Qalam Perjalanan

HARI PERTAMA (2) : 11 OGOS 2017
 Layaran Chalet - Bilik No. 12


Si Duyung Ayla

Puteri Duyung

Ayla dan Ayra sudah turun  ke kolam. Menampakkan wajah penuh keriangan. Lalu tercetus suara dan jeritan keseronokan. Saling bersahut dengan bunyi percikan air kolam. Kadang-kadang keseronokan itu menjadikan Ayla lebih lucu. 1.57 tengah hari, Ayla dan Ayra masuk Penginapan No. 12. 2.03 petang, bising pula dalam bilik mandi. Ayra dan Ayla saling bertelingkah. 

Wajah-Wajah Keriangan

Pesta Di Kolam Renang

Atuk Dan Nenek Di Anjung Tinjau

2.47 petang, naik semula ke anjung tinjau. AylaAyra dan Aqeef kelihatan begitu ceria. Lalu bermain-main di anjung. 3.14 petang, makan nasi ayam bersama Ayla. Begitu berselera dalam suasana yang nyaman. Sementelah dihidangkan dengan keindahan dan didendangkan pula dengan deburan ombak. Sayup-sayup bagaikan lagu ombak rindu.


Ayla Dan Ayra


Membina Istana Pasir

Temasya Main Pantai

5.28 petang, berjoging di pantai. Bagaimana pun cepat terasa letih. Panas matahari masih lagi berbahang, walaupun bayu laut berterusan memuput. Lalu berehat di pondok nelayan. Manakala Ayla dan Ayra asyik membuat istana pasir. Dibantu oleh Nenek

Menumpang Keriangan

Meraikan Keindahan

5.35 petang,  Aqeef turun ke pantai bersama Ibu dan BabaAqeef kelihatan teruja. Terus berlari untuk turut membina istana pasir. Suara-suara keseronokan bagaikan saling-bertingkah dengan deru ombak. Lalu turut meraikan keriangan. Bergulung-gulung menerjah pantai. Kemudian pecah berderai, turun ke laut. 


We had joy, we had fun,
we had seasons in the sun
But the hills that we climbed
were just seasons out of time

(Seasons In The Sun)

Senja Di Kaki Langit

Bermain Ombak

6.02 petang, di kejauhan  awan kelabu memenuhi puncak Pulau Perhentian. Sayup-sayup kelihatan berbalam-balam dalam kesamaran. 6.17 petang, Ayra dan Aqeef masih lagi seronok bermain ombak. Ombak putih bergulung-gulung, bagaikan mengejar-ngejar untuk memaut kaki. Kadang-kadang Ayra dan Aqeef berlari-lari naik ke pantai apabila dikejar ombak.


Nyanyian Ombak

Bisikan Bayu

Keseronokan Berpesta

Dalam Keasyikan

6.35 petang, naik tangga terus  ke kolam. Waktu ini kolam penuh dengan kanak-kanak dan ibu-ibu. Wajah keriangan dan jeritan keseronokan mengisi ruang kolam. Mereka hanya datang untuk mandi kolam.


Senja Kian Pudar

Hanya Sisa-Sisa Senja

6.43 petang, senja semakin pudar warnanya. Lampu di anjung sudah pun dinyalakan. Manakala aroma kambing bakar bagaikan menusuk-nusuk selera. Aqeef tak melepaskan peluang untuk menjamah hot dog. Dicecah pula dengan myonis kegemarannya. Ayla dan Ayra masih lagi terapung-apung dalam kolam. Asyik dengan keseronokan.

Dalam puputan bayu senja, terasa sekali nikmatnya kambing bakar. Sambil makan sambil menikmati keindahan senja. Yang masih lagi tersisa di hujung kaki langit. 7.24 malam, turun ke pantai untuk mendengar nyanyian ombak. Menikmati keindahan sisa-sisa senja yang perlahan-lahan hilang dalam kegelapan. Begitu syahdu. Di kejauhan kelihatan gumpalan awan gelap turun memenuhi kaki langit.

Malam Semakin Berlabuh

7.42 malam, dinner di anjung kolam. Bermenukan nasi goring dan meehon. Berlaukan kambing bakar. Terasa sekali nikmatnya. Sambil bersantai sambil menikmati udara malam. Dalam keheningan malam, sayup-sayup terdengar deruan ombak. Lalu mengembalikan nostalgia yang penuh kerinduan.


Ayra Ameera

7.57 malam, hujan mula turun. Renyai-renyai. Lalu membentuk riak-riak kecil di permukaan kolam. Kelihatan bercahaya. Membentuk corak-corak yang indah dan mempersonakan. 8.12 malam, riak-riak hujan semakin  memenuhi kolam. Saling tindih-menindih, menari-nari bagaikan mengikut riak air dan rentak cahaya.


Ayla Arissa

8.24 malam, masih dalam kolam. AylaAyra dan Aqeef tak puas-puas berendam. Hanya terapung-apung dengan pelampung. 8.38 malam, azan Isyak sayup-sayup dibawa angin malam. 8.48 malam, barulah ketiga-tiga “duyung” keluar daripada kolam. Aqeef kelihatan menggigil kesejukan.


Wajah Keriangan

Terapung-Apung

9.05 malam, solat jamak takhir. Ayla dan Ayra awal-awal lagi dah masuk tidur. Wajah mereka kelihatan dipaut keletihan. Namun Aqeef kelihatan masih aktif. 9.45 malam, bilik terpaksa digelapkan, manakala Aqeef terpaksa ditidurkan.


Berenang-Renang

Tak Puas-Puas

10.27 malam, suasana mula terasa sepi, dan sejuk. Aliran udara dari aircon sudah memenuhi setiap penjuru. Terasa semakin hening dan kaku. Akhirnya masing-masing hanyut di muara khayalan. Lalu terapung-apung  di lautan mimpi. Tanpa penghujung.


Post a Comment

Powered by Blogger.