HARI KEDUA: 30
OGOS 2017 (2)
Kuala Lumpur
International Airport
- restoran Mega
Kelana Grill - KFC Fun Land
3.11 petang, melintasi Palm Garden Club. 3.22 petang, Exit 2 Putrajaya. Seterusnya masuk simpang kanan ke Persiaran Timur. 3.28 petang, masuk simpang kiri
laluan ke Kajang. Kemudian simpang kiri lagi. Masuk
jalan Kg. Desa Putra. 3.30 petang, mendaki jalan
Jenderam Bangi.
Masuk simpang kanan. Mendaki lagi. Kemudian menurun.
3.33 petang, jalan agak kecil. Berliku-liku. Terpaksa memandu 50km/j. Lepas Desa Jenderam Hilir, masuk simpang kiri ke Jenderam Dengkil. Jalan masih lagi berliku-liku.
Hotel Empress |
3.43 petang, melintasi SK Jenderam, Kg. Jenderam Hulu. 3.47 petang, melewati
Kolej Teknoloji Timur, Bandar
Baru Salak Tinggi. 3.52 petang. simpang kanan, Salak Tinggi. 3.57 petang,
sampai Hotel Empress. Parkir di lot 15. Di depan
restoran Shareef
dan di seberang hotel.
Naik lif. Kemudian terus masuk bilik 503. 5.16
petang, solat jamak takhir. Ayahsu sempat bergurau-gurau dengan Ayla.
Harap-harap tidak ada drama air mata, ketika
menghantar Ayahsu di KLIA.
Tahun lepas Ayla dan Nenek
berendam air mata.
Depan Bilik 503 |
Dalam waktu terluang sempat juga Atuk terlelap. Masa berlalu. 7.45 malam, solat jamak takdim. Ayahsu
dah siap dengan beg besarnya, seberat 29 kg. 7.55 malam, turun lif. Kemudian duduk di lobi. Sempat lagi Atuk duduk di sofa urut Gintell.
RM2 sekali urut.
Bersama Ayahsu |
8.14 malam, bertolak. 8.20 malam, singgah di restoran Mega Kelana Grill, Bandar
Baru. Dinner dengan kos RM64.80. 9.24 malam, bertolak. Berhenti
pula di stesen minyak Petron, Salak Tinggi. 9.42 malam, melintasi papan tanda Gamoda IBS. Kemudian masuk simpang kiri bulatan Masjid KLIA.
Restoran Mega Kelana Grill |
Dinner Bersama Ayahsu |
Jalan agak lengang. Hanya diterangi deretan lampu
jalan di tengah-tengah. Selepas beberapa bulatan dan simpang, akhirnya 9.51 malam,
masuk basemen KLIA. 9.55 malam, parkir di B-B-7. Kemudian naik lif ke aras 2. Seterusnya
naik horizontal escalator.
10.05 malam, naik lif ke aras 5, Balai Perlepasan. 10.10 malam, timbang beg. Kemudian
balut beg di kios Baggage Wrapping. Hanya RM14. 10.20 malam, melintasi Pondok Polis, Famous Amos, Kiddies dan KFC.
10.28 malam, terus ke KFC Fun Land. Ayla, Ayra dan Aqeef
bena-benar teruja. Kali ini betul-betul fun. Sekejap main gelongsor. Sekejap
lagi meniti tali. Melompat-lompat dan berlari-lari. Keseronokan. Terpaksa bergilir-gilir
mengawal. 10.50 malam, masih lagi bermain. Tak Puas-puas. Rupa-rupanya, keseronokan
bermain itu satu keasyikan.
Sempat jumpa Rosmah.
Rakan sekuliah Ayahsu di Medical University Volgograd, Russia.
11.48 malam, Ayahsu pergi check-in
beg.11.50 malam, Acik, Ayla
dan Ayra pergi berjalan-jalan. Sekadar
menghilangkan rasa mengantuk. 12.01 malam, mula terasa larut dan hanyut. Aqeef dah mula baring-baring. Ayla
dan Ayra kelihatan dah layu.
12.42 malam, Ayahsu
turun tangga “international”. Sempat melambai-lambai tangan. Detik demi detik, melihat
kelibat Ayahsu. Akhirnya Ayahsu hilang di laluan transit. Nenek
kelihatan sebak. Namun Ayla masih bertahan.
Rupa-rupanya Ayla sudah dewasa. Bukan lagi anak
kecil 5 tahun.
Teringat lagi tahun lepas, Ayla tidak
berhenti-henti menagis. Tersedu-sedu memanggil nama Ayahsu.
Sampai Hotel Sri Langit masih bersambung drama
air mata bersama Nenek.
Sedutan tahun lepas
HARI KEDUA, 30 OGOS 2016 (2)
12.57 malam, Faiz
turun tangga international untuk berlepas. Maka bermulalah drama air mata nenek dan cucu. Berlanjutan hingga
ke parkir kereta. Namun isak tangis Ayla tak
dapat ditandingi. Malam itu Kakcik yang
memandu. Perjalanan balik agak tenang. Bagaimanapun suasana semacam
kehilangan. Kesedihan dan kepiluan masih memaut.
|
12.54 malam, turun lif ke aras 2. Kemudian
masuk laluan P, medan kereta A & B. 12.56 malam, Acik
membayar parkir di automatic pay station.
Seterusnya turun lif ke aras B. 1.01 malam, baru bertolak keluar dari basemen. Meninggalkan
premis KLIA.
Laluan agak lengang dan gelap. 1.10 malam, melintasi
Carter Field town. Pusat bandar yang ditubuhkan
pada tahun 1993 semasa pembinaan KLIA. 1.11
malam, hanya deretan lampu jalan memberi sedikit ruang pandangan. 1.14 malam,
masuk simpang kiri. Terus ke Lebuh Raya Plus.
1.22 malam, melintasi semula papan tanda Gamuda IBS. 1.22
malam, melintasi Bandar Baru Salak Tinggi Business
Park. Seterusnya masuk beberapa simpang. Bagaikan berpusing-pusing.
Akhirnya, 1.26 malam, sampai di Hotel Empress.
Lalu parkir di lot 11. Di hadapan kedai Pusat
Fotostate. Bertentangà n dengan tangga ke Hotel
Empress.
1.33 malam, naik lif ke aras 5. Seminit
kemudian, baru masuk bilik 503. 2.17 malam, Atuk masih tak dapat melelapkan mata, Terasa kesepian.
Dari jendela kelihatan Kanda Dinda Cafe masih lagi
dibuka. Beberapa orang pelanggan lewat malam minum di meja luar, di lot parkir
kereta. Mungkin sambil minum sambil menikmati keheningan larut malam.
Ibu dan Baba masih belum pulang lagi. Namun malam kian larut.
Kian terasa sepi. Bagaikan memenuhi ruang bilik 503.
Saat ini terasa benar kehilangan. Terasa kerinduan bagaikan menusuk kalbu.
Selamat jalan Ayahsu. Mudah-mudahan berjumpa
lagi di tahun hadapan.
Post a Comment