HARI KELIMA, 10
JULAI 2017 (1)
Holiday Villa - Airport Langkawi - KLIA2
5.48 pagi, terbangun. Dalam berbaring-baring,
cuba mengingati beberapa surah. Surah: Al-A'la,
ayat: 10, mempunyai maksud yang mendalam. Ini yang dikatakan: orang yang takut
akan sentiasa berpaut (patuh), tetapi orang yang berani buat tidak peduli
(ingkar).
Orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran.
|
Kenangan Di Blok Sigal |
7.34 pagi, bersiap-siap. Ayla dan Ayra berpakaian
sedondong. Dalam sibuk- sibuk pun sempat menonton fox movie, “Finding Dory”. Akan tetapi hanya sebahagian dapat
ditonton. 7.56 pagi, keluar dari bilik 356.
8.06 pagi, parking di luar lobi. Seterus ke kaunter untuk check-out.
Adieu Holidy Villa.
Warung Desa Tanjung |
8.15 pagi, meneruskan perjalanan. 8.20 pagi, singgah
di warung Desa Tanjung. Di tepi jalan, depan Fave Hotel. Menawarkan banyak pilihan makanan pagi.
Bagaimanapun nasi lemak juga menjadi pilihan selera. 8.28 pagi, bertolak
selepas membeli juadah.
Kelihatan puncak bukit diliputi kabus nipis. Sinaran
matahari pagi bagaikan tak mampu memburu sisa-sisa kabus. Pagi ini agak cerah. Awan kumulonimbus bergumpal-gumpal memenuhi ruang
horizon. Berkilau-kilauan apabila disentuh
sinaran matahari. Begitu juga rimbunan hijau kelihatan segar dalam limpahan cahaya
pagi.
Ayra The Little Wonder |
Di Pintu Balai Perlepasan |
8.31 pagi, sampai di Airport Langkwi. Terpaksa
mengguna 2 troli untuk mengangkut beg-beg. 8.43 pagi, melalui pintu custom check and Security.
Kemudian check-in bagasi, mlalui x-ray rspiscan 628XR. 8.45 pagi, Ayahsu, dan Acik check-in
flight, tempahan no. EMSM5K di self check-in MHkiosk.
Memeriksa Bagasi |
Menunggu Check-in Flight |
8.53 pagi, timbang hand carry beg.
Alhamdulillah, tiap-tiap satu tidak melebihi 7 kg. Seterusnya melalui beberapa kedai: Gloe,
Royal Selangor, Shock Proof, Naam dan
WHSmith. Di samping kedai Perfume and Cosmetic, Choclates dan Skymall Duty Free. Hanya meninjau, sekadar membiarkan masa berlalu.
Breakfast Di Ruang Menunggu |
Menunggu Di Balai Perlepasan |
Mengisi Masa Menunggu |
9.09 pagi, breakfast di ruang lepak berhadapan
Starbuck Coffee. Ayahsu, Ayla dan Aqeef kemudiannya masuk kedai Health Food And
Care Produck. 9.29 pagi, masuk pintu domestic departure. Bagaimanapun terpaksa
melepak di Balai Perlepasan. Kelihatan ramai
yang menunggu sambil hanyut dalam gelombang telefon bimbit. Yang mana sekarang menjadi
sebahagian fenomena kehidupan. Demikian, tanpa cell phone sehari bagaikan
setahun menyepi.
Two Little Siblings |
Aksi Two Little Siblings |
Agak tenang juga. Sekali-sekali terganggu
oleh pengumuman penerbangan dan tangisan kanak-kanak. 10.26 pagi, Ayra dan Aqeef
berbaring-baring. Sambil menghisap susu botol sambil menonton Youtube di
handphone. Bagaimanapun, akhirnya Ayra yang terus berdengkur. Lenanya
tidak memilih tempat.
10.59 pagi, berbaris di pintu 6 untuk pemeriksaan boarding
pass dan pasport. Ketika ini hujan
mula turun renyai-renyai. Bagaimanapun terpaksa juga melangkah ke pesawat 6307 AirAsia. 11.26
pagi, masuk kabin. Duduk di barisan 18 ABCDE dan F. Ayahsu
duduk keseorangan di kabin depan. Manakala Acik
dan Ayla di 20 A dan B.
Pesawat kali ini
dipandu oleh kapten Gary. Bersama co-pilotnya Encik Azam. 11.45 pagi, mula bergerak perlahan-lahan.
Kemudian memecut meninggalkan landasan. Lalu menyusuri lebuh
raya angkasa. 11.48 pagi, tiba-tiba bergegar, terlanggar awan. Terasa cemas. Dimaklumkan cuaca kurang
baik.
Dari jendela kelihatan awam gelap bergumpal-gumpal. Terapung-apung, semakin mendekalti. 11.56 pagi, pasang tali pinggang dipadamkan. Namun 11.59 pgi,
diarah kembali ke tempat duduk. Cuaca kembali buruk. Benar-benar mencemaskan. Fear of nothingness.
Tiba Di KLIA2 |
12.06 tengah hari, sempat order Pak Nasser Nasi Lemak. Dikatakan “continuously stands the test of time”. Ayra makan dengan berselera sekali. 12.24 tengah hari, merentasi Selat Melaka. Kelihatan begitu kecil kapal yang meredah laut. 6 minit kemudian pesawat makin mengurangikan ketinggian.
Akhirnya 12.34 tengah hari, selamat mendarat
di KLIA2. Hilang debaran dan mula terasa lega.12.47
tengah hari, naik aerobridge . Seterusnya melintasi restoran Little Coffee dan
kedai Travellers Needs. 1.15 tengah hari, sampai di Flying Emporium. Di
bahagian Baggage Reclaim, Ayahsu dan Acik sudah bersedia dengan 2 troli.
Seterusnya masuk ke Balai Ketibaan.
Post a Comment