HARI KE 3, 22 JULAI 2016
6.34 pagi, solat Subuh. Ulangkaji surah Al Ghasyiyah, ayat 9, “merasa senang kerana usahanya”. Teringat ungkapan, iaitu peringatan untuk pelajar-pelajar SMK Matang. "Jangan sekali-kali menumpang tuah orang lain". Menumpang tuah bermakna hilang maruah.
Yang hidup menumpang sama seperti pohon semalu yang sentiasa dipijak-pijak. Terpaksa merayu-rayu apabila hilang malu dan terpaksa menadah-nadah apabila hilang maruah. Akhirnya, selama-lamanya terperangkap dalam jiwa kehambaan.
Pohon semalu nama saintifknya Mimosa Pudica, dikenali juga sebagai pohon sensitif, humble plant, atau "touch-me-not:". Spesi ini berasal dari Amerika Selatan dan Amerika Tengah. Ia dikategirikan sebagai rumpai pantropical.
Pohon Dedalu atau Gandarusa nama saintifiknya Salix Tetrasperma. adalah sekelompok pohon atau semak. Terdapat sekitar 350 spesies yang biasa ditemui. Sebagai pohon prasit, pohon ini hidup menumpang pada pokok lain. Yang anihnya ada sepesies Dedalu Menangis.
Semalu Melata Dan Dedalu Berpaut |

JANGAN
menjadi dedalu
yang menumpang tuah.
Jangan menjadi semalu
yang hilang maruah.
(ARAM)
yang menumpang tuah.
Jangan menjadi semalu
yang hilang maruah.
(ARAM)
Usaha itu adalah proses untuk menjadikan impian satu realiti. Tanpa usaha impian itu hanya satu mimpi yang tak sempat bermula dan tak sempat berakhir. Hakikatnya ramai yang bermimpi. Hanya sedikit yang dapat merealisasikan apa yang diimpikan. Seperti kata orang cendiakawan, tak susah nak jadikan mimpi itu satu realiti. Just open your eyes and make it happen.
9.23 pagi, terasa lapar. Perut mula bergurindam. So keluar dengan Faiz ke Pusat Niaga Aspana Alam untuk “jalan-jalan cari makan". Restoran Raikhan, yang agak popular mengikut kata kakcik, kebetulan tutup. Jadi terpaksa membeli di gerai-gerai di tepi jalan.
Kadang-kadang masakan orang kampung lebih nikmat daripada restoran-restoran yang besar. Lebih-lebih lagi sentuhan tradisi orang lama. Tetapi masakan tradisi orang kampung akan menjadi secret recipe jika tidak dipelajari.
Lepas breakfast, berehat-rehat di ruang tamu. Sempat melihat movie lama, “Highland Tower”. Ketika kejadian itu berlaku, pelbagai tindakan semerta diambil tetapi hanya strike while the iron is hot. Lepas itu kembali semula episod bukit-bukit ditarah dengan rakus oleh pemaju yang business interestnya melampaui kebajikan dan keselamatan.
Tragedi Highland Tower berlaku pada 11 Disember 1993 di Taman Hillview, Ulu Klang. Keruntuhan blok salah satu pangsapuri menyebabkan kematian 48 orang. Akibatnya membawa kepada pemindahan lengkap dua blok yang tinggal kerana kebimbangan keselamatan. Namun tragedi ini tetap menghantui mangsa tragedi yang masih hidup. Sesungguhnya peristiwa ini akan berulang jika tidak diulang-ulang peringatannya.
Cerita CJ7 pula tak habis ditonton. Ianya tentang robot masa depan yang making impossible to possible. Lebih kepada fantasi seorang kanak-kanak yang menghadapi cabaran realiti. CJ7
adalah sains fiksyen iaitu drama komedi. Ditulis, dihasilkan,
dibintangi dan diarahkan oleh Stephen Chow. Ia dikeluarkan pada. 31
Januari 2008 di Hong Kong. Kemudian dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 14 Mac 2008.
Lepas tu tutup TV, dan berkemas-kemas. Check bedrooms, bathrooms, dapur dan ruang tamu. Takut nanti ada yang tertinggal. 11.45 pagi, check out dari homestay. Tak puas rasanya menikmati ketenangan De Puncak Pelangi. Lebih-lebih lagi tak sempat nak berendam dalam kolam. Hanya sekadar berdiri di tepi kolam, melihat riak-riak air yang jernih. Kalau Ayla dan Ayra ada tentu seronok. Pastinya riuh-rendah suara mereka memanggil nenek dan atuknya untuk sama-sama terjun dalam kolam.
12.07 tengah hari, sampai di Alam Suria. Lepas isi minyak, terus masuk Alam Budiman. Terpaksa melalui beberapa plaza tol. 1.05 petang, Plaza tol Shah Alam, 1.09 petang, Plaza Tol Subang dan Plaza Tol Pantai Dalam. Kadang-kadang tol bagaikan ‘ranjau’ yang mengganggu perjalanan. Hilang keseronokan dalam perjalanan. Perjalanan bagaikan tersekat-sekat, menjadi tak lancar.
1.28 petang, sesak di Lebuh Raya Salak. Kereta bergerak perlahan-lahan. 1.35 petang, Plaza Tol Batu 9. 1.54 petang, ikut jalan kampung berpandukan waze untuk ke Taman Sri Jenaris. Last minit, Faiz tukar haluan ke The Mine Park. Terlalu awal untuk ke Sri Jenaris. Hanya window sopping. Namun pernah satu ketika dulu naik bot, menjelajah The Mines hingga ke tasik, melihat itik-itik bermain di permukaan air. Ketika itu Faiz masih kanak-kanak lagi.
3.24 petang, lepas lunch baru keluar dari The Mine dan meneruskan perjalanan ke Kajang. Masa dulu berkali-kali sesat, Mujurlah arwah Adi datang menunjuk jalan. Ketika itu hanya berpaksikan masjid Kajang sebagai panduan. Tersilap jalan, terpaksa bertanyakan arah. Tetapi sekarang mudah, hanya berpandukan waze boleh sampai ke destinasi.

