HARI KEDUA: 27 MEI 2013 (1)
Sungai Li | Desa Yangdi - Desa Xingping
(Terpahat Menjadi Kenangan
Tersemat Menjadi Ingatan)
Aktiviti kembara seterusnya ialah berakit di Sungai Li. Cabaran yang mendebarkan dan
mencemaskan. Lalu bas membawa kami ke Desa Yangdi, yang terletak di tebing barat Sungai Li. Kira-kira 50 km dari Guilin
dan 40 km ke utara Yangshuo.
|
Warna Alam |
Turun dari bas, kami terus mengikuti lorong menuju ke
tebing Sungai Li. Rakit-rakit naga bersantai di tebingnya, menunggu pelancong. Dilatari keindahan panorama Sungai Li, bagaikan sebuah lukisan yang sukar dipercayai. Dihiasi dengan warna-warna alam dengan ciri-ciri semulajadi yang mengkagumkan.
|
Sungai Li |
|
Laluan Kembara |
Sesungguhnya Sungai Li, adalah jiwa keindahan Guilin. Menjadi sumber inspirasi penyair dan pelukis. Tidak hairanlah ia telah
disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh keajaiban sungai di dunia oleh Majalah
Geografi America. Dipilih
oleh CNN sebagai salah satu daripada "15 sungai terbaik dunia untuk pelancongan".
|
Terminal Yangdi |
|
Mengalir 437 Km |
Berpunca dari pergunungan Mao'er dalam daerah Xing'an
di timur laut Guilin. Sungai Li mengalir ke tenggara sejauh kira-kira 437 km, melalui Guilin,
Yangshuo, Pingle dan Zhaoping. Akhirnya
bertemu Sungai Xi di Wulin. Ia
mempunyai kawasan karst yang luas dan paling indah di China,
yang menarik beribu-ribu pelancong setiap tahun.
|
Reben Hijau |
|
Anugerah Pencipta |
Sungai sepanjang 83 km dari Guilin
ke Yangshuo adalah seperti anugerah Pencipta. Landskap
semula jadi di sepanjang sungai dihiasi
dengan bukit-bukau, tebing curam, gua-gua karst dan dipinggiri pohon-pohon
buluh. Benarlah kata sebuah puisi: "Sungai bagaikan reben
sutera hijau, dan bukit-bukau bagaikan pin-rambut zamrud".
|
Alam Fantasi |
Dikatakan berakit
sepanjang Sungai Li bagaikan melalui alam fantasi. Bukit-bukau, dengan formasi yang unik, dilatari langit
cerah dengan tompok-tompok awan jingga. Angin
segar, bertiup lembut di permukaan
sungai, menyelinap masuk ke dalam rakit. Demikian, terhidangnya keindahan panorama yang amat
sukar dilukis dengan warna dan sukar ditutur dengan kata-kata.
|
Keajaiban |
|
Eye Catching |
Kami dimaklumkan, pada bulan Mei dan Jun hujan turun dengan lebatnya, dan sungai bergelora. Namun hari ini cuaca agak menjanjikan.
Cuma sungainya agak keruh dan deras. Memang menakutkan, tetapi keinginan untuk
menyaksikan keajaiban alam semulajadi
mengatasi segala-galanya.
|
Keanihan Bumi Karst |
Kami naik secara
berkumpulan. Rakit naga direka dalam bentuk tradisional,
tetapi banyak yang dibuat daripada paip plastik dalam bentuk buluh. Mempunyai 4 atau 6 tempat duduk. Rakit ini dikuasai oleh motor sangkut ekor panjang, yang
akan membuat bunyi bising. Saling Bertingkah dengan deruan arus sungai
|
Once In A Life Time |
Rakit terbuka di depan, belakang, dan sisi. Mempunyai keluli kanopi untuk melindungi penumpang
dari matahari dan hujan. Penumpang boleh melihat 360º. Menikmati
panorama once in a life time, dan
boleh bergerak sampai ke pelantar hadapan. Wow, memang mencabar. Rakit bagaikan
terumbang-ambing dibawa arus deras.
Pelayaran kami
bermula dari Desa Yandi menghilir ke Desa Xingping. Memang menakjubkan melihat
gunung-gunung karst, melatari desa nelayan. Bagaikan tersembunyi dari arus pemodenan. Sentuhan tradisional menjadikan desa kekal dengan hiasa purbanya.
|
Desa Nelayan |
Desa Yangdi terletak di tebing barat Sungai Li. Di belakang desa
terdapat sebuah bukit yang terdiri dua puncak, yang kelihatan seperti dua kuku kambing, tergantung secara terbalik. Dari fenomena ini kampung mendapat
namanya, “Yangti”,
atau “kuku kambing”.
|
Pin Rambut Zamrud |
Desa ini adalah kawasan pergunungan karst. Sungai Li berliku-liku mengalir melalui desa ini. Air
sungainya berwarna hijau dengan formasi gunung-ganang yang unik dan indah. Inilah yang dikatakan "reben sutera hijau", dan "pin rambut zamrud".
|
Desa "Bergunung" |
Desa
Yangdi mempunyai banyak gunung tetapi
kurang padang. Antaranya, Gunung Jinji saperti ayam jantan sedang mematuk. Gunung Emas pula dengan 4 puncaknya, manakala di
timur desa, terdapat Bukit Harimau Putih,
dengan air terjun. Pulau Bulan Sabit yang anih terdapat di tengah
sungai dengan pokok subur dan padang rumput yang tebal.
|
Bandar Purba |
|
Lorong Purba |
Post a Comment