Qalam Perjalanan

HARI KETIGA: 31 OGOS 2017
Restoran  Al-Salam - Stesen Petronas Km 54
- Hentian Termeluh - Teratak Sri Teratai



6.39 pagi, fajar di puncak bukit. Menjadikan bukit siluet, yang  membetengi lembah. Kelihatan beberapa rumah di kaki bukit. Sepi dan kaku. Atap-atapnya kelihatan pudar. Agak usang. Demikian terlindung di celah-celah rimbunan. Bagaikan sudah lama terpinggir.

Siluet Fajar

7.14 pagi, matahari mula bersinar. Lalu memburu sisa-sisa kegelapan, di celah-celah rimbunan. Rimbunan kehijauan kelihatan segar apabila dijamah sinaran pagi. Rumah-rumah pula kelihatan bagaikan baru terjaga dari kegelapan.

Pagi ini terasa sepi. Sayu. Rasa bagaikan kehilangan. Hanya doa mengiringi Ayahsu. Semoga selamat sampai di Volgograd. Selamat meneruskan pengajian. 9.42 pagi, matahari sudah meninggi. Cahayanya memedihkan mata. Manakala bilik 503 mula terasa agak panas sedikit.


9.54 pagi, perkena cheese hot chicken flavor ramen. Wow! Pedas. Sampai terbersin. Akhirnya tak jadi nak makan. Alah dengan kepedasan. 10.22 pagi, Ayla datang. Terliur apabila melihat maggie. Terpaksa pula 4 kali basuh untuk menghilangkan pedas. Barulah Ayla boleh makan.


Lorong Bilik 503

11.38 pagi, berkemas-kemas dan bersiap-siap. Lepas semakan terakhir, baru tinggalkan bilik 503. 11.46 pagi, turun lif dan terus ke lobi untuk check-out. Kemudian simpan dan susun beg dalam kereta. 11.49 pagi,  Honda dan Hillux keluar dari parkir lot 10 dan 11. Meninggalkan Hotel Empress. Adieu.


Bersama Acik

Ayla, Aqeef & Ayra

Bersama Nenek

Bersama Ibu

Seterusnya masuk simpang kiri. Terpaksa melalui beberapa bumper. 12.18 tengah hari, masuk sempadan Negeri Sembilan. Lepas bulatan, masuk Jalan Persiaran Negeri. 12.22 tengah hari, berhenti di Stesen Petronas Bandar Baru Nilai. Tambah nilai touch & go. 12.29 tengah hari, melintasi Kompleks Majlis  perbandaran Nilai.

Depan Hotel Empress

Kenangan Bersama Acik, Nenek & Atuk

12.34 tengah hari, masuk Jalan BBN 2/JF Putra Indah. 12.37 tengah hari,  terpaksa menyusuri beberapa jalan. Mencari restoran. Banyak yang tutup. Mungkin sempena Hari Merdeka. Sampai simpang NL17 masuk kanan. 12.43 tengah hari, berhenti di seberang Restoran  Al-Salam, Bandar Baru Nilai.


Restoran Al-Salam

Sekadar Mengalas Perut

Lunch Sekeluarga

12.54 tengah hari, lunch di meja 22 dan 15. Digabungkan. Nenek duduk di meja sebelah. Main WhatApp. Kebetulan hari ini Nenek puasa. Yang lain makan sekadar mengalas perut untuk perjalanan seterusnya. 1.23 tengah hari, masuk Jalan BBN 1/3. Simpang  kanan ke laluan KL.

1.31 tengah hari, touch & go di Tol Nilai. Kemudian masuk E24 Nilai, Lebuh Raya Utara-Selatan. Melintasi Hentian Sebelah Nilai. Seterusnya menyusuri E212 Bangi. 1.47 tengah hari,  masuk E210 kajang. Seminit kemudian E209  UPM.

Menyusuri Kota Raya

1.52 tengah hari, touch & go di Tol Sg. Besi. 1.56 tengah hari, melintasi Terminal Bersepadu Salatan. 2.08 petang, masuk simpang Wilayah Persekutuan. 214 petang, kawasan Hulu Kelang. 2.15 petang, jalan mula sesak. Pergerakan agak perlahan.

2.18 petang, melintasi Wangsa Melawati. 2.20 petang, SMK Wangsa Melawati. 2.31 petang, Balai Bomba Wangsa Maju. 2.44 petang touch & go di Tol Gombak. Masuk Laluan T07. Di sini bermulanya Lebuh Raya KL-Karak. Bagaimanapun jalan mula sesak

2.56 ptang, melintasi BHP Old Town White Coffee. Cuaca agak mendung. Manakala lebuh raya masih lagi sesak. 3.01 petang, laluan berliku, melalui rimbunan hijau di sepanjang lebuh raya. 3.18 petang, laluan agak selesa, walaupun melalui likuan bukit.


