Qalam Perjalanan

HARI 2: JUMAAT, 7 JULAI 2017 (1)
 Air Asia Ak6302 – Holiday Villa Langkawi



5.43 pagi, azan berkumandang. Lalu Solat Subuh, dan memanjatkan doa. 7.22 pagi, berkemas dan bersiap-siap. Ayla dan Ayra berpakaian sedondong. Ceria dan excited. 743 pagi, light breakfast di apartmen. Sekadar mengalas perut.


 Apartmen U24

Mencatat Memori 

Bersiap Sedia 

Meneruskan Perjalanan

 Nasi Kandar Al-Maju

7.57 pagi, keluar dari apartmen U24. 8.02 pagi, meningggalkan Presint 11, Setia Alam. Pohon-pohon palma dan jati kelihatan segar dalam sinaran pagi. 8.21 pagi, breakfast di Restoran Nasi Kandar Al-Maju, di Presint 8.


Stesen Putrajaya 

8.47 pagi, singgah di 7 Eleven. Beli gula-gula untuk cucu. Kemudian bertolak. 8.58 pagi, melintasi Kompleks SK. Bestari. Seterusnya mengikut jalan ke Putra Sentral. Beberapa minit kemudian masuk ke parkir awam berbumbung. Lebih dikenali sebagai Park & Ride, di Presint 7. Bersebelahan dengan bangunan Stesen Putrajaya dan Cyberjaya ERL Sentral.


Turun Lif 

ARAM's Family

 Di Platform 3 

Stesen ini adalah sebahagian daripada kompleks yang dikenali sebagai Putrajaya Sentral. Terletak dalam Terminal Pengangkutan Barat (WTT). Mempunyai 2 platform dan 4 trek. Manakala kemudahan taman dan parkir diintegrasikan dengan sistem pengangkutan awam dan kenderaan peribadi. 


Menunggu Tren

 KLIA Transit ERL

Ianya mula beroperasi pada tahun 2002. Sebagai "Hab Pengangkutan Awam" untuk kawasan Putrajaya, Cyberjaya, Dengkil dan Sepang. Yang bermula dengan perkhidmatan "KLIA Transit". Selain itu beberapa kios check-in layan diri, berkonsepkan “mesra pengguna” juga disediakan. Menawarkan check-in yang lebih mudah, dan lebih menjimatkan masa.


 Feeling Excited

9.13 pagi, parking di K6 aras B, lot 410 dan 411. Honda City i-Vtec TBH669 dan  Hilux WRB678 D-4D parking berdekatan. 9.25 pagi, check-in di kaunter S12 Laman Perdana. Seterusnya turun lif ke Platform 3, transit KLIA, Putrajaya, dan Cyberjaya. 9.51 pagi, baru naik KLIA Transit. Ayla, Ayra  dan Aqeef feeling excited. Pengalaman pertama menaiki tren.


 Pengalaman Baru


Meluas pandangan 

10.00 pagi, berhenti di Stesen Salak Tinggi. Tujuh minit kemudiannya, berhenti di Stesen KLIA. 10.12 pagi, akhirnya sampai di Stesen KLIA2. Seterusnya berjalan melintasi kedai bebas  cukai. Ayla, Ayra dan Aqeef kelihatan seronok dengan kesibukan suasana. 10.34 pagi, singgah di bahagian baggage drop di connectivity hub. Kemudian check-in di kaunter S12.


Peta KLIA2

 Panorama KLIA2

Selera KFC 

 3 Kembara Cilik

10.53 pagi,  menjamu selera di KFC.  Sederet dengan Food StallMarrybrown,  Agrowbazaar, The loaf dan KK Super Mart Setia.   Di samping kedai aksesori wanita: Bodyshop, Beauty Express, dan WHSmith. 11.28 pagi, melalui pemeriksaan boarding pass, dan pasport.  Kemudian pemeriksaan Imigresen. 11.35 pagi, terus naik lif ke tingkat 2.


Naik Buggy

Pengalaman Buggy

 Kembara Cilik


11.41 pagi, menunggu di Buggy Pick Up Point untuk ke Gate K. 11.46 pagi, berpeluang naik buggy. Ayla, dan Ayra benar-benar teruja. Seterusnya naik lif ke tingkat 1A. Melintasi Little Café. Kemudian  menunggu berhampiran Gate K4. Malangnya, Flight delay 1 jam. Sepatutnya  boarding time 12.05 tengah hari. So, terpaksa  menghadapi the anxiety of nothingness.


 Boarding AK6302

12.35 tengah hari,  barulah berbaris untuk masuk Gate K4. Seterusnya pemeriksaan boarding pass dan pasport. Kemudian menunggu lagi. Waiting is really wasting. 1.10 petang, akhirnya berbaris untuk boarding pesawat Air Asia AK6302. 1.14 petang, turun melalui aerobridge hingga ke  pintu pesawat.

Dalam kabin, family ARAM duduk di nombor 9 ABDCEF. Dalam linkungan quiet zone. Acik, Ayahsu, dan Ayla duduk bersama di tempat lain.  Tempat duduk 3X3 agak selesa. Memberi ruang untuk berehat. Manakala Kapten Hamid membuat inflight announcements. Kemudiannya memandu pesawat ke arah landasan untuk takeoff.


