Qalam Perjalanan

HARI KEDUA 8 JUN 2017
AEON FANTASY KIDZOONA | APARTMEN STUDIO S2-1-3A

4.43 pagi, terbangun. Namun baring semula. Seterusnya tidur-tidur ayam. Sekali-sekala terdengar suara Umi dan Kakak di dapur studio. 5.11 pagi, menuruni tangga dari tingkat 1. Kemudian menikmati juadah sahur. Walaupun tidak seenak di home sweet home.

5.29 pagi, azan berkumandang dari handphone. Lepas berwuduk terus solat Subuh. Memanjatkan doa untuk kesejahteraan, dan keselamatan. 7.16 pagi, agak riuh di bawah. Ayra dan Aqeef sudah bangun. Tetapi Ayla masih lagi berselimut. Nyenyak.

Dari jendela kaca, kelihatan Sungai Klang mengalir lesu. Bagaikan tak bermaya dalam remang-remang pagi. Manakala bayang-bayang kondomium di permukaan sungai bagaikan riak-riak longlai. Lebuh raya pula kelihatan agak lengang.


Sungai Klang Mengalir 120 Km


Demikian, Sungai Klang mengalir sepanjang kira-kira 120 km. Masuk ke lembah Kelang yang padat dengan penduduk. Lebih daripada 4 juta orang. Menyebabkan sungai tercemar, dan mengalir lesu. Pembangunan yang bereterusan akhirnya menyempit sungai. Sehingga menjadi longkang-longkang besar di beberapa tempat.

10.11 pagi, memulakan perjalanan. 11.24 pagi, melintasi Kampung Kerinci. Kemudian Tol Damansara. Dan seterusnya beberapa tol. Rasa sedikit menganggu perjalanan. Bagaimanapun jalan tidak berapa sesak. Perjalanan agak lancar pagi ini.

Seterusnya melintasi kawasan Kayangan Height dan Puncak Perdana. Jalan agak mendaki. 10.34 pagi, melintasi LYL Logistic Park, Seksyen U10. Kemudian simpang  Seksyen U15. Masuk Persiaran Mukhtar Dahari. Terus ke Jalan Bukit Cerakah.


Kampus UITM PALAM


11.02 pagi, masuk laluan UITM PALAM. Melewati pondok kawalan. Terus masuk “kampus pintar”. 11.21 pagi, menunggu  Kakcik di Lab FSK234. 11.31 pagi, keluar dari Kampus UITM. 11.36 pagi, masuk simpang Saujana Utama. Seterusnya mengikut jalan yang sama.

12.17 tengah hari, Kakcik booking nasi ayam penyek di Seksyen 7. 12.20 tengah hari, melintasi Hospital Shah Alam, di Persiaran Kayangan. 12.30 tengah hari, masuk Persiaran Masjid. Kelihatan Masjid Shah Alam di Seksyen 10. Syahdu dalam sinaran mentari.


Masjid Biru Shah Alam


Dinamakan juga “Masjid Biru” oleh penduduk tempatan. Dikatakan, sinaran cahaya matahari masuk melalui kaca berwarna biru. Menjadikan suasana kebiru-biruan di bahagian dalam masjid. Begitu indah biasan cahaya biru. Lalu membangkitkan rasa ketenangan, dan kedamaian.


Aeon Mall Seksyen 13

12.31 tengah hari, drive through KFC. Di Jalan Bunga Melor, Seksyen 2. Order set B2 set lunch untuk 3 orang cucu. 12.46 tengah hari, masuk Lebuh Raya Guthrie. 12.47 tengah hari, melintasi Stadium Shah Alam di Seksyen 13. 12.50 tengah hari, masuk Aeon Mall, di Jalan Akuatik.


Shopping Di Aeon Mall


1.11 petang, melintasi Food Seksyen, Kingdom Of Colours, Fatin Suhana, dan Adam Baju Melayu. Diraikan dengan lagu-lagu raya. Yang berkumandang memenuhi ruang mall. Sempat masuk beberapa premis. Termasuk ELP Mubarak, MS read, Kedai Levis, dan Amyliana Boutique.

