Qalam Perjalanan

KHAMIS 19 JULAI 2018
Seri Teratai – R&R Gambang – Setia City Mall - UITM
Puncak Alam - Hotel Ev World - Dpulze Shopping Centre


Peta Seri Teratai

Keharmonian

8.52 pagi, bertolak dengan Honda City i-Vtec TBH669. Meninggalkan  teratak Seri Teratai, home sweet home. Lalu menyusuri beberapa buah kampung tradisi: Kg. Peradong, Kg. Batu Hampar, Kg. Pulau Manis dan Kg. Kubang Palas.  9.00 pagi, masuk daerah Hulu Terengganu.

9.02 pagi, masuk susur kiri ke LPT 2. Seterusnya masuk pula daerah Kuala Terengganu. 9.06 pagi, touch ‘n go di Tol Telemong dan top up kad touch ‘n go. Beberapa minit kemudian masuk lingkaran. Terus ke laluan Kuantan-Kuala Lumpur.

Pagi ini agak tenang dan lengang. Matahari terus memancar. Menjanjikan perjalanan yang lebih harmoni. 9.15 pagi, melintasi kawasan rehat Ajil. Seterusnya melalui bukit-bukau. Rimbunan hijau di lereng-lereng bukit. dan lembah-lembah begitu mendamaikan.

9.23 pagi signboard menunjukkan 166 km lagi ke Kuantan. 9.26 pagi, bukit-bukau di kejauhan kelihatan kabur dalam bayangan cahaya pagi. Bagaimanapun sinar mentari masih berterusan memburu kabus. Kelihatan terapung-apung di celah-celah rimbunan hijau.

9.31 pagi, masuk kawasan angin lintang. 9.36 pagi, Kuantan berbaki 144 km. 9.38 pagi, melintasi exit Bukit Besi. 9.42 pagi, sekali lagi masuk kawasan angin lintang dan kawasan kabus. 9.51 pagi, melintasi kawasan rehat Paka. Seterusnya masuk daerah Kemaman.

Kelihatan bukit-bukau berlapis-lapis dengan 3 ton warna. Indah dalam kesamaran. 10.00 pagi, melintasi exit 847  Kemasik. 10.06 pagi, melintasi exit 845 Kijal. 10.09 pagi, KL tinggal lagi 300 km. 10.11 pagi, melintasi hentian Kijal. Lima minit kemudian melintasi exit 839 Bandar Baru Cenih,


R&R Gambang

Panorama R&R

Sekali lagi masuk kawasan kabus. 10.28 pagi, masuk kawasan angin  lintang. 10.31 pagi, masuk zon operasi kemera. Kereta kelihatan bergerak perlahan-lahan. 10.46 pagi, KL masih lagi 227 km. 10.50 pagi, sekali lagi zon operasi kamera.


Ahzo Foodstall

Boost Energy

11.01 pagi, masuk susur kiri ke R&R Gambang. Parkir depan food court. 11.22 pagi, order  nasi ayam dan nasi lemak di gerai no. 10,  Ahzo Food Stall. Soru di meja depan kedai Northish Nasi Kandar, just to boost body energy.

11.46 pagi, bertolak. Kemudian isi minyak di stesen Petronas. 11.53 pagi, meneruskan perjalanan. Cuaca pagi ini berubah menjadi mendung. Keredupan memberi  keselesaan perjalanan. 12.09 tengah hari, sign board menunujukkan 161 km lagi ke KL.


Laluan Panoramik

12.24 tengah hari, melintasi kawasan rehat Temerloh. Kemudian melalui jembatan Temerluh. 700 meter, terpanjang di LPT 2. 12.48 tengah hari, melintasi Kg. Sertik. 12.50 tengah hari, touch ‘n go di Tol Karak. Maka berakhirnya LPT 1. Seterusnya melalui jalan berliku-liku di lereng-lereng bukit. 1.20 tengah hari, melintasi MRSM Bentong.

Masuk terowong Genting Sempah. Seterusnya jalan berliku-liku menuruni bukit dengan selekoh bahaya.  1.29 tengah hari, mula sesak. KL tinggalkan lagi 26 km. 1.35 tengah hari, touch ‘n go di Tol Gombak. 1.43 tengah hari, touch ‘n go di Tol Batu. Seterusnya touch ‘n go lagi di Tol Jalan Duta.


Setia City Mall

Window Shopping


Membeli Selera



2.04 petang, touch ‘n go pula di Tol Setia Alam. Seterusnya melintasi label Ecordence. 2.09 petang, masuk simpang kiri ke Setia City Mall, di Persiaran Setia Dagang. 2.10 petang, touch ‘n go untuk masuk parkir City Mall. Lalu terus ke aras P4. Kemudian parkir di 17E, lot 161.