Menyusuri Angkasa

1.41 petang, akhirnya pesawat memecut meniggalkan landasan. Seterusnya menyusuri lebuh raya angkasa. Yang lebih luas dan lebih terbuka. 1.52 petang, bergegar apabila melanggar awan. Akibat melalui perbezaan ketumpatan udara dalam awan. Suara-suara penumpang akhirnya tenggelam dalam deruan enjin pesawat.


Langkawi Airport
Balai Ketibaan 

1.58 petang, krew kabin  menolak mini bar. Menawarkan minuman dan makanan ringan. 2.13 petang, berada di perairan Selat Melaka. Sepuluh minit kemudian baru mendarat di Langkawi International Airport, Padang Matsirat. 2.31 petang, terus masuk ke balai ketibaan. Seterusnya menunggu di bahagian baggage reclaim. Ayla dan Ayra kelihatan teruja.

Dimaklumkan, Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi telah mencatat sejarah. Memenangi anugerah Best Airport in Asia Pacific.  Dalam kategori kurang dari 2 juta penumpang setahun. Di samping penilaian terbaik untuk Airport Service Quality Awards (ASQ) tahun 2013 dan 2014. Nampaknya Langkawi airport benar-benar telah mematuhi piagam pelanggannya. Malah kualiti perkhidmatan dan landskapnya boleh diberikan pujian.


Kereta Sewa Tayota

Seterusnya, 2.46  petang,  kereta sewa KV5712C, Toyota Avanza meluncur keluar dari kawasan airport.  2.59 petang, melepasi tol airport. Tiga minit kemudian melintasi  Pusat Latihan Polis. Seterusnya mengikuti laluan sepanjang pantai Cenang. Kelihatan riak-riak ombak berkilau-kilauan disentuh cahaya senja. Saling berkejar-kejaran dengan bayu laut dan saling besaing menuju ke pantai.

Dengan berpandukan waze, Toyota Avanza terus masuk jalan kampung. Melalui sawah padi dan melintasi rumah-rumah tradisi. 3.11 petang, isi minyak Petronas di lot 290 kedawang. 3.22 petang, masuk  simpang  Jalan Chandekura. Dua minit kemudian masuk simpang Ulu Melaka. Seterusnya simpang Telaga Air Panas dan simpang kiri  Jalan Mata Air.


Open-'Air Lunch

Restoran  Nasi Kandar

3.53 petang, singgah di Restoran  Masha Nasi Kandar,  Jalan Kelebang. Makan di luar restoran, open air. Manakala pohon-pohon di persekitaran meredupkan lagi suasana. Memberi keselesaan dan ketenangan. 4.38 petang, meneruskan perjalanan selepas menjamu selera. 4.43 petang, melintasi Hospital Langkawi dan Pengkalan TLDM.


Peta Holiday Villa

Kedai ESTD Hardys 1853

Remang-Remang Senja

Matahari kelihatan semakin pudar dalam remang-remang senja. 4.48 petang, akhirnya masuk perkarangan Holiday Villa Beach Resort,  Pantai Tengah. Terus check in, untuk 2 bilik. 5.11 petang, terpaksa parking  jauh dari Blok Sigal, vila penginapan. 5.13 petang, baru masuk bilik 356, manakala Ibu pula masuk bilik 355.


Kolam Renang Holiday 

6.15 petang, solat jamak takhir. Kemudian berehat sambil melihat Fox Movie, "The Brave".  6.46 petang Nenek dan Ayahsu membwa Ayla ke kolam. Ayra dan Aqeef masih lagi tidur. Nyenyak, dek keletihan.

Demikian, kadang-kadang tidak sedar masa berlalu. Ini yang  dikatakan: ketika rehat masa  memintas. Ketika sibuk masa terbatas. Di luar rupa-rupanya malam sudah lama berlabuh. 9.00 malam, baru turun dari bilik. Kemudian melintasi post kawalan. Seterusnya masuk simpang kiri. Melintasi beberapa  restoran: Restoran Wood, Restoran Boat, Restoran Saga dan Restoran  Melayu.


9.08 malam, sampai di Restoran Selera Lubuk Buaya. Lot 965 Kampung Padang Putih.  Lalu duduk di meja teratak "sarang buaya". Sekali-sekala terasa belaian angin malam dari pantai Cenang. Dalam suasana yang agak romantik, selera bagaikan berbaur-baur dengan perasaan. Lalu malam larut dalam bisikan nostalgia. 9.53 malam, baru selesai dinner.  Licin, tak tersisa sedikit pun. Malah berbaloi dengan bayaran RM95.00

Kelihatan beberapa orang pelanggan masih lagi berdatangan, walaupun lewat jam 10. 10.11 malam, baru bertolak. Kemudiannya masuk Jalan Kedawang. 10.16 malam, membeli maggie di Temoyong Mini Mart.  Parking berhampiran Submarine Cafe.  10.30 malam, singgah Geco Mini Market. 10.42 malam, bertolak. Kemudian masuk simpang Holiday Villa. 


10.53 malam, terus parking. Kemudian mengikut laluan ke Blok Sigal. Persekitaran agak gelap, hanya diterangi cahaya suram dari lampu jalan. Namun Ayla, Ayra dan Aqeef sempat singgah di taman permainan. Bermain buaian dan papan gelongsor. 10.57 malam, baru masuk bilik 356. 11.13 malam, sempat menonton Fox Movie, "Maleficient", sebelum masuk tidur.



Post a Comment

Powered by Blogger.