang, bersebelahan dengan
laluan komuter. 2.16 petang, laluan di bawah jalan jejambat. 2.24 petang,
melintasi Exit 911 Salak Selatan. Rimbunan
hijau di sepanjang jalan semakin berkurangan. Bagaikan terselit kehijauan di
celah-celah bangunan.
Menyusuri Bawah Jejambat |
Mengikut laluan Kuantan MRR2. 2.26 petang, melalui Plaza Tol Loke Yew. Seterusnya melalui bawah jalan jejambat.
2.49 petang, menikmati panorama yang begitu indah di hujang perjalanan.
Bukit-bukau dengan ton warna, bagaikan melatari kaki langit.
Terowong Genting Sempah |
2.02 petang, Tol Gombak. Kemudian melintasi Exit 802 Persimpangan Genting Sepah. 2.12 petang, masuk terowong Genting Sepah. Terowong berkembar pertama. Menghubungkan
Hulu Gombak dengan Genting
Sepah.
Tol Bentong Dan Tol Karak |
2.20 petang, melintasi Kg. Bukit Tinggi. 3.26 petang, singgah di stesen
petronas km 54. Minum petang di restoran petronas. Sempat solat jamak takdim. 3.50
petang, melalui Plaza Tol Bentong. 4.02 petang,
Plaza Tol Karak. Dari sini bermulanya Lebuh Raya Pantai Timur LPT E8/AH141 yang berharga
RM1.2billion.
Merentasi Banjaran Bukit |
Berliku-Liku Di Lereng Bukit |
Sebahagian besar Lebuh Raya Pantai
Timur merentasi banjaran bukit. Yang menawarkan panorama alam yang begitu indah.
Rimbunan hijau menghiasi sepanjang lebuh raya. Kadang-kadang laluan terpaksa
mendaki bukit dan menuruni lembah-lembah. 5.04 petang, melintasi R&R Temerloh. Perjalanan diteruskan.
Tak sedar masa berlalu
begitu pantas. 5.50 petang, matahari semakin pudar dalam warna-warni senja.
Kadang-kadang hilang di balik awam. Pohon-pohon
di sepanjang jalan bagaikan tidak bermaya. Sepi dan kaku.
Mengakhiri Sisa-Sisa Senja |
6.04 petang, melalui kawasan
perlombongan bauksit. 6.11 petang, masih 182 km lagi ke Kuala Terengganu. Dari jendela matahari kelihatan semakin lesu.
Sekali-sekala mengintai di balik awan senja. 6.26 petang, warna senja semakin
kabur. Bukit-bukau perlahan-lahan berubah warna. Menghampiri bayangan siluet.
Malam Beransur-Ansur Berlabuh |
6.41 petang, melintasi Exit 847 Kertih. 7.06 malam, gumpalan awan gelap
bagaikan terapung-apung. Melindungi cahaya matahari. Kemudian beransur-ansur
hilang dalam sisa-sisa senja. Akhirnya rimbunan hijau menjadi siluet. Yang
melatari kaki langit. Hanya sedikit sisa-sisa cahaya. Sayup-sayup di kaki
langit.
Puncak bukit mula diliputi kabus.
Terapung-apung, bagaikan keluar dari celah-celah rimbunan siluet. 6.49 petang,
hujan mula turun. Rintik-rintik. Titik-titik hujan memenuhi cermin depan
kereta. Kemudian menjalar ke bahagian tepi dan ke tas cermin.
Air mula bergenang di lebuh raya.
Sekali-sekala kilat memancar. 6.56 petang, hujan mula turun. Lampu kereta
dinyalakan. 7.03 malam melintasi Sg. Luit. Tiga
minit kemudian melintasi Exit 853 Bukit Besi.
7.12 malam, hutan simpan Jerangau menjadi semakin
gelap.
Lalu menghayati detik-detik perubahan di kaki
langit. Begitu indah dan penuh syahdu. Sedikit demi sedikit malam bagaikan
melabuhkan tirainya. Memburu sisa-sisa senja yang masih lagi berpaut di kaki
langit. 7.25 malam, tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Membataskan pandangan.
Kenderaan terpaksa memasang lampu.
Ayahsu memandu
dengan berhati-hati. 7.24 malam, hujan berhenti selepas melintasi simpang ke Ajil. 7.26 malam, melintasi Sungai
Terengganu. 7.27 malam, melintasi kawasan rehat
Ajil. Hanya 18 km lagi ke Kuala Telemong.
Semakin mengakhiri perjalanan.
7.34 malam, sampai di Plaza Tol Telemong. Terus touch and go, dengan bayaran tol
RM42.10. 7.36 malam, masuk susur keluar ke Kuala
Telemong. 7.39 malam, masuk
simpang kiri ke Manir. Berhenti di PAKR Batu Hampar. Mengambil tempahan makanan di warung
Laksa Kedah.
7.43 malam, melalui Kg.
Kubang Palas. Lalu melepasi sempadan Daerah Hulu
Terengganu. Seterusnya melalui beberapa buah kampung
tradisi. 7.50 malam, akhirnya masuk perkarangan Sri
Terantai. Syukur, Alahamdulillah selamat sampai ke teratak Sri Teratak.
Post a Comment