Seterusnya masuk mall. 2.31 petang turun lif ke aras UG. Sempat masuk Butik Zara. 2.39 petang, masuk Uni Qlo. 3.16 petang, naik eskalator. Lalu masuk kedai kasut OC yang berasaskan foam technology. Beli kasut potongan 66%, saiz 41. Kononnya harga kilang yang 100% original.


Surau City Mall

Jamak Takdim

3.41 petang, turun semula ke UG. Lalu terus ke surau untuk solat jamak takdim. 4.07 petang, naik lif ke P4, kawasan parkir. 4.12 petang, bertolak keluar mall melalui mesin touch ‘n go. 4.19 petang, melintasi presint 17. Kemudian melalui jalan kampong. Jalan pintas berpandukan waze, map and traffic navigation app.

Jalan agak kecil dan sempit. 4.20 petang, masuk simpang kiri Jalan Kenanga. Kemudian Jalan Cempaka. Seterusnya masuk simpang kanan, Jalan Paip. 4.27 petang, melintasi Kg. Budiman. Masuk simpang kiri ke Bukit Cerakah.

Jalan lurus, tetapi naik bukit turun bukit. 4.33 petang, masuk simpang kanan. Lalu masuk daerah Kuala Selangor. 4.36 petang, melintasi Pusat Koreksional. 4.38 petang, akhirnya masuk simpang kanan ke UITM Puncak Alam. 4.41 petang, melintasi pondok pengawal. Lalu masuk bulatan pertama.

4.43 petang, masuk Bulatan Keris. Seterusnya membuat u turn di bulatan ke 3. Kemudian parkir di sebelah kereya Produa Acik. 4.57 petang bertolak meninggalkan UITM. 4.59 petang, masuk simpang kanan ke laluan Sg Buluh.

5.03 petang, melalui Puncak Bestari. 5.06 petang, masuk Jalan Alam Suria. Seterusnya masuk kiri Jalan Alam Suria 16/14. Parkir di depan rumah sewa Acik. 5.26 petang, bertolak. 5.30 petang, masuk bulatan Alam Suria. 5.53 petang, masuk simpang kiri ke Puncak Bestari.

Matahari gergerak ke belakang. Namun bahangnya masih terasa. 5.45 petang, melintasi Saujana Utama. 6.04 petang, touch ‘n go di Tol Shah Alam. 6.10 petang, melintasi Geno Hotel. Seterusnya touch ‘n go di Tol Putrajaya. 6.28 petang, masuk bulatan Ecoglade.


Hotel Ev World
TTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
6.23 petang, melintasi Gem In Mall. 6.39 petang, CND1. 6.40 petang sampai destinasi. Parkir depan hotel Ev World, Cyberjaya. Acik dan Umi terus ke lobi untuk check in. 7.01 malam, jalan-jalan cari makan. 7.05 malam, masuk Dpulze Shopping Centre. 7.08 malam, naik lif ke aras UG.


Dpulze Mall

Window Shopping

Aroma Selera

Menu Rice Chicken

Sabar Menunggu

7.10 malam, masuk Chicken Rice Shop. Lalu terus booking seat 3A. Untuk dinner malam ini, order triple feast, RM56.50 per set. Dimaklumkan service agak lambat kerana ramai pelanggan. 7.20 malam, baru sampai hidangan. 7.56 malam, licin to the last bite.


Chicken Rice

Triple Feast

Kadang-kadang kelaparan memebuatkan apa yang disuap menjadi nikmat, “gendang gendut tali kecapi”. 8.03 malam, dua kali  naik eskalator hingga aras UG. 8.07 malam, Acik dan Umi masuk farmasi Watson. 8.10 malam, turu lif ke aras P1. Keluar dan terus menyeberangi jalan.



Peta Hotel Ev World


Hotel Eve World


Kemudian menyusuri jalan pulang. 8.19 malam, sampai di hotel Ev World. Seterusnya menghirit beg. Melalui tangga side door. Sengaja by pass lobi hotel untuk mengelak formality door. Kemudian terus ke bilik 107.

Malam semakin larut, dan kelam semakin menyelimut. Hanya bisikan malam mendendangkan kesepian. Menghanyutkan perasaan. Akhirnya terlina dalam kembara mimpi yang baru hendak bermula.
SABAH font-size: 13.0pt;

Post a Comment

Powered by Blogger.