Qalam Perjalanan

HARI KETIGA 9 JUN 2017
SETIA MALL | LAB FSK234 UITM PALAM



Gal Gadot The Wonder Woman


4.36 dinihari, terbangun. 4 orang family Aram masih tak balik lagi. Ayla, Ayra, dan Aqeef nyenyak tidur. 4.48 dinihari, Khuzly, Kakak, Kakcik, dan Faiz baru balik. Selepas menonton midnight showWonder Woman” di Setia City Mall. Balik bersama juadah Sahur. 4.52 dinihari, sahur bersama-sama.

5.14 pagi, baring-baring sambil menunggu waktu solat Subuh. Mengingati beberapa surah. 5.40 pagi, terdengar suara azan. Sayup-sayup dibawa angin pagi. Begitu syahdu dalam keheningan pagi. 5.48 pagi, solat Subuh. Berdoa untuk kesejahteraan dan kebahgiaan.

Dari jendela kamar, kelihatan bulan sayu-sayup. Terapung-apung di atas bangunan yang bagaikan siluet. Cahayanya agak suram. Kelesuan,  dalam cahaya fajar yang baru mula menyinsing. Cahaya merah kekuningan mula melatari kaki langit.

7.20 pagi, suasana pagi mula bising dengan bunyi kenderaan. 7.54 pagi, bangunan DEMC Specialist Hospital mula dilimpahi cahaya. Perlahan-lahan. Sinaran pagi beransur-ansur memburu kegelapan yang masih tersisa. Disetiap ruang, dan sudut.

Suara alam bagai meraikan kedatangan fajar. Cahayanya perlahan-lahan mewarnai rimbunan, dan bangunan-bangunan siluet. Begitu indah, dan mempersonakan. 8.44 pagi, Ayra, dan Ayla dah bangun.  9.10 pagi, sempat menyuapkan cucu di beranda studio.


Air Terjun Rock Garden


Di Celah-Celah Bangunan

10.17 pagi, berkemas, dan bersiap-siap. Ayla masih meringik-ringik hendak mandi kolam. Pagi ini Ayra, dan Aqeef lebih ceria. Playground sudah menunggu untuk diterokai. 10.36 pagi, naik lif ke P5. Ayla, Ayra dan Aqeef teruja bila sampai di playground.


Kolam Mandi Vesta Alam


Bilik Indoor Playground


Lain-lain kemudahan termasuk: kolam renang, gimnasium, gelanggang tenis, gelanggang squash, Mini Market, dan trek joging. Bagaimanapun Ayla, Ayra, dan Aqeef tak sempat bermain di kolam renang.



Bermain Papan Gelongsor


Menunggang, Dan Merangkak


Mencabar Kemampuan Fizikal


10.40 pagi, masuk bilik Indoor Plays. Menawarkan pelbagai permainan. Ayla, Ayra, dan Aqeef benar-benar teruja. Dan seronok. Lalu hanyut dalam penjelahan alam kanak-kanak. Dari satu permaianan ke satu permainan. Suara-suara keseronokan memenuhi ruang bilik. Begitu juga keriangan terpancar di wajah-wajah kecil.

Setiap perrmainan mempunyai  aktiviti khusus. Yang mencabar kemampuan fizikal, dan kemahiran. Antara aktivitinya termasuk: meluncur, memanjat, merangkak, berayun, menyusur, dan menonggang

11.12 pagi, keluar dari apartmen studio S2-1-3A. Turun lif ke LG. 11.20 pagi bertolak, meninggalkan Soho 2 Vista Alam. 11.25 pagi, melalui Seksyen 19, dan Stadium Shah Alam. 11.31 pagi, Tol Bukit Jelutong. Ayra dah hanyut dibuai mimpi. Ayla, dan Aqeef masih galak bermain.


OTW To Setia City Mall


11.36 pagi, Tol Setia Alam. Matahari memancarkan cahaya. Menguasai setiap ruang, dan sudut. 11.45 pagi, parking di 7B GSC Setia City Mall, Persiaran Setia Dagang. Masuk 4P, dan kemudian turun accelerator ke P2. 11.48 pagi, singgah di kedai Rotiboy. 11.52 pagi, masuk H&M Stor.


