HARI KETIGA: 8 JULAI 2017
Siti Thaifood - Underwater World
- Laksa Ikan Sekoq
- Laksa Ikan Sekoq
4.28
dinihari, terbangun. Terasa sejuk. Di luar suasana agak suram dan sepi. Ketenangan ini memberi kesempatan untuk mengingati
beberapa surah. Termasuk surah Al-Infitar, ayat 5:
Maka
tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakan dan apa yang telah dilalaikannya.
|
Apabila
dah terbangun, susah nak tidur semula. Lepas solat Subuh, berbaring-baring.
Membiarkan masa berlalu. Dalam sedar tak sedar jam sudah 7.12 pagi. Terasa
begitu pantas masa bergerak. Mungkin bukan masa bergerak pantas, tetapi kerana berlengah-lengah.
Di luar terdengar
bunyi hujan. Bagaikan irama. Saling bertingkah dengan deruan ombak, tetapi begitu harmoni. Manakala angin dingin bagaikan
menyelinap masuk kamar. Terasa sejuk. Terpaksa mandi dengan pam air panas, jenama Adrica. Kemudian duduk bersantai di beranda.
Kelihatan
titik-titik hujan jatuh dari hujung daun-daun palma. Lalu bergenang di laluan pejalan
kaki. Membuat riak-riak kecil di takungan air cetek. Pepohon bunga dan
rimbunan hijau kelihatan segar dalam siraman hujan pagi. Sekali-sekala bagaikan menari-nari dalam tiupan angin pagi.
8.25 pagi,
perkena maggi hot cup asam laksa. Wow, sedapnya sampai menghirup kuah. Panasnya
naik ke muka. Berpeluh. 9.36 pagi, keluar dari bilik 356.
Beberapa orang penginap Blok Sigal berkumpul di tangga. Menuggu hujan berhenti. Bagaimanapun
terpaksa meredah hujan.
Restoran Siti Thaifood Rest Ratee |
9.50 pagi,
bertolak. Terpaksa berhati-hati memandu. Jalan basah dan licin. Pagi ini, Ayla,
Ayra dan Aqeef kelihatan ceria. 10.01 pagi, berhenti di Jalan Bohor Tempoyak. Kerana terlewat breakfast, terpaksa
Lunch di Siti Thaifood Rest Ratee.
Rasa tak
berbaloi dengan bayaran RM51.00. Mungkin mengambil kesempatan strategi dalam kesempitan ekonomi. Bagaimanapun dah kenyang baru seronok
untuk meneruskan penjelajahan. Kata orang-orang tua “gendang gendut tali kecapi”.
10.36 pagi,
meneruskan perjalanan. Melalui Jalan Pantai Cenang. 10.42 pagi, singgah di Underwater World, “a journey through an aquatic of wonders”.
Akuarium yang besar, dengan 200 lebih spesies marin dan air tawar. Di samping
teater 3D dan terowong bawah air.
Acik & Ayla |
An Aquatic Of Wonders |
Laluan Exotik Vertebrat |
Bagaimanapun terpaksa
membayar entrance fee RM39. Veteran dan kanak-kanak RM36. Kemudian
berbaris masuk. Laluan pertama exotik vertebrat. Antaranya water dragon, leopard gecko. African penguin, rockhopper penguin dan seal. Termasuk berbagai jenis ikan sungai:
Amazon arapaima, belida, kelah, kalui, klisa dan lapam.
Life And Magic World |
Mencabar Keganasan |
11.07
pagi, sempat melihat beberapa petugas memberi makan peguin. 11.32 pagi, masuk
pintu life and magic world. Ayla dan Ayra mencuba bakat melukis ikan di skrin.
Yang kemudiannya muncul di layar. Kelihatan berenang-renang dalam lautan dalam.
Ayla dan Ayra menjerit-jerit keseronokan. Melihat ikan yang tertulis nama "Ayla"
dan "Ayra".
Mesra Alam |
10.57 pagi, masuk
terowong tangki enam
juta liter air
laut. Yang menjadi habitat sejumlah
besar ikan, termasuk
ikan yu, ikan
pari dan kura-kura hijau. Ayla, Ayra dan Aqeef leka melihat ikan-ikan. Berenang-renang di tepi dan di atas siling terowong. Begitu hampir, bagaikan dapat disentuh.
Habitat Semulajadi |
Spesies Marin |
A Shoal Of Fishes |
Sempat
juga melihat expidesi ke Antartika oleh Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmsh. 12.24 tengah hari, keluar
dari Underwater World. Seterusnya terperangkap dalam
marketing strategy. Terpaksa melalui kedai
aksesori wanita dan mainan kanak-kanak. Kemudian diakhiri dengan laluan
ke mini
market.
Keindahan Pantai Cenang |
Laksa Ikan Sekoq |
Menunggu Sambil Bersantai |
Indah Kata Dari Rasa |
12.36
tengah hari, akhirnya bertolak. Meninggalkan premis Under
Waterworld. 12.42 tengah hari, menyusuri Pantai Cenang.
Kemudian singgah di gerai laksa ikan sekoq. Bersantai sambil lunch di bawah rimbunan pepohon di pinggir pantai. Mesra dalam belaian bayu laut. Terasa tenang dan damai. Walaupun ombak
menggempur pantai, berulang-ulang.
Post a Comment