HARI KEEMPAT, 9
JULAI 2017 (II)
GALERI PERDANA –
WILDLIFE PARK –
BERAS TERBAKAR
Peta Galeri Perdana |
12.37 tengah hari, singgah di Galeri Perdana. Terletak di Kg. Kilim. Tiga
orang cucu masih lagi tidur. Keletihan dek keseronokan di Oriental Village. 12.42 tengah hari, pegawai di
kaunter mengalu-alukan kedatangan. Terus masuk, selepas membayar RM10 untuk 3 orang dewasa.
Galeri Perdana |
Dibina pada tahun 1995. Hasil inspirasi
daripada Perdana Menteri Ke-4, Tun Dr. Mahathir dan Tun Dr.
Siti Hasmah. Demi menyimpan, mempamer dan berkongsi dengan orang ramai.
Mengenai pelbagai anugerah, cenderahati dan hadiah. Diterima dari ketua-ketua
Negara, pemimpin-pemimpin dari dalam dan luar negara. Termasuk masyarakat Malaysia.
Lukisan Pewter |
Setiap koleksi yang dipamerkan di Galeria Perdana adalah milik kerajaan dan rakyat
Malaysia. Tanda persahabatan dari serata dunia. Pelawat dan pelancong diberi
peluang untuk menghargai keunikan dan kepelbagaian nilai warisan kesenian dan kebudayaan. Samaada dari
dalam atau luar negara.
Bersama Tun Dr. Mahathir |
Potret Tun Dr. Mahathir |
Masuk Blok A, kelihatan kubah dan lukisan di atas siling. Kubah berwarna kemerahan-merahan.
Lukisan siling dilukis oleh pelukis Uzbekistan dengan
menggunakan tangan. Terdapat beberapa artifak seperti kristal, perak, kayu, tembaga,
lukisan, seramik, porselin, koleksi Islam, alat muzik, pewter dan medal.
Blok B
juga mempamirkan kubah dan lukisan di atas siling. Juga dilukis tangan oleh pelukis Uzbekistan. Kubahnya berwarna kebiruan-biruan. Terdapat
artifak seperti perhiasan diri, perak, batu, kayu, lukisan, lenderaan, laker, medal,
plak, sijil, kraf, porselin dan tekstil.
Kubah Blok B berwarna keputihan. Lukisan
siling juga hasil sentuhan pelukis Uzbekistan. Turut dipamerkan artifak seperti model, porselin,
senjata, koleksi bahan bercetak dan kenderaan.
Peta Wildlife Park |
Menyusuri Wildlife Park |
1.39 tengah hari, keluar dari premis Gelari Perdana. Meneruskan perjalanan ke lain destinasi. 1.44 tengah hari, singgah di Wildlife Park, yang bertemakan “close intersection with the wild”. Atau kata lain haiwan adalah sebahagian daripada kehidupan manusia. Benarlah kata-kata Ibni Khaldum, manusia adalah "the genus of animals".
Taman ini terletak di kawasan Kilim. Merangkumi kawasan seluas 5.5 ekar. Bagaimanapun masuk kena bayar. RM39 untuk dewasa, manakala kanak-kanak dan veteren RM22.
Suasana hutan hujan tropika di taman ini, mewujudkan
habitat semulajadi untuk 150 spesies haiwan. Termasuk burung dari pelbagai
bahagian dunia. Ia telah dibuka kepada orang ramai pada bulan November 2002. Dikenali sebagai "Langkawi Bird Paradise".
Pada mulanya hanya mempamirkan species burung
hantu. Termasuk juga spesies burung yang berlainan. Bagaimanapun penambahan
banyak mamalia, reptilia dan pameran lain, telah menjenamakan semula taman ini
kepada Langkawi Wildlife Park.
Aqeef & Ayra |
Bersaing Dalam Kehidupan |
2.02 petang, masuk ikut laluan. Bermula dengan burung kakaktua. Ayla dan Ayra teruja, bagaikan
terngiang-ngiang lagu “Burung Kakaktua”.
Beberapa ekor Flamingos berwarna putih kelihatan berdiri di atas
satu kaki. Dikatakan berdiri di atas
satu kaki membolehkan flamingos menyimpan lebih banyak haba badan.
Seterusnya melintasi kolam. Kelihatan itik
mandarin sedang berenang-renang. Begitu anggun, mesra dan romantik. Malah banyak
digambarkan dalam seni oriental. Dianggap pasangan itik ini sebagai simbol
kasih sayang dan kesetiaan.
Ayra dan Ayla kemudiannya melepasi kubang Buaya. Tak berminat. Mungkin tak begitu menarik, bagaikan sebatang kayu reput. Ayla
lebih tertarik kepada Kuang Bayas. Yang berbulu hitam kehijauan yang boleh
bertukar warna mengikut sudut penglihatan. Malah Lebih unik lagi tarian “mengembang
bulu” ketika memikat pasangan. Bagaimanapun dianggap sebagai khazanah Negara yang
semakin pupus.
Selepas itu, melintasi taman orkid yang penuh
dengan anggrek berwarna-warni. Di bahagian mamalia pula terdapat beberapa jenis
haiwan kecil termasuk kucing beruang, arnab, rakun, babi guinea, rubah fennec, muskrat,
kura-kura, dan dwarf caiman.
Restoran Ahmad Pasembo |
3.05 petang, masuk ruang Galeri Crystal. Menjual
kristal dan perhiasan dari China dan Brazil. Kemudian ruang souvenir. Bagaikan
menahan lukah. Mungkin ini busines strategi. Laluan berakhir dengan medan
selera. Menjual makanan Arab, barat, India dan Pakistan.