Terdapat beberapa kios mempamirkan berbagai fesyen pakaian raya. Termasuk: D Collection, Allurealdy, Kukoula Enterprice, dan H & M Butik. 2.00 petang, masuk Uni Qlo. 2.56 petang, Pasar Raya Aeon. 3.34 petang, solat jamak takdim.


Ball Pool Fantasy Kidzoona


3.48 petang, Ayla, Ayra dan Aqeef “tersangkut” dalam Aeon Fantasy Kidzoona. Lalu hanyut dalam pelbagai mainan. Bersama kanak-kanak yang lain. Kadang-kadang tak tahu nak mula bermain. Kadang-kadang berlari-lari dari satu permainan ke satu permainan. Demikian, terlalu banyak pilihan menimbulkan keghairahan. Bagaikan rambang mata.


Terapung Di Ball Pool

Berenang Di Ball Pool


Dalam Fantasy Kidzoona terdapat beberapa bahagian. Mengikut jenis permainan. Ada kawasan Kinetic Sand, Ball Pool, Block, Burger Shop, Hospital, Market dan sebagainya. Terpaksa pula bergilir-gilir menunggu. 4.34 petang, baru keluar dari Fantasy Kidzoona.

Fantasy Kidzoona, salah satu indoor playground di bawah pengurusan AEON Fatansy. Masuk berbayar, dan bersyarat iaitu memakai stokin. Bayaran yang dikenakan tidak ada had masa. Jadi, anak-anak boleh bermain sehari suntuk. Sehingga terdaya.

Suka bermain adalah sifat semulajadi kanak-kanak. Malah perasaan ingin tahu mencetuskan minat untuk meneroka alam fantasi. Lebih-lebih lagi alam kanak-kanak bagaikan sudut mistri yang secara spontan mencipta imaginasi. Kemudian menjadi persepsi yang dapat diterjemahkan pada riak wajah kanak-kanak.

5.00 petang, terpaksa pula menunggu Umi dan Kakcik. Yang masih lagi ada mood shopping. 5.37 petang, baru keluar dari Aeon Mall. Suasana mula hening. Senja sudah lama berlabuh. Tompokan-tompokan awan senja kelabu memenuhi kaki langit. Dihiasi dengan warna merah kekuningan.

5.44 petang, melalui Seksen 13. Masuk bulatan Pesiaran Kayangan, Seksyen 7.  Seterusnya Seksyen 12, dan Seksyen 14. Berhenti di Affin Bank untuk dapatkan kunci tempahan homestay apartmen studio, dari pemiliknya.




6.12 petang, sampai di Soho 2 Vista Alam Shah Alam  Serviced Apartment. Di Jalan Ikhtisas 141, Seksyen 14. Seterusnya parking di aras LG. 6.19 petang, naik lif. Kemudian masuk apartmen Studio S2-1-3A. Dua bilik, Lengkap dengan ruang tamu, dan dapur.


Mengakhiri Sisa-Sisa Senja


Ruang beranda agak luas. Lalu beristirihat sambil menikmati panorama. Menyaksikan kaki langit beransur-ansur mengakhiri sisa-sisa senja. Warna merah kekuning-kuningan semakin samar-samar. Begitu indah, dan syahdu.


Restoran Ayam Penyek


6.58 petang, keluar dari apartmen. 7.04 malam, naik lif ke P3. Kemudian turun tangga ke aras LG. 7.10 malam, bertolak. Melintasi Shah Alam Convention Centre. 7.12 malam, lampu-lampu kereta bagaikan pesta menerangi jalan. Malam semakin berlabuh. 7.20 malam, akhirnya berbuka  di Restoran Ayam Penyek, Seksyen 7.


Beristirihat Di Studio S2-1-3A

Malam Berlabuh Di Vista Alam


8.29 malam, bertolak. Lampu-lampu kereta bagaikan menari-nari di tengah jalan. Lalu menyusuri malam. Mencari jalan pulang. 8.45 malam, parking di aras LG Vista Alam. Kemudian terus masuk apartmen Studio S2-1-3A. Keletihan, tetapi Ayla, Ayra dan Aqeef masih lagi mampu bermain. 

Mengkagumkan. Semangat bermain mengatasi keletihan. Kadang-kadang spiritual strength lebih daripada kekuatan fizikal. Tenaga kanak-kanak memang sukar difahami.

Post a Comment

Powered by Blogger.