HARI KETUJUH 13 DISEMBER 2016 (1)
Masjidil Haram - Masjid Hudaibiyah - Muzium Mekah
- Hotel Maqam
Miqat Hudaibiyah |
4.20 dinihari,
telefon berbunyi. Datang dari bilik 1102. Hanya untuk mempastikan everything
on schedule. 4.32 pagi, mandi sunat Ihram. Selepas
tu mengerat dan mencukur mana yang patut. 4.46 pagi, solat
sunat Ihram.
5.14
pagi, baru turun bersama Ayahde. 5.29 pagi, azan Subuh berkumandang dari Masjidil Haram. Saperti biasa merentasi dataran.
Kemudian naik eskalator King Fahd ke tingkat 1.
Masih bersesak-sesak. 5.46 pagi, solat
Subuh. Diikuti solat Jenazah.
6.09
pagi, bersesak-sesak pula di pintu 89. Terpaksa
celah-mencelah. Kadang-kadang just follow the flow. Kesesakan ini sudah
menjadi fenomena biasa. Begitu juga di dataran dan di sepanjang jalan ke Hotel Maqam. Demikian, kesesakan ini benar-benar menguji
kesabaran.
Surah Al-Baqarah: Ayat 177
“Dan,
orang-orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan,
mereka itulah orang-orang yang benar (imannya), dan mereka itulah orang-orang
yang bertaqwa.”
|
Surah Ali ‘Imran: Ayat b200
“Hai
orang-orang yang beriman, bersabarlah kalian dan kuatkanlah kesabaran kalian
dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negeri kalian) dan bertakwalah
kepada Allah supaya kalian beruntung.”
|
Breakfast Tingkat M |
6.10
pagi, breakfast di tingkat M. 6.50 pagi, naik lif ke tingkat 10. Masuk bilik 1006. Bersiap-siap, membawa pakaian Ihram sekali. 7.02
pagi, turun semula. Namun tak jumpa Adis family yang
lain. Agak cemas juga. Takut tertinggal. 7.18 pagi, tepaksa naik bas nombor 2.
Bas meneruskan perjalanan. Kali ini bersendirian, tanpa Adis family yang lain.
7.41
pagi, masuk terowong. Matahari mula memancar.
Menjanjikan pagi yang agak baik. Dari jauh kelihatan matahari bagaikan
terapung-apung di puncak bukit-bukau. Kelihatan juga beberapa bangunan di
celah-celah bukit batu. Bagaikan tersepit mencari ruang.
Perjalanan
agak perlahan. Berbagai kenderaan bagaikan bertali arus. Kali ini terasa sedih
kerana tidak bersama Adis family. Terasa benar bersendirian.
Kadang-kadang perasaan menjadi terharu, dan keliru. Anyway, perlu berfikiran
positif.
7.50
pagi, memasuki wilayah Al Khadijah. Kelihatan 2
atau 3 bangunan sedang dibina. Bukit-bukau di kejauhan kelihatan berbalam-balam
bagaikan diliputi kabus. 7.52 pagi, melintasi Mawasin
Tower. 7.59 pagi, matahari bagaikan bergerak-gerak. Berubah-ubah, ke
kiri dan kanan.
8.01
pagi, perjalanan kembali perlahan. Sesak dengan kereta dan bas. Perjalanan
kembali lancar apabila memasuki 4
lorong. 8.09 pagi, kelihatan rumah-rumah usang di dataran gersang. 8.11 pagi,
melalui dataran gersang yang luas. Sayup-sayup hingga ke kaki bukit.
Ladang Unta |
Ships Of Desert |
8.17
pagi, berhenti di ladang ternakan unta. Yang dulunya dikenali sebagai "ships
of the desert." Sempat beraksi untuk fotografi di depan unta. 8.29 pagi,
menyambung semula perjalanan. Petugas Rayhar, Uztaz
Syaharani menerangkan unta sebagai kesaksian atas kebesaran Allah SWT.
Surah Al Ghasyiyah: Ayat 17
Maka
apakah mereka tidak memperhatikan unta bagaimana ia dijadikan.
|
Masjid Hudaibiyah |
8.38
pagi, sampai di masjid Hudaibiyah. Lalu mengambil
wuduk. 8.42 pagi, terus berniat Umrah dan
solat. Bisasanya bersama Ayahde, tetapi kali ini
terpaksa bersendirian. Intai-intai juga, tetapi tak kelihatan seorang pun keluarga Adis. 8.46 pagi, merakam sudut fotografi di
depan masjid Hudaibiyah.
Dimamah Usia |
Di
sebelah masjid Hudaibiyah terletak masjid tua.
Berusia lebih dari 1400 tahun. Hanya tinggal puing-puing. Beberapa bagian dindingnya masih
tersisa. Malah semenjak masjid baru didirikan, masjid tua ini terus
terbiar. Kian dimamah usia. Terhakis tahun demi tahun. Tidak dipedulikan lagi.
Pintu Pagar |
Laluan Muzium |
Sejarah Ka'bah |
Hakikatnya,
dalam runtuhan masjid tua inilah tersimpan sejarah. Di mana termeterainya sumpah setia para sahabat Rasulullah SAW.
Disaksi oleh pohon “Baiturridwan”, yang menjadi
naungan. Malangnya pohon ini ditebang oleh khalifah
Umar bin Khathab. Akibat khurafat, menyalahgunakan pokok untuk mendapatkan berkah.
Kononnya pohon ini dapat memakbulkan doa.
Surah Al-Fath, Ayat 10.
Bahawasanya
orang-orang yang berjanji setia kepada kamu sesungguhnya mereka berjanji
setia kepada Allah. Tangan Allah di atas tangan mereka.
|
Pintu Ka'bah |
Mimbar Masjid |
Pintu Utama |
9.10 pagi,
selepas bermiqat, perjalanan diteruskan. Bagaimanapun bas tak boleh bergerak
kerana terhalang oleh bas yang lain. 9.28 pagi, baru bertolak. Perjalanan agak
lancar. 9.35 pagi, berhenti agak jauh dari Muzium Mekah. 9.44 pagi, melihat beberapa artifak dalam
muzium. Kemudian keluar untuk meninjau, kalau-kalau ada Adis family.
Panorama Perjalanan |
Dari Jendela Bas |
10.00
pagi, perjalanan diteruskan. 10.03 pagi, kelihatan jam besar daripada jauh.
10.14 pagi, melintasi gerbang replika Quran dan
Grand Coral Hotel. 10.20 pagi, melintasi Anjum Hotel. Perjalanan agak lancar hingga memasuki terowong Alsouq Alsagheed di bawah dataran Masjidil Haram.
10.23
pagi, berhenti di jalan King Abdul Aziz. 10.27
pagi, berehat di lobi hotel Maqam, menunggu Adis
family. Namun tak kunjung tiba. Lalu
turun ke dataran. 10.49 pagi, masuk pintu 89. Turun tangga King
Abdul Aziz. 11.08 pagi, niat Tawaf Umrah 7
keliling. Bermula di Rukun Hajarul Aswad.
Post a Comment