HARI KEENAM, 11
JULAI 2017 (1)
Apartmen Alamanda
- UITM PAlam - 1 Utama
- UITM PAlam - 1 Utama
4.17 dinihari, terbangun. Terasa dingin dan sepi. Lalu fikiran mula menjelajah. Menjelajah tanpa penghujungnya. Akhirnya kembali kepada diri sendiri. Bagaikan ruang yang memberi kesempatan. Mengingati diri dengan beberapa surah. Terutama surah Al-Inshiqaq, ayat 25:
Tetapi orang-orang yang beriman dan beramal
saleh, bagi mereka pahala yang tidak putus-putusnya.
|
5.45 pagi, azan berkumandang. Bergema dalam
keheningan pagi. Lalu mandi air panas dari pam jenama Media. Kemudian solat subuh dan memanjatkan doa. Memohon
kesejahteraan dan keselamatan. Teringat kata Tok Guru, “doa adalah senjata
orang mukmin”.
8.27 pagi, berehat sambil menonton cerita Hindustan,
“Dangal”. Yang berhasil memecahkan rekod Box Office Bollywood. Filem yang diarah
dan dilakonkan oleh Aamir Khan, dengan
kerjasama Disney. Mengenai ketabahan seorang
bapa. Yang berani mencabar
tradisi. Hingga tiada siapa dapat menghalang kegigihannya. Akhirnya
menjadi dilema masyakat, “I have no heart to
say no. I have no courage to say yes”.
A String Of Women Champion |
Film Dangal diadaptasi daripada kisah benar. Mengenai seorang ahli gusti atau gulat, Mahavir Singh Phogat. Yang pernah menjadi juara nasional. Beliau menginginkan anak lelakinya untuk meneruskan impiannya. Malangnya, ketiga-tiga anaknya perempuan. Akhirnya Mahavir memutuskan untuk melatih kedua-dua anak perempuannya, Geeta dan Babita.
Geeta Phogat kemudiannya
memenangi kejuaraan Commonwealth 2010. Juga
masuk Olimpiade tahun 2016 sebagai pegulat wanita
pertama India. Babita Kumari, pula meraih
medal emas di Commonwealth Games. Manakala adiknya, Ritu
Phogat, memenangi medal emas di
Kejuaraan Gulat Persemakmuran pada tahun 2016.
Begitu menarik ceritanya. Tak sedar masa berlalu. 8.37 pagi, Ayahsu
dan Nenek keluar daripada apartmen. Mencari
juadah untuk breakfast. 9.04 pagi, pulang dengan nasik lemak. Satu-satunya
favourite Atuk. 10.36 pagi, keluar semula. Melintasi pondok kawalan.
Seterusnya masuk simpang ke destinasi Alam Suria.
10.53 pagi, sampai di penginapan Acik. No. 38, 16/14 Jalan
Alam Suria. Kemudian mengikuti kereta Acik. 11.03 pagi, berhenti di
kedai Pusat Servis Hawa Dingin. Jalan Dataran Suria
Seksyen U15. Tinggalkan kereta Acik untuk dibaiki. Seterusnya 11.58 pagi, masuk simpang UITM Palam. 12.03 tengah hari, turunkan Acik di
bangunan 234FKS.
Terbesar Di Asia Tenggara |
12.10 tengah hari, keluar dari kampus UITM. 12.57 tengah hari, masuk Persiaran Mukhtar Dahari. Melalui beberapa tol: Tol Shah Alam dan Tol Damansara. Kemudian masuk simpang kiri ke Bandar Utama Damansara. Bandar kediaman mewah. Terletak di bahagian PJU6 Petaling Jaya. Popular dengan Pusat Membeli-belah 1 Utama.
1.17 tengah hari, menyusuri basement 1 Utama Shopping Centre. Kompleks membeli
belah yang terbesar di Asia Tenggara. Mempunyai
Keluasan 5,000,000 kaki persegi. Di samping 30,000 kaki persegi taman di atas
bumbung. Ditambah dengan dua pusat karaoke, dua pawagam, boling 36 lorong dan
permainan kanak-kanak.
Terpaksa meronda untuk mencari parkir.
Akhirnya 1.21 tengah hari, parking di aras 4K 28. Kemudian turun lif dari aras
2 ke aras 1. Kemudian naik semula ke aras 2. Masuk Parkson.
Terus ke bahagian pakaian kanak-kanak. Antaranya: polo club, Disney pixr,
adidas, timberland, kent, ducati, pepe jeans dan the club.
2.18 petang, terasa lapar. Terus masuk medan Food Republic di aras dua. Order nasi ayam, butter
chicken dan chicken wing fried rice. Kebetulan pelanggan tidak berapa ramai.
2.54 petang, kekenyangan. Berhenti sebentar di Gintell relaxation zone,
“take a break”.
Senja Melatari Kaki Langit |
3.18 petang, Ayahsu membayar parkir di mesin auto pay. 3.23 petang, keluar dari 1 utama. Cuaca agak mendung. Awan gelap kelihatan terapung-apung memenuhi ruang. 3.35 petang, melalui Tol Damansara 3.45 petang, Tol Bukit Jelutong.
Post a Comment