Perjalanan Ke Kajang |

Bot Untuk Menjelajah The Mine |
1.28 petang, sesak di Lebuh Raya Salak. Kereta bergerak perlahan-lahan. 1.35 petang, Plaza Tol Batu 9. 1.54 petang, ikut jalan kampung berpandukan waze untuk ke Taman Sri Jenaris. Last minit, Faiz tukar haluan ke The Mine Park. Terlalu awal untuk ke Sri Jenaris. Hanya window sopping. Namun pernah satu ketika dulu naik bot, menjelajah The Mines hingga ke tasik, melihat itik-itik bermain di permukaan air. Ketika itu Faiz masih kanak-kanak lagi.
Lunch Di Medan Selera The Mines |
3.24 petang, lepas lunch baru keluar dari The Mine dan meneruskan perjalanan ke Kajang. Masa dulu berkali-kali sesat, Mujurlah arwah Adi datang menunjuk jalan. Ketika itu hanya berpaksikan masjid Kajang sebagai panduan. Tersilap jalan, terpaksa bertanyakan arah. Tetapi sekarang mudah, hanya berpandukan waze boleh sampai ke destinasi.
3.56 petang, sampai di Taman Sri Jenaris. Kebetulan Jamil ada appointment dengan doktor. Ada kaitan dengan operation by-passnya. Jadi terpaksa menunggu di rumah Acid dan Upik. Nama Acid dan Upik adalah panggilan orang kampung Sungai Choh, orang Bangkahulu. Upik adalah adik yang ke tiga daripada 4 beradik yang seibu dan sebapa.
Sempat juga minum petang dengan cok kodok cecah sambal ikan bilis. Masih terasa sentuhan Bangkahulu Upik. Walaupun berjauhan perasaan adik abang tetap tak luput sampai hujung hayat. Kebiasaannya kalau ke kajang kami akan tidur di rumah Una, adik bungsu.
Hello maate nice blog
ReplyDelete