HARI KEENAM, 11 JULAI 2017 (2)
Taman Residensi Warnasari
- Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar
- Restoran Cik Tri Sahara Kambing Bakar
Mendung Di Hujung Lebuh Raya |
Setertusnya masuk laluan Bukit Cerakah. 3.55 petang, U15. 4.03 masuk simpang kanan Bandar. 4.06 petang, isi minyak Petronas. 4.13 petang, masuk simpang UITM PAlam. Melintasi pos pengawal. 4.19 petang, tunggu Acik di sebelah bangunan FSK234. Kemudian bersama dengan Acik keluar dari kampus UITM PAlam.
Bengkel Cat Azamaju Sprayworks |
5.05 petang, singgah di bengkel cat Azamaju Sprayworks, Jalan T1AJ Taman Industri Alam Jaya. Tempahan untuk mengecat kereta Acik TBH6689 dengan kos RM330. Hantar kereta Esuk. 5.44 petang, masuk Taman Residensi Warnasari. Parking di Blok Alamanda. Seterusnya masuk apartmen 03-02 Risidensi Alamanda.
7.48 malam, solat jamak takdim. 7.55 malam, turun daripada apartment Alamanda. 7.59 malam, bertolak. Melewati pondok pengawal. Kemudian menyusuri malam. Laluan agak tenang. Tidak terlalu sebuk dengan kereta. 8.06 malam, melewati Taman Jaya.
8.13 malam, masuk kawasan Saujana Utama. Terus ke Persiaran Mukhtar Dahari. 8.21 malam, masuk Jalan Paip. Kemudian melintasi Kg. Budiman. Terpaksa melalui beberapa bumper. Seterusnya masuk Jalan Hamzah. Terasa bergoyang-goyang dan melompat-lompat.
Peta Restauran Cik Tri Sahara |
Jalan tidak memuaskan. Laluan masih lagi dalam pembinaan. Terpaksa melalui sebahagian jalan tanah merah. 8.31 malam, masuk jalan utama. Kemudian melintasi Setia Business Centre. 8.33 malam, baharu sampai di restoran Cik Tri Sahara kambing bakar, Bukit Raja. Terus parking di seberang jalan.
Hidangan kambing bakar semakin popular. Banyak gerai-gerai dan restoran-restoran menjadikan menu kambing bakar sebagar pelaris. Lebih-lebih lagi daging kambing adalah makanan kegemaran Rasullulah SAW. Malah Rasullulah pernah bersabda:
Makanan Kegemaran Rasulullah |
Hidangan kambing bakar semakin popular. Banyak gerai-gerai dan restoran-restoran menjadikan menu kambing bakar sebagar pelaris. Lebih-lebih lagi daging kambing adalah makanan kegemaran Rasullulah SAW. Malah Rasullulah pernah bersabda:
Peliharalah (manfaatkan) oleh kalian kambing kerana di dalamnya terdapat barakah.
|
Dikatakan kualiti proteinnya tinggi.
Mengandungi zat besi, tinggi kalium tetapi rendah natrium. Rendah lemak dan rendah kolestrol. Kesemua
asid amino yang diperlukan ada di dalam daging kambing. Malah daging kambing
lebih pejal dan lebih rendah kalori kalau dibandingkan dengan daging lembu. Dikata
juga, daging kambing dapat mengurangkan risiko aterosklerosis dan penyakit
jantung.
Dinner Di Meja 34 Cik Tri Sahara |
Kebetulan duduk di meja 34. Aroma kambing bakar benar-benar menusuk selera. Begitui meliurkan. Suasana malam ini agak riuh rendah dengan suara pelanggan. Begitu ramai, hinggakan meja memenuhi kaki lima restoran. Malah pelanggan masih lagi berdatangan, walaupun terpaksa menunggu meja kosong.
Dengar cerita, dahulunya hanya gerai kecil di kawasan Meru. Masalahnya gerai kecil tak dapat memenuhi permintaan yang semakin besar. Akhir berpindah ke Bukit Raja. Lebih besar dan lebih luas. Walaupun banyak kedai belum lagi dibuka, namun kedai ini menjadi destinasi selera yang begitu popular.
Pandangan agak terbatas di waktu malam. Namun Acik lebih tahu jalan yang dilalui. Hanya Ayahsu dan Acik yang banyak bercakap. Nenek dan Datuk sekadar mendengar. 10.33 malam, akhirnya masuk kawasan Taman Residensi Warnasari. Lalu parking di Blok Alamanda.
Tetamu Malam Tak Diundang |
10.35 malam, masuk apartmen 03-02. Lepas mandi, berehat sambil menonton TV. Di luar agak tenang. Lampu-lampu jalan berhampiran Blok Alamanda kelihatan suram. Cahayanya tak mampu memburu kegelapan. Hanya dikerumuni oleh serangga malam. Tiba-tiba kamar 03-02 dikunjungi oleh tetamu malam yang tidak diundang.
Post a Comment