HARI PERTAMA: 6
JULAI 2017
TERATAK SRI
TERATAI – APARTMEN U24 PERSINT 11
9.56 pagi, bertolak. Honda City i-Vtec TBH669 meninggalkan Sri Teratai. Seminit kemudian masuk simpang T9 Kuala Telemong. Seterusnya melalui Kampung Batu Hampar. Sempat mengisi minyak Caltex with Techron. 10.06 pagi, singgah di gerai makan di Kampung Pulau Manis. Walaupun breakfast agak lewat, tetapi memadai untuk mengalas perut.
Taman Sri Teratai |
4479 Pulau Bahagia |
WRB678 HILUX D-4D terpaksa bertolak kemudian. Selepas Ibu habis mengajar di Sekolah Menengah Bidong. Hanya akan berjumpa di homestay apartmen U-24, pangsapuri Blok A Persint 11. Booking melalui internet.
10.34 pagi, ke kiri susur masuk ke LPT. 10.35 pagi, melalui Plaza
Tol Kuala Telemong. Terus masuk sempadan
Hulu Terengganu. Melintasi ladang kelapa sawit.
10.47 pagi, kawasan Rehat Ajil. Kemudian melalui
kawasan angin lintang. Matahari kelihatan lesu dalam cuaca mendung.
Tompok-tompok awan hitam kelihatan berarak mengisi ruang.
11.11 pagi, melintasi Sungai Dungun. 3 minit kemudian melintasi Exit 851 Kuala Dungun. Seterusnya melintasi kawasan Rehat Paka. 8.57 pagi, Sungai
Paka, dan kemudian Sungai Bunut. 11.38 pagi, melepasi Exit 847 Kertih. Kemudian Sungai Air
Hitam, dan Anak Sungai
Air Jernih. 11.51 pagi, berehat sebentar di Hentian
Sebelah Kijal.
12.09 tengah hari, Exit 841 Cukai. Papan kenyataan menunjukan 826 km lagi ke KL. 12.11 tengah hari, melintasi Sungai Kemaman. Kemudian Sungai
Jenang. 12.15 tengah hari, masuk kawasan berkabus. Cuaca masih lagi
mendung. Seterusnya Exit 839 Bandar Ceneh Baru.
Melintasi Anak Sungai Jabur.
12.24 tengah hari, kawasan Rehat Perasing. Dan masuk zon operasi kamera. 12.32
tengah hari, melalui kawasan bauksit. Hujung daun sawit dicemari debu-debu
merah. Sepajang jalan dilumuri debu-debu bauksit. 12.32 tengah hari, melintasi Exit
833 Kuantan. 12.38 tengah hari, melintas Sungai Kuantan.
Selepas Plaza Tol Karak |
Selepas Terowong Genting Sempah |
Menyusuri Kota Raya |
2.28 petang, Plaza
Tol Bentong. 3.35 petang, sempat melihat kereta terbakar di tepi jalan yang bertentangan. 2.32 petang, melintasi Kampung Bukit
Tinggi Bentung. 3 minit kemudian, masuk terowong Genting
Sempah. 3.49 petang, Plaza Tol Gombak.
Dari jauh kelihatan Menara Kembar Petronas. 2.57 petang, Plaza Tol Batu. Seterusnya 3.22 petang Plaza Tol Setia Alam.
3.27 petang, masuk premis Setia City Mall. Parking di P4 15E. 3.43
petang, masuk Parkson. 3.54 petang, Masuk L1 Food
Channel Food Court. 4.12 petang, duduk di Stesen Francais.
Order bihun sup daging dan nasi sup ayam. 4.36 petang, solat jamak takdim di
tingkat UG. Kemudian turun accelarator. 5.02 petang, beli makanan ringan
di Subway, “excite your taste buds”
5.20 petang, meninggalkan Setia City Mall. Ikut jalan pintas. 5.33 petang,
masuk Taman Meru. Simpang kanan ke Jalan Paip. 5.37 petang, melintasi Kg. Budiman.
Seterusnya Bandar Hill Park. Dan melintasi label IJM Land Alam Suria.
5.58 petang, sampai di hadapan pagar No. 38. Rumah sewa
Acik, Jalan Alam Suria 16/14.
6.06 petang, bertolak. Terus melintasi
Puncak Bestari 2. 6.25 petang, melalui Saujana Utama. 6.30 petang, Taman
Greenhill. Melintasi label Cahaya SPK, dan Kayangan
Height di lereng bukit. 6.37 petang, isi minyak di Stesyen Shell Jalan
Ungu Seksyen U9.
6.45 petang, masuk Persiaran Mukhtar Dahari. 6.53 petang, Plaza Tol Shah Alam.
Senja masih melatari kaki langit. Begitu indah. Lampu-lampu jalan agak pudar
dalam cahaya senja. 7.18 malam, matahari hilang di balik sisa-sisa senja.
7.21 malam, masuk Persint 11,
Putra Jaya. 7.51 malam, Honda City
i-Vtec TBH669 terpaksa parking jauh dari Pangsapuri Blok A. Manakala WRB678 HILUX D-4D parking tak
jauh dari Honda. Ayla, Ayra
dan Aqeef teruja apabila berjumpa datuk dan
nenek.
Kawasan parking penuh dengan
kereta. 8.02 malam, masuk Pangsapuri Blok A, Zone 6B.
Seterusnya naik lif ke tingkat 12. Kemudian masuk homestay, apartment U-24. 3 orang cucu kelihatan lesu.
Keletihan, dan mengantuk. 7.34 malam, solat jamak takdim.
Post a Comment