Seterusnya meninggalkan Wildlife Park. 3.23 petang, parking kereta di seberang Kompleks HIG. Terus ke medan selera. 3.27 petang, perkena rojak pesembo di restoran Ahmad Pasembo Top Langkawi. 3.51 petang, meninggalkan premis medan selera.
8.37 malam, bertolak. 8.51 malam, dinner di restoran Pit Stop. Berbaloi juga dengan bayaran RM84.60. Kemudian menyusuri kedai-kedai sepanjang jalan pantai Cenang. Ayla, Ayra dan Aqeef kelihatan seronok melihat cahaya yang berwarna-warni. Menghiasi jalan dan kedai-kedai. Seterusnya melintasi beberapa restoran dan kedai pakaian.
Walaupun
taman ini kelihatan seperti zoo, aktivitinya lebih santai dan lebih berkonsepkan “Mendekati Tamadun Hidupan
Liar”. Lalu menjadikan keseluruhan perjalanan
agak menarik. Menghiburkan Ayla, Ayra dan Aqeef. Keseronokannya berlarutan hingga ke dalam kereta. Akhirnya menjadi satu kepuasan.
Seterusnya meninggalkan Wildlife Park. 3.23 petang, parking kereta di seberang Kompleks HIG. Terus ke medan selera. 3.27 petang, perkena rojak pesembo di restoran Ahmad Pasembo Top Langkawi. 3.51 petang, meninggalkan premis medan selera.
4.51 petang, berhenti di Kg. Raja, Mukim Padang Mat
Sirat. Terkenal dengan sejarah “Beras Terbakar”.
4.54 petang, melangkah ke premis bazar. Terdiri daripada kedai-kedai kecil. Yang menjual
pelbagai barangan: kain batik, minyak gamat dan cenderamata.
Di penghujung laluan, terdapat sebuah rumah
Melayu tradisional. Di pintu masuk, di sebelah kiri terletaknya tapak beras
terbakar. Dikatakan dahulunya apabila hujan turun, beras terbakar akan timbul.
Akan tetapi sekarang sukar ditemui beras terbakar.
Mengikut sejarah beras terbakar, gerombolan tentera Siam datang untuk menakluk Pulau Langkawi. Lalu atas perintah Dato Kerma Jaya beras-beras telah dibakar. Helah
untuk mengelak daripada dirampas oleh tentera Siam. Dikatakan juga, kononnya serangan siam, kekalahan Datuk Kerma Wijaya dan kejadian
beras terbakar ada kaitan dengan sumpahan Mahsuri.
Peta Laksa Ikan Sekoq |
4.50 petang, meninggalkan Kg. Raja. Seterusnya menyusuri
pantai Cenang. 4.54 petang, singgah di gerai untuk minum petang. Lalu pekena laksa ikan sekoq. Sambil bersantai sambil menjamu selera. Alangkah nikmatnya. Di hadapannya terbentang laut Selat Melaka. Kelihatan riak-riak ombak
bergulung-gulung naik ke pantai. Begitu indah dilatari awan-awan senja. Bagaikan
terapung-apung di kaki langit.
Sepetang Di Pantai Cenang
|
Kesegaran Bayu Laut |
Pekena Laksa Ikan Sekoq |
6.26 petang, meninggalkan pantai Cenang. Mengikut laluan kampung. 6.33 petang, mengisi
minyak Petronas di lot 290, Kedawang. 6.38 petang, melalui Kg. Temoyong. Singgah di gerai tepi jalan, membeli
rambai. Seterusnya sampai di Blok Sigal. Masuk
bilik 356. Kemudian berehat.
Aksi Perenang Cilik |
7.32 malam, turun dari bilik 356. Mengikut laluan ke kolam. Lampu-lampu di
tepi pejalan kaki telah dinyalakan. Namun kelihatan kabur dalam cahaya sisa-sisa senja. Masih sayup-sayup merlatari sepanjang kaki langit. Begitu indah dan syahdu dalam kesamaran.
Restoran Tip Stop |
Menjamu Selera Cenang |
8.37 malam, bertolak. 8.51 malam, dinner di restoran Pit Stop. Berbaloi juga dengan bayaran RM84.60. Kemudian menyusuri kedai-kedai sepanjang jalan pantai Cenang. Ayla, Ayra dan Aqeef kelihatan seronok melihat cahaya yang berwarna-warni. Menghiasi jalan dan kedai-kedai. Seterusnya melintasi beberapa restoran dan kedai pakaian.
Malam ini bulan turut meraikan kemeriahan.
Melimpahkan cahaya purnamanya. Begitu indah, namun terapung-apung bagaikan kesepian. 9.53
malam, meninjau beberapa kedai. Termasuk Green Baret, T Cotton Shop, Ah Xi Fruit
Shop, The Hanger dan Bread Story. Melintasi beberapa restoran: Telaga Seafood,
Telaga Arabic, Palm View, Putumayo dan Hafizi.
Aqeef Teruja |
Tattoo Inai Di Tangan |
10.07 malam, tersangkut di depan kedai. Di
meja Air Brush Tattoo, “artful custom”. Ayla dan Ayra kelihatan
teruja apabila dilukis dengan tattoo inai di belakang tangan. Yang bercorak kontemporari "Mehendi/Henna design". 10.12 malam, masuk kedai Bread
Story. Membeli roti untuk breakfast esok.
10.33 malam, meninggalkan pekan Cenang. 10.52 malam, melintasi pos kawalan.
Seterusnya parking berhampiran Blok Sigal. 10.58
malam masuk bilik 356. 11.42 malam, Ibu dan Baba keluar semula. Membawa pakaian kotor untuk urusan dobi. Ayla dan Ayra mula hanyut dibuai mimpi. Aqeef pula termangu-mangu tanpa
kawan untuk bermain.
Post a Comment