Kesesakan

Namun, 3.21 petang, sesak semula. Beberapa buah kereta masuk laluan kecemasan. Seterusnya melintasi Kawasan Rehat Genting Sempah. 3.44 petang, masuk Terowong Genting Sempah. 3.48 petang, kabus kelihatan berarak. Bukit-bukau hampir hilang dalam kabus.


Lebuhraya Karak

3.55 petang, melalui Bukit Tinggi Bentung. 3.57 petang,  sesak sepanjang Kg. Bukit Tingggi. Dari kejauhan, kelihatan kabus terapung-apung. Bagaikan keluar dari celah-celah rimbunan. 4.21 petang, hujan turun rintik-rintik. Lebuh raya kelihatan separuh basah.

Mendung menyelubungi. Demikian kabus semakin tebal, hampir menyelimuti bukit. 4.27 petang, melintasi Hentian  Sebelah Lentang. 3.55 petang,  masuk Stesen Petronas Km 54. Sesak. Kereta terpaksa parkir dari stesen minyak sampai ke tepi lebuh raya. Nak isi minyak terpaksa mununggu giliran. 45 minit kemudian baru beredar.

5.01 petang, touch & go di Tol Bentung. Berderet-deret kereta  parkir di tepi tol. Mungkin tension, kerana kesesakan. Kadang-kadang meletihkan. 5.24 petang, masih sesak lagi. Pergerakan agak perlahan, hanya 40km/j. 5.21 petang, sebuah kereta terbabas.

5.26 petang, touch & go di Tol Karak. Di sini bermulanya LPT. Lebuh raya agak tenang dan selesa. Tidak terlalu sesak. Melalui kawasan bukit. Laluan berliku-liku.  5.32 petang, laluan kembali sesak. Beberapa buah  kereta masuk laluan kecemasan. Mungkin tak tahan sabar.


Hentian Temerluh

Masa terus berlalu. 6.01 petang, menyeberangi Sg. Pahang. Kemudian masuk Hentian Temerluh. Bagaikan pesta, sesak dengan kereta dan orang ramai. 6.11 petang, baru dapat parkir. Kebetulan hujan turun. Suasana agak lembab dan tidak selesa. 6.16 petang, solat jamak takhir.

6.22 petang, masuk toilet. Ramai yang beratur di 26 pintu toilet. Masing-masing menunggu giliran. 6.37 petang, membeli sandwich dan pau di kedai Mahfuzah Enterprise 6.50 petang, kereta tersekat. Empat minit kemudian, baru bertolak. Melalui deretan lampu jalan, yang telah pun dinyalakan.

Sisa-Sisa Senja

Di ufuk barat sisa-sisa  senja masih lagi melatari kaki langit. Manakala di hujung lebuh raya bukit-bukau semakin kabur. 7.10 malam, malam mula berlabuh. Kesepian bagaikan menyelubungi. Bukit-bukau bertukar menjadi siluet. Diselimuti Kagelapan. 7.21 malam, melintasi Exit 825 Maran. 7.30 malam,  kegelapan semakin menyelubungi.


Malam Kian Berlabuh

7.33 malam, masuk sempadan Daerah Kuantan. 7.35 malam, Kawasan Rehat Gambang. Acik terus maintain kelajuan 100km/j. Relax and steady. 8.15 malam, Exit 836 persimpangan Jabor. 821 malam, masuk LPT2. 8.30 malam, Exit 839 Cheneh. Kuala Tertengganu berbaki 159 km.


Hentian Kijal

8.41 malam, Exit 941 Cukai. Empat minit kemudian, masuk Hentian Kijal. 9.04 malam, solat jamak takhir. 9.11 malam,  bertolak. Seterusnya melintasi Exit 845 Kijal. Kemudian, Exit 847 Kertih. 9.32 malam,  Exit 849 Paka. 10.26 malam, melintasi kawasan rehat Ajil. Malam agak tenang. Laluan agak selesa. Bulan pula kelihatan terapung-apung. Turut mengiringi sepanjang perjalanan.

10.35 malam, touch n go RM53.67 di Tol Kuala  Telemong. 10.40 malam, susur keluar. 10.42 malam, masuk simpang kiri ke Manir. 10.53 malam, berhenti di warung PAKR Batu Hampar. Order laksa Pinang dan mee rebus. 11.15 malam, masuk simpang T9 Manir. Seminit kemudian sampai  di teratak Sri Teratai, home sweet home. Alhamdulillah, safe and sound.

Post a Comment

Powered by Blogger.