Chicken Rice Shop Setia City Mall


12.23 tengah hari, masuk Butik Poplook Raya Collection. Lagu-lagu raya yang evergreen berkumandang. Membangkitkan perasaan syahdu di pagi raya. 1.24 petang, “tersangkut” di Butik Sports Empire. 1.31 petang, masuk pula kedai Skechers, “world famous”. 2.00 petang, kedai Caring Pharmacy.

2.22 petang, melepak dekat mainan Sesame Street. Ayra, Ayla, dan Aqeef benar-benar excited. Berebut-rebut naik The Big Bird, dan Hello Kitty. Terutama Aqeefthe little brave” tak mahu mengalah dengan dua orang kakaknya.

2.44 petang, akhirnya bertolak meninggalkan Setia City Mall. Melalui jalan pintas. Jalan kampung yang penuh dengan rimbunan pohon-pohon. 3.10 petang, masuk jalan  Bukit Cerakah. Bagaikan naik bukit turun bukit. Kemudian masuk Daerah Petaling, dan melintasi Pusat Conventional Puncak Alam.


Lab FSK UITM Puncak Alam


3.14 petang, masuk kampus UITM. Turunkan Kakcik di Lab FSK234. Goodbye Kakcik. 3.37 petang, melintasi pondok pengawal. 3.56 petang, Persiaran Bandar Tasik Putri.  Kemudian melintasi kawasan rehat Kundang. 3.57 petang, Tol Kuang. Seterusnya Tol Jalan Duta, dan Tol Air Panas.


Selepas Palaza Tol Gombak


Terpaksa melalui jalan rosak. 4.24 petang, Singgah di kedai Mondas. Ambil handphone yangh telah dibaiki. 4.43 petang, kedai Gadget di Jalan Langkawi, Setapak. 5.23 petang, isi minyak Petron di MRT Jalan Utama. 5.34 petang, Tol Gombak. 5.44 petang, masuk terowong Genting Sempah.


Ayla & Aqeef

Stesen Petronas Karak-KL


5.42 petang, melintasi Kampung Bukit Tinggi. 5.53 petang, Dusun Eko  Resort. 6.18 petang, berhenti di stesen minyak Petronas. Terletak di km 54 Lebuh Raya Karak-KL. Kemudian solat jamak takhir. Sempat membeli juadah di KFC untuk berbuka puasa.


Hutan Batu-bata Di Celah Rimbunan Hijau


6.38 petang, bertolak. 6.42 petang, melalui Tol Betong. Kelihatan sisa senja melatari kaki langit. Sekali-sekali terlindung di balik rimbunan. 6.53 petang, Tol Karak. Sisa-sisa senja masih lagi memaut gumpalan-gumpalan awan jingga. Suasana semakin suram, dan samar-samar.


Senja Melatari Lebuh Raya LPT


7.08 malam, bukit-bukau di kejauhan bertukar siluet. Kegelapan terus memburu sisa-sisa senja. 7.14 malam, melintasi Sungai Pahang, dan R&R Temerluh. 7.16 malam, parking di stesen Petronas. Sempat berbuka puasa, dan  solat Takdim, Lepas itu meneruskan perjalanan.

8.10 malam, hujan turun. Sekali-sekala kelihatan kilat memacar di kaki langit. 8.14 malam, hujan berhenti. Kelihatan bulan bagaikan terapung-apung lesu. Cahayanya agak pudar. Sekali-sekala dilindungi gumpalan-gumpalan awan gelap.

8.54 malam, pancaran kilat menerangi rimbunan siluet. Kemudian kembali gelap. 9.04 malam, berhenti di Restoran Emmy’s Kitchen. Lorong Padang Maju 1, Kampung Padang Darat, Kuantan. 9.54 malam, selepas dinner, meneruskan perjalanan.

10.01 malam, Tol Kuantan. Bulan masih lagi setia mengiringi sepanjang perjalanan. Bagaikan terapung-apung di kejauhan.  Ayla, Ayra, dan Aqeef sudah lama berlabuh di alam mimpi. Namun Honda Stream terus meredah malam, yang semakin larut.

11.28 malam, sampai di Tol Kuala Telemong. 11.32 malam, masuk simpang kuala Telemong. Kemudian susur keluar ke Kuala Telemong. Seterusnya meredah malam. Melalui beberapa kampung tradisi. Akhirnya  11.41 malam, selamat sampai di teratak Sri Teratai.

Post a Comment

Powered by